Showing posts with label EPANCO. Show all posts
Showing posts with label EPANCO. Show all posts
Wednesday, August 3, 2016
Friday, July 15, 2016
Wednesday, July 13, 2016
Saturday, June 25, 2016
2872) OPS BAH SIRI 25 PUSAT PERJUDIAN SEKITAR KUALA LUMPUR – 24/6/16
Satu Operasi Banteras Aktiviti Haram (Ops Bah) telah dilakukan di salah sebuah premis perjudian Kuala Lumpur.Serbuan yang melibatkan lebih 100 anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta beberapa Badan Bukan Kerajaan (Ngo) yang lain.




Turut serta dalam serbuan ini Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan dan Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM saudara Yusuf Azmi serta beberapa anggotanya yang lain. Kesemua komputer dan mesin perjudian dirampas. Operasi yang bermula jam 12.30 malam itu berahir pada jam 3.30 pagi.

https://www.youtube.com/watch?v=k1Red99PZ2A
Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/
Tuesday, June 14, 2016
Wednesday, March 16, 2016
Tuesday, January 19, 2016
2492) UTUSAN MALAYSIA - 19/1/16 - KDN HARUS BERTINDAK TERHADAP TONTO
NADZIM JOHAN (dua dari kanan) bertanya sesuatu kepada Amir Hamzah Mohd. (dua dari kiri) sambil diperhatikan Husainay Hashim (tiga dari kanan) dan Hamzah Masri (tiga dari kiri) selepas sidang akhbar di Kuala Lumpur.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan yang berkesan perlu diambil kerana perbuatan tonto yang cuba melindungi kegiatan jenayah telah berlarutan sehinggakan ramai penguat kuasa menjadi mangsa keganasan mereka.
“Sehingga kini, mereka yang terlibat dalam menterbalikkan kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sehingga terbakar dalam satu kejadian di Sitiawan, Perak dua tahun lalu masih belum dapat dibawa ke muka pengadilan.
“Terbaharu, sepasukan anggota JPJ diganggu ketika bertugas di Kapar, Klang selain menerima ancaman daripada tonto. Perkara sebegini tidak boleh dibiarkan, pihak kementerian perlu melakukan sesuatu, bukan sahaja demi keselamatan penguat kuasa malah keselamatan orang awam juga,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Yang turut hadir Penasihat Khas PPIM, Datuk Husainay Hashim; Penasihat PPIM, Datuk Seri Amir Hamzah Mohd. dan Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM), Hamzah Masri.
Menurut Nadzim, jika pihak kementerian terus mengambil mudah terhadap ancaman tonto, tidak mustahil kumpulan itu akan menjadi semakin berani dan terus berkembang.
“Percayalah, kalau tiada apa-apa tindakan dari sekarang, 10 tahun lagi mereka akan menjadi lebih besar dan kuat. Waktu itu kita mungkin sudah tidak boleh buat apa lagi, kedaulatan negara ini seolah-olah berada di tangan mereka,” katanya.
Dalam pada itu, Hamzah meminta kerajaan menilai semula kuasa yang diberikan kepada penguat kuasa khususnya JPJ bagi membolehkan mereka menjalankan tugas pada tahap maksimum.
Beliau berkata, sudah tiba masanya penguat kuasa JPJ diberi kuasa menangkap dan mendakwa sendiri pesalah jalan raya terutama tonto.
“Kalau boleh satu pindaan atau kuasa diberi kepada JPJ. Sekiranya diekori oleh tonto, mereka boleh ditahan untuk diambil tindakan.
“Ini demi keselamatan semua, apabila kita lemah dalam penguatkuasaan, itu yang ada lori hantu keluar kawasan, lori yang bawa lebih muatan dan sebagainya, itu semua akan mengancam nyawa orang awam,” ujarnya.
Wednesday, December 30, 2015
2490) HARIAN METRO - 29/12/15 - USAH BIAR "NAIK TOCANG"
Kuala Lumpur: Gabungan 22 badan bukan kerajaan (NGO) mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan proaktif dan telus melaksanakan tindakan terhadap syarikat didapati melakukan penipuan dalam urusan jual beli.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maa'mor Osman, berkata tindakan itu bagi memastikan pengguna lebih terbela apabila ditipu dan dipermainkan peniaga hingga mengalami kerugian.
Beliau berkata, penipuan di kalangan peniaga terutama membabitkan telefon bimbit klon atau palsu berleluasa seolah-olah mereka tidak takut kepada undang-undang.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maa'mor Osman, berkata tindakan itu bagi memastikan pengguna lebih terbela apabila ditipu dan dipermainkan peniaga hingga mengalami kerugian.
Beliau berkata, penipuan di kalangan peniaga terutama membabitkan telefon bimbit klon atau palsu berleluasa seolah-olah mereka tidak takut kepada undang-undang.
"Peniaga ini juga kemungkinan ada 'kuasa besar' yang melindungi kegiatan mereka sehinggakan berani menipu pengguna dan tidak gentar ditahan pihak berkuasa," katanya dalam sidang media khas bersama NGO, di sini, hari ini.
Sidang media turut hadiri Persatuan Penguna Ceupacs, Pemuda Ikatan Muslim Malaysia (ISMA), Kelab Intelek dan Pendidikan Malaysia serta Badan Amal Tarbiah Sejagat(BATAS) serta Erat Perhubungan Antara Negeri Cetus Organisasi (EPANCO) Malaysia.
Sumber : http://www.hmetro.com.my/node/103315
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(357)
-
▼
September
(29)
- GUBAL SEGERA AKTA KHUSUS TAPIS PENSTIMAN DIGITAL -...
- AKTIVITI | MESYUARAT KHAS KE ARAH MENDESAK PENUBUH...
- AKTIVITI | SARAPAN MERDEKA PERCUMA SEMPENA SAMBUTA...
- CHOW KIT BERSELAWAT MALAM AMBANG MERDEKA - HARIAN ...
- MyGiG SOKONG PENGECUALIAN ALGORITMA BERASASKAN AGA...
- ALUNAN SELAWAT BERGEMA DI CHOW KIT - HARIAN METRO ...
- AKTIVITI | SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN HARI KEMERD...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA TEAM MCMC - PPI...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA YAS TPj. (PA) G...
- PLATFORM P-HAILING PERLU BERI PILIHAN DALAM SISTEM...
- TOLAK PESANAN TIDAK HALAL, JANGAN HUKUM PENGHANTAR...
- JANGAN HUKUM PENGHANTAR MUSLIM KERANA MENOLAK PESA...
- AKTIVITI | PROGRAM MERDEKAPENTER 2026 - PPIM - 22/...
- BERITA PERDANA - DAKWAAN TALIAN DISALAH GUNA UNTUK...
- BULETIN BERNAMA | KEMPEN KESEDARAN ANTIPENIPUAN DA...
- SYARIKAT TELCO PERLU PERJELAS SEGERA DAKWAAN PENDA...
- SATU NAMA MEMILIKI 400 TALIAN TELEFON DIJUAL SEMUL...
- FAHMI: LEBIH 300,000 TERLIBAT JUDI DALAM TALIAN, 4...
- BOOST FRAUD AWARENESS IN RURAL AREAS: MINISTER - T...
- PINDA AKTA PERKHIDMATAN POS, PERKETAT SEKTOR KURIE...
- 'TERKEJUT NAMA DIGUNA ATAS 18 TALIAN' - KOSMO - 21...
- CEO TELCO DIPANGGIL BERI PENJELASAN - BERITA HARIA...
- 47.6 JUTA KANDUNGAN YANG MELANGGAR PERATURAN TELAH...
- TELCO PERLU SEGERA PERJELAS DAKWAAN PENDAFTARAN TA...
- SCAM MAKIN GANAS: FAHMI ARAH TELCO BERI PENJELASAN...
- KERAJAAN CADANG PINDA AKTA PERKHIDMATAN POS, PERKE...
- PENIPUAN DALAM TALIAN, SYARIKAT TELCO DIMINTA BERI...
- FAHMI TO SUMMON TELCO CEO'S OVER SIM CARDS ALLEGED...
- EXPAND SCAM AWARENESS CAMPAIGNS TO RURAL AREAS: FA...
-
▼
September
(29)







