Showing posts with label YAYASAN BASMI KEMISKINAN. Show all posts
Showing posts with label YAYASAN BASMI KEMISKINAN. Show all posts

Tuesday, May 12, 2026

AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA PENGERUSI YBK - PPIM - 12/05/2026

Perjumpaan PPIM bersama Dato' Haji Zainal Abidin Haji Sakom, Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Pejabat YBK, Petaling Jaya.

Saturday, August 7, 2021

5847) YBK SERAH SUMBANGAN KOTAK INFAK REZEKI PPIM DI BUKIT BERUNTUNG - YAYASAN BASMI KEMISKINAN - 07/08/2021

BUKIT BERUNTUNG, 6 Ogos 2021 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) melalui program YBK Prihatin telah menyampaikan Kotak Infaq Rezeki sumbangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kepada 50 keluarga terkesan di Apartmen Kenanga di sini.

Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom telah menyampaikan sendiri sumbangan kepada wakil-wakil keluarga yang hadir. Proses serahan dilaksanakan mengikut S.O.P. yang ketat dan dilaksanakan dengan pantas.
Beliau ketika ditemu ramah media selepas itu memaklumkan sepanjang PKP berlangsung, YBK melalui inisiatif 'YBK Prihatin' telah membantu lebih 5 ribu keluarga terkesan dan sejak awal Julai sehingga sekarang, YBK telah menerima hampir 2,000 permohonan untuk bantuan makanan asas akibat terkesan PKP.
Inisiatif ini akan tetap dilaksanakan dengan kerjasama strategik bersama rakan-rakan NGO yang lain. Dato' Pengerusi YBK juga menyeru agar masyarakat sama-sama membantu YBK menjayakan laman amal ini dengan cara menyumbang dana atau pun barangan keperluan asas untuk diserahkan kepada mereka yang memerlukan.
Sumbangan 50 kotak di Bukit Beruntung ini adalah sebahagian daripada 150 kotak Infaq Rezeki yang akan diagihkan di kawasan Hulu Selangor sehingga hujung minggu ini.
Turut bersama dalam program ini adalah YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Penasihat Pentadbiran YBK); En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), sukarelawan YBK dan rakan-rakan media.
Kepada yang ingin menyumbang untuk Program ini, boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank Yayasan Basmi Kemiskinan (5623 5711 1700). Semua dana yang diterima adalah 100% untuk penerima yang memerlukan.
"YBK Prihatin, Cakna, dan Peduli"
"Basmi Kemiskinan Bina Kesejahteraan"



Artikel oleh: Yayasan Basmi Kemiskinan (Facebook)

YBK SERAH SUMBANGAN KOTAK INFAK REZEKI PPIM DI BUKIT BERUNTUNG

https://www.facebook.com/ybkmalaysia/posts/1684124205131887

5844) YBK BANTU 5,000 KELUARGA TERJEJAS PANDEMIK COVID-19 - SINAR HARIAN - 06/08/2021

 

RAWANG - Sebanyak 5,000 keluarga yang terjejas akibat pandemik Covid-19 sejak Mac tahun lalu mendapat bantuan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK).

Pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Sakom memberitahu, menerusi kempen Tabung YBK Prihatin yang dilancarkan pada Julai lalu, usaha tersebut diteruskan dengan menyerahkan kotak infaq rezeki kepada golongan yang terkesan.

Kotak tersebut yang mengandungi barang-barang keperluan asas makanan seperti beras, telur, tepung, minyak, gula, bihun, garam dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM70 sekotak.

Zainal Abidin - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR
Zainal Abidin - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR

"YBK menerima lebih 3,000 permohonan dari seluruh negara sejak ia dilancarkan pada Julai lalu, namun edaran sumbangan tidak dapat dijalankan kerana larangan merentas negeri dan daerah," kata beliau.

Sehubungan itu, pihaknya mengambil inisiatif bekerjasama dengan Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi menyampaikan sumbangan kepada keluarga-keluarga yang terpilih di setiap negeri dan daerah yang tidak dapat dilaksanakan oleh YBK.

“Badan bukan kerajaan (NGO) lain seperti MyFundAction, Yayasan FoodBank Malaysia dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) turut membantu YBK untuk sumbangan kali ini,” katanya pada sidang media Program Edaran Sumbangan YBK Prihatin di Dewan Komuniti Apartment Kenanga, Bukit Beruntung, di sini pada Jumaat.

Zainal Abidin (kiri) menyerahkan infaq kotak rezeki kepada penerima bantuan di bawah YBK Prihatin di Apartmen Kenanga, Bukit Beruntung pada Jumaat. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR
Zainal Abidin (kiri) menyerahkan infaq kotak rezeki kepada penerima bantuan di bawah YBK Prihatin di Apartmen Kenanga, Bukit Beruntung pada Jumaat. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR

Dalam pada itu, Zainal Abidin yang turun padang ketika program tersebut turut menyampaikan sumbangan kotak infaq rezeki kepada 50 keluarga di apartmen tersebut, di sekitar Hulu Selangor iaitu Serendah (27 keluarga) dan di Gesir (73 keluarga).

Ujarnya, keluarga-keluarga tersebut dikesan melalui NGO di kawasan tersebut untuk mendapatkan senarai penerima yang layak dibantu.

“Kita juga membuka peluang kepada para aktivis dan sukarelawan untuk menghubungi YBK bagi memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menyokong inisiatif ini kerana sudi menyalurkan bantuan ke dalam tabung tersebut,” katanya.

Salah seorang penerima kotak infaq rezeki, Salmah Kassim, 41, bersyukur kerana bantuan tersebut sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban suaminya yang mencari rezeki demi keluarga.

Salmah - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR
Salmah - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR

Salmah yang hamil tiga bulan anak ketujuh memberitahu, suaminya yang bekerja sebagai pembantu kedai tidak dapat membuat kerja sambilan lain seperti berkebun seperti kelaziman kerana pandemik Covid-19.

“Sebelum ini, suami boleh melakukan kerja-kerja sambilan lain seperti berkebun tapi sebab Covid-19, dia hanya boleh menumpukan satu pekerjaan.

“Begitu juga anak-anak yang menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) terpaksa berkongsi telefon kerana tidak mempunyai telefon pintar yang mencukupi,” kata suri rumah itu.

Sementara itu, penerima lain, Noor Hani Asmara, 39, memberitahu, pendapatan suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori berkurang sebanyak 50 peratus akibat Covid-19 sekali gus menjejaskan perbelanjaan harian mereka sekeluarga.

Noor Hani - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR
Noor Hani - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR

Noor Hani berkata, keadaan bertambah buruk apabila dia tidak boleh keluar rumah membeli barang keperluan makanan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sini pada Julai lalu kerana tidak mahu mengambil risiko kesihatan anaknya yang menghidap asma.

“Awal bulan Julai lepas, kami sekeluarga tidak cukup wang dan suami tidak dapat bekerja kerana PKPD di seluruh Selangor ketika itu.

“Nak beli makanan pun susah kerana anak saya menghidap asma, jadi agak berisiko untuk keluar rumah pada waktu itu,” kata ibu kepada empat orang anak itu.


Artikel oleh: Sinar Harian

YBK BANTU 5,000 KELUARGA TERJEJAS PANDEMIK COVID-19

https://www.sinarharian.com.my/article/154160/EDISI/YBK-bantu-5000-keluarga-terjejas-pandemik-Covid-19

Wednesday, August 4, 2021

5839) PENYERAHAN SIMBOLIK 250 BUAH KOTAK INFAK REZEKI SUMBANGAN PPIM DI RUMAH YBK - YAYASAN BASMI KEMISKINAN - 30/07/2021

KELANA JAYA, 30 Julai 2021 - Penyerahan simbolik 250 buah Kotak 'Infaq Rezeki' sumbangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) oleh Pengerusinya, Dato' Nadzim Johan kepada Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Dato' Zainal Abidin Sakom di Rumah YBK.

Kotak Infaq Rezeki sumbangan PPIM ini akan digunakan dalam program sumbangan kepada mereka yang memerlukan.







Artikel oleh: Yayasan Basmi Kemiskinan (Facebook)

PENYERAHAN SIMBOLIK 250 BUAH KOTAK INFAK REZEKI SUMBANGAN PPIM DI RUMAH YBK

https://www.facebook.com/ybkmalaysia/posts/1679118828965758

Saturday, July 31, 2021

5831) SUMBANGAN 250 KOTAK INFAQ REZEKI DI YAYASAN BASMI KEMISKINAN (YBK) - PPIM - 30/07/2021

Alhamdulillah, syukur! PPIM berjaya menyalurkan sumbangan 250 kotak Infaq Rezeki di Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Petaling Jaya untuk diagihkan kepada golongan sasar yang memerlukan. Semoga sumbangan yang disalurkan ini menjadi asbab kebaikan kepada semua.

Teruskan menyumbang di kempen Infaq Rezeki, kerana masih ramai yang menanti sumbangan anda!
Mulakan sumbangan anda ke kempen Infaq Rezeki melalui cara berikut:
Klik link di bawah untuk menyumbang,
Untuk permohonan sumbangan:
Sebarang pertanyaan:
Hotline UK PPIM: 017-2659136

Tuesday, November 15, 2016

3192) SEKITAR FORUM PENGGUNA VI 2016 - 12/11/2016




















































































Forum Pengguna PPM 2016 - 12 November 2016 - TAMAT
Orang ramai berpeluang mendengar penjelasan isu semasa mengenai kepenggunaan dalam Forum Pengguna Keenam pada 12 November 2016 lalu.
Forum Pengguna anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Menara Felda tempoh hari telah menghimpunkan panel yang mempunyai kaitan langsung dengan isu pengguna sekali gus memberi kesedaran mengenai hak dan tanggungjawab bersama.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, antara tajuk yang akan dibincang termasukah kemiskinan dan pelbagai jenis penipuan membabitkan pengguna kebelakangan ini.
Bermula dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang dan majlis perasmian penutupnya yang telah dirasmikan oleh Y Bhg Dato' Seri Hamzah Bin Zainudin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
Antara tokoh yang turut serta bersama dalam forum ini termasuklah Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan, Datuk Zainal Abidin Sakom dan ahli perniagaan yang juga Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia Tan Sri Muhammad Ali Hashim.
PPIM mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta yang menghadiri forum ini serta memberikan sokongan padu kepada perjuangan PPIM.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL