Saturday, June 11, 2016

2821) BERSAMA KETUA AKTIVIS PPIM, DATUK NADZIM JOHAN DALAM RANCANGAN ASSALAMUALAIKUM DI TV AL-HIJRAH MEMBINCANGKAN TAJUK HARGA DI BAZAR MAHAL - 11/6/16


 Bazar Ramadan bukan saja menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli pelbagai juadah berbuka puasa, malah peluang bagi golongan peniaga mendapat limpahan rezeki.

Namun, terdapat sesetengah peniaga yang menjadikan Bazar Ramadan sebagai lubuk emas dengan mengambil kesempatan menjual juadah dengan harga terlampau tinggi dan tidak masuk akal, semata-mata bagi mengaut keuntungan melampau.

Bukan itu sahaja, sikap penjaja menjual makanan yang saiz dan kualitinya tidak sepadan dengan harga, malah ada yang telah rosak, juga hangat diperkatakan.


Begitu juga maklum balas di laman sosial mendapati rata-rata pengguna mengeluh akan sikap peniaga yang mengambil kesempatan ke atas pengguna dengan meraih keuntungan berlebihan.




Friday, June 10, 2016

2820) GERAKKAN KUASA PENGGUNA MINGGU 5 : PENGGUNA LONGLAI, NEGARA TERGADAI - 9/6/16





Cabaran Pengguna bersama saudara Aizat Razak








Tips pengguna bersama Cikgu Izzat menerangkan simbol-simbol ditayar kereta



CREW TV GERAKKAN KUASA PENGGUNA


2819) PBT PERLU TELUS LAKSANA TANGGUNGJAWAB - BERITA HARIAN - 10/6/16


Datuk Nadzim Johan berkata masalah terbabit berulang kerana PBT tidak serius menanganinya. Jika PBT melakukan kerja yang sama bertahun-tahun, bagaimana masalah ini berulang sehingga peniaga seolah-olah tidak takut kepada penguatkuasa.


Kompaun dari RM50 wajar dinaikkan sehingga RM1,000 selain memperkemaskan langkah penguatkuasaan. Ini adalah untuk memperkasakan akta sedia ada


2818) PPIM KESAN ADA KES PEMINJAM HANYA MAHU BERGAYA - BERITA HARIAN - 10/6/16


"Susulan Peminjam Berlesen Macam Along"


Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata pelanggan Cina yang dikendalikan mereka boleh dikatakan 80 peratus ada kaitan dengan masalah judi, menyebabkan mereka berhutang PPW

Thursday, June 9, 2016

2817) SINDIKET PELABURAN HARAM KERAP TUKAR SYARIKAT - HARIAN METRO - 6/9/16



2816) SUSULAN PEMINJAM BERLESEN MACAM AH LONG - BERITA HARIAN - 9/6/16






2815) PERBINCANGAN PPIM BERSAMA PENGERUSI MY FOOD LOFT - 9/6/16













2814) SESI PERBINCANGAN MEJA BULAT 'AKTA 355 PENGUKUHAN HUKUMAN SYARIAH' BERSAMA NGO-NGO ISLAM ANJURAN INSTITUT KAJIAN STRATEGIK ISLAM MALAYSIA (IKSIM) - PPIM - 8/6/16



PPIM diwakili Cikgu Izzat Johari, Ketua Biro Tugas Khas (BTK PPIM) dan saudara Fadhil, turut mencadangkan jelajah penerangan berkaitan AKTA 355 kepada masyarakat.

 Dihadiri lebih 20 NGO Islam mewakili 500 pertubuhan dan persatuan duduk bersama


2813) PENYERAHAN CENDARAMATA DAN WATIKAH PELANTIKAN YANG BERHORMAT DATUK SERI AHMAD ZAKI ANSORE - 8/6/16


Persatuan Anak Muda Islam Malaysia (AMIM) amat berbesar hati dengan kesudian Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore menerima kunjungan kehormat pihak AMIM dan seterusnya sudi menerima  Watikah Pelantikan beliau sebagai Penasihat Kehormat Persatuan Anak Muda Islam Malaysia (AMIM). 


Watikah Pelantikan telah disampaikan oleh Pengerusi AMIM saudara Yusuf Azmi bertempat di bilik mesyuarat Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) JPM Putrajaya.Majlis penyerahan turut dihadiri dan disaksikan oleh beberapa anggota Persatuan Anak Muda Islam Malaysia (AMIM) yang lain.








2812) MAJLIS RAMAH MESRA KETUA AKTIVIS PPIM DAN PENGERUSI AMIM DI KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN - 8/6/16


Ketua Aktivis Persatuan Penguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan serta Pengerusi Persatuan Anak Muda Islam Malaysia saudara Yusuf Azmi bersama Dato' Seri Adnan Bin Hj Md Ikhsan ketua setiausaha kementerian wilayah persekutuan, Azman bin Mahmood dan Datuk Seri Haji Hasim Presiden Perbadanan Putrajaya di pejabat ketua setiausaha tingkat 7 Bangunan kementerian Wilayah Persekutuan.



 Antara yang dibincangkan dalam sesi ramah mesra itu adalah perkara yang berkaitan isu-isu semasa.






PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL