Showing posts with label VIRUSBUSTER. Show all posts
Showing posts with label VIRUSBUSTER. Show all posts

Thursday, July 23, 2020

6144) MASJID KEKURANGAN DANA, SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN! - TV.PPIM - 23/07/2020


“Kalau bukan antara kita yang membantu, siapa lagi yang boleh diharapkan” Rumah Allah adalah tempat dimana datangnya ketenangan dan kedamaian jiwa. Jangan biarkan ketenangan ini terganggu kerana takutnya kita akan kemungkinan berlakunya penyebaran virus ini. Tiada kemampuan kita untuk memastikan setiap jemaah yang hadir adalah bukan pembawa, tapi apa yang kita mampu adalah membantu melaksanakan langkah pencegahan untuk menghalang penyebaran ini terus berlaku. Dana yang biasa diterima masjid kini tidak seperti dahulu. Oleh itu, setiap sumbangan dari anda amat diharapkan agar servis pembasmian kuman dapat dilakukan di masjid-masjid ini. InsyaAllah nikmat beribadah dimasjid ini bukan hanya boleh dirasai oleh anda, tetapi akan turut dikongsi dan dirasai oleh jemaah yang lain. Firman Allah SWT: لَن تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ Maksudnya: Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. (Surah Ali-Imran: 92) Sumbangan boleh dibuat melalui : https://sumbangan.ppim.org.my/kempen/... atau Bank Islam Persatuan Pengguna Islam Malaysia 14210010019938 (Sila letak rujukan : Infak Masjid) #kitajagakita #masjid #virusbuster #covid19


Artikel oleh: TV.PPIM

MASJIID KEKURANGAN DANA, SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN!

Friday, April 10, 2020

5854) AKTIVITI | PENYERAHAN VIRUSBUSTER KEPADA PENJAJA DAN PENIAGA KECIL DI PASAR CHOW KIT - PPIM - 10/04/2020

Penyerahan Virusbuster kepada penjaja dan peniaga kecil di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur oleh Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi. Usaha ini diharapkan dapat membantu bagi menangani penularan wabak Covid-19.



Wednesday, April 1, 2020

5833) MESIN PENYEMBUR CECAIR PEMBASMI KUMAN CIPTAAN RAKYAT MALAYSIA BANTU PENCEGAHAN AWAL COVID-19 - AMAZING NARA - 01/04/2020


Negara Malaysia terus dilanda kebimbangan yang berterusan ekoran jumlah kes kematian yang dilaporkan mencecah sehingga 43 kes kematian yang dilaporkan mencecah sehingga 43 kes kematian sehingga semalam. Kes pesakit positif COVID-19 juga meningkat sehingga 2,766 kes di seluruh kawasan. Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua sedang dijalankan, kerajaan masih bimbang tentang kenaikan angka pesakit yang disahkan positif.

Inisiatif penciptaan murni ZullDesign Autotronic perlu mendapat pujian oleh oleh ramai pihak. Usaha ini juga adalah kolaborasi bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Mesin ciptaan yang dihasilkan ini dijangka mampu mengelak penyebaran awal virus COVID-19 dan sebagai langkah pencegahan awal.


Mesin yang diberi nama Virus Buster Nano Spray ini berfungsi sebagai mesin penyembur cecair pembasmi kuman. Dengan adanya mesin ini, diharapkan kes baru positif COVID-19 dapat dikurangkan sekaligus dihapuskan.

Spesifikasi penghasilan mesin ini mampu memuatkan seorang dalam satu masa dan semburan automatik cecair pembasmi kuman akan disembur ke seluruh badan. Kelengkapan pelaras masa yang tepat serta binaan yang kukuh, mesin ini boleh bertahan untuk jangka masa yang lama.


Rekaan mesin yang seperti terowong ini berkapasiti menyimpan cecair pembasmi kuman sebanyak 50 galon dan 14 nozzle yang menyembur cecair serentak dalam satu-satu masa. 

Mesin keluaran yang pertama telah ditempatkan di Malakat Mall, Cyberjaya untuk kegunaan orang ramai. Pada masa yang akan datang, mesin seperti ini perlu diletakkan di kawasan tumpuan orang ramai untuk bersama memerangi wabak COVID-19 yang semakin merebak.


Artikel oleh: Amazing Nara

MESIN PENYEMBUR CECAIR PEMBASMI KUMAN CIPTAAN RAKYAT MALAYSIA BANTU PENCEGAHAN AWAL COVID-19



5832) MALAKAT MALL GUNA TEKNOLOGI VIRUS BUSTER NANO SPRAY - HARIAN METRO - 31/03/2020

Cyberjaya: Malakat Mall menjadi pusat beli-belah pertama menyediakan perkhidmatan Virus Buster Nano Spray di pintu masuk utama bagi menangani penyebaran wabak Covid-19.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, teknologi itu adalah inisiatif bagi menangani wabak Covid-19 hasil kerjasama dan inovasi Zull Design.

Menurutnya, perkhidmatan mesin berteknologi tinggi itu menggunakan cecair Virus Buster Nano dari Russia dan sangat menjimatkan serta tidak membahayakan pengguna.

Katanya, usaha ini bagi memastikan pelanggan yang masuk ke premis ini dilindungi daripada jangkitan wabak Covid-19.

“Kajian menghasilkan mesin ini dimulakan sejak bermula wabak Covid-19 dan berjaya disiapkan dalam masa enam hari,” katanya yang melawat pusat beli-belah itu, semalam.

Turut hadir, Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim.

Peralatan ini sangat mudah kerana boleh dipindahkan ke lokasi lain dan pada masa sama sistem ini juga dipraktikkan di China.

Pelanggan hanya perlu melalui peralatan itu dan cecair Virus Buster Nano secara automatik menyemburkan cecair itu ke seluruh badan.

Malakat Mall yang julung kali dibuka dan mula beroperasi pada 13 Mac lalu adalah sebuah pasar raya yang menyokong produk keluaran Bumiputera.

Nadzim turut mencadangkan mesin itu diguna secara meluas di pintu masuk negara, pasar raya, masjid, sekolah dan pejabat bagi mengekang wabak Covid-19 dari tersebar.

Artikel oleh: Harian Metro 

MALAKAT MALL GUNA TEKNOLOGI VIRUS BUSTER NANO SPRAY

5831) MALAKAT MALL PERTAMA SEDIAKAN KEMUDAHAN 'VIRUS BUSTER NANO SPRAY' - MALAYSIA GAZETTE -30/03/2020

MGF30032020_MESIN-SEMBURAN-MALAKAT-MALL03
Pengunjung melepasi Kemudahan Virus Buster Nano Spray di pintu masuk utama pusat membeli belah Malakat Mall, Cyberjaya menjadi pusat beli belah pertama menyediakan perkhidmatan bagi mencegah penularan wabak Covid-19 ketikan tinjauan lensa Malaysia Gazette pada hari ke-13 Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19. foto AFFAN FAUZI, 30 MAC 2020M
MGF30032020_MESIN-SEMBURAN-MALAKAT-MALL02
Pengunjung melepasi Kemudahan Virus Buster Nano Spray di pintu masuk utama pusat membeli belah Malakat Mall, Cyberjaya menjadi pusat beli belah pertama menyediakan perkhidmatan bagi mencegah penularan wabak Covid-19 ketikan tinjauan lensa Malaysia Gazette pada hari ke-13 Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19. foto AFFAN FAUZI, 30 MAC 2020M
MGF30032020_MESIN-SEMBURAN-MALAKAT-MALL06
Pengunjung melepasi Kemudahan Virus Buster Nano Spray di pintu masuk utama pusat membeli belah Malakat Mall, Cyberjaya menjadi pusat beli belah pertama menyediakan perkhidmatan bagi mencegah penularan wabak Covid-19 ketikan tinjauan lensa Malaysia Gazette pada hari ke-13 Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19. foto AFFAN FAUZI, 30 MAC 2020M

Artikel oleh: Malaysia Gazette

MALAKAT MALL PERTAMA SEDIAKAN KEMUDAHAN 'VIRUS BUSTER NANO SPRAY'   

5829) C-CURE TUNNEL (VIRUSBUSTER) PERTAMA MALAYSIA! - PPIM - 30/03/2020


C-CURE TUNNEL Selamat & Efisien 'Nyah Virus dan Kuman' - Menjadikan ia suatu kaedah yang perlu digunapakai bagi kawasan tumpuan seperti Masjid, Pusat Membeli Belah, Pasar Raya, Bank dan lain-lain.
.
Sekiranya anda adalah pemilik premis dan memerlukan C-Cure Tunnel bagi mempertingkatkan tahap kesihatan persekitaran, pelanggan dan pekerja anda, hubungi 011 22 000 111 untuk maklumat lanjut.
.
Dibawakan oleh : Critical Illness Support Group (CISG)
.
#covid-19
#C-CURETUNNEL
#virusbuster

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL