Showing posts with label SUMBANGAN MASJID. Show all posts
Showing posts with label SUMBANGAN MASJID. Show all posts

Thursday, July 23, 2020

6144) MASJID KEKURANGAN DANA, SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN! - TV.PPIM - 23/07/2020


“Kalau bukan antara kita yang membantu, siapa lagi yang boleh diharapkan” Rumah Allah adalah tempat dimana datangnya ketenangan dan kedamaian jiwa. Jangan biarkan ketenangan ini terganggu kerana takutnya kita akan kemungkinan berlakunya penyebaran virus ini. Tiada kemampuan kita untuk memastikan setiap jemaah yang hadir adalah bukan pembawa, tapi apa yang kita mampu adalah membantu melaksanakan langkah pencegahan untuk menghalang penyebaran ini terus berlaku. Dana yang biasa diterima masjid kini tidak seperti dahulu. Oleh itu, setiap sumbangan dari anda amat diharapkan agar servis pembasmian kuman dapat dilakukan di masjid-masjid ini. InsyaAllah nikmat beribadah dimasjid ini bukan hanya boleh dirasai oleh anda, tetapi akan turut dikongsi dan dirasai oleh jemaah yang lain. Firman Allah SWT: لَن تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ Maksudnya: Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. (Surah Ali-Imran: 92) Sumbangan boleh dibuat melalui : https://sumbangan.ppim.org.my/kempen/... atau Bank Islam Persatuan Pengguna Islam Malaysia 14210010019938 (Sila letak rujukan : Infak Masjid) #kitajagakita #masjid #virusbuster #covid19


Artikel oleh: TV.PPIM

MASJIID KEKURANGAN DANA, SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN!

6143) MASJID MEMERLUKAN SUMBANGAN ANDA! - TV.PPIM - 23/07/2020


Jadikan Masjid Institusi Selamat Buat Kita Semula! Pandemik ini telah menarik satu nikmat terbesar buat kita. Nikmat untuk berjemaah dan bertafakur di masjid. Alhamdulillah kini nikmat itu diberikan semula buat kita dan langkah pencegahan seperti servis pembasmian kuman perlu dilaksanakan terlebih dahulu. Namun masjid kini berhadapan dengan masalah kekurangan dana dan jumlah dana yang ada sekarang tidak dapat menampung servis pembasmian kuman dilakukan. Wajarkah kita membiarkan masalah ini menghalang dari masjid menjadi sebuah institusi ibadah yang tenang dan selamat untuk kita? Ambil peluang ini dan manfaatkan sebaiknya dengan menyumbang untuk membina saham akhirat bersama. Firman Allah SWT: لَن تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ Maksudnya: Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. (Surah Ali-Imran: 92) Sumbangan boleh dibuat melalui : https://sumbangan.ppim.org.my/kempen/... atau Bank Islam Persatuan Pengguna Islam Malaysia 14210010019938 (Sila letak rujukan : Infak Masjid) #kitajagakita #masjid #virusbuster #covid19


Artikel oleh: TV.PPIM

MASJID MEMERLUKAN SUMBANGAN ANDA!

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL