Bersama-sama ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Dato Nadzim Johan yang merupakan sahabat seperjuangan seawal usia saya 14 tahun.
Membesar bersamanya kami mempunyai minat dan matlamat yang sama, memperjuangkan bangsa dan agama sementelah beliau memilih perjuangan melalui NGO dan saya di bidang politik. Bersama kami ialah Dato Nor Azman Idris, Timbalan Pengerusi PPIM.
Semalam kami meluangkan masa bersama melihat kejayaan anak muda Coach Fadzil Hashim dalam kejayaan merealisasikan Kompleks membeli belah berkonsepkan muslim pertama di Malaysia, Malakat Mall yang terletak di Cyberjaya.
Di sini terletaknya Raudhah Grocer, hypermart yang menghimpunkan ribuan produk keluaran muslim yang sangat berkualiti dan setanding dengan jenama antarabangsa.
Malakat Mall adalah juga satu-satunya pusat membeli belah yang mempraktikkan amalan patuh syariah dengan amalan melaungkan azan, solat berjemaah dan solat Jumaat.
Ianya bukan hanya sebuah pusat membeli belah malahan juga menyatukan kuasa pembelian pengguna Muslim secara berpusat.
Semoga ini menjadi contoh terbaik untuk peniaga muslim yang lainnya sekaligus membuktikan bahawa Melayu tidak malas.
#diariparlimenBaling
#Balingdihatiku
#AzeezRahimrakyatBalingberpisahtiada
Artikel oleh: Azeez Rahim
MALAKAT MALL MENYATUKAN KUASA PEMBELIAN PENGGUNA MUSLIM
https://www.facebook.com/azeezrahimkp1m/posts/3725916827434981
Showing posts with label RAUDHAH GROCER. Show all posts
Showing posts with label RAUDHAH GROCER. Show all posts
Saturday, June 27, 2020
Thursday, June 4, 2020
6000) RAUDHAH GROCER MENDAPAT SOKONGAN TOQQI @ NADZIM JOHAN - MALAKAT MALL - 01/06/2020
Dengarkan penerangan Toqqi @Dato Nadzim Johan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia berkenaan Malakat Mall.
Teruskan Sokonga Anda Kepada Malakat Mall dengan Like dan Follow page Malakat Mall.
Sila klik RaudhahGrocer.com untuk pembelian secara Online.
Sila #Viralkan posting ini tanda sokongan anda kepada Malakat Mall.
#MalakatMall
#PenggunaPemilikEkonomi
#BMF
#KoPPIM
https://www.youtube.com/watch?v=lhafItvNyRQ
Saturday, April 25, 2020
5894) BELI DAN KIRIM TERUS BARANGAN SEDEKAH KEPADA PENERIMA DI RAUDHAH GROCER - MALAKAT TRIBUNE - 24/04/2020
CYBERJAYA - Pasar raya Raudhah Grocer yang menghimpunkan produk-produk keluaran Muslim dan bumiputera kini menawarkan peluang kepada orang ramai untuk bersedekah dengan penghantaran terus kepada penerima.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, tanpa perlu mengharungi kesesakan lalu lintas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), orang ramai tetap boleh bersedekah kepada golongan yang memerlukan.
Beliau berkata, Raudhah Grocer yang beroperasi di pusat beli-belah Malakat Mall kini menawarkan tiga jenis perkhidmatan utama iaitu berbelanja sebagai pengguna, berbelanja untuk sedekah dan menjadi sebahagian daripada pemilik Malakat Mall melalui pembelian saham koperasi.
"Peluang yang selalunya ramai terlepas pandang adalah sedekah. Sekarang kami menyediakan khidmat penghantaran barang-barang di tujuh kawasan iaitu Cyberjaya, Putrajaya, Puchong, Dengkil, Serdang, Bangi dan Kajang.
"Katakan anda ada kenal si fulan bin si fulan di Kajang dan mahu sedekahkan barang makanan kepada mereka pada bulan Ramadan ini, tempah sahaja secara 'online' dan beritahu andanak barang itu dihantar kepada sekian-sekian alamat. Buat pembayaran, selesai," katanya kepada Malakat Tribune.
Nadzim yang lebih dikenali sebagai Toqqi berkata, walaupun pergerakkan orang ramai terhad ekoran PKP, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk umat Islam berhenti bersedekah terutamamya sepanjang bulan Ramadan.
"Ada hikmahnya Covid-19 ini datang pada bulan Ramadan. Kita dapat lipat-gandakan amal kebaikan melalui ibadah dan moga Allah menerimanya. Orang perseorangan, surau dan masjid boleh menggunakan servis ini untuk menderma," katanya.
Katanya, selain berbelanja dan bersedekah di laman www.RaudhahGrocer.com, orang ramai juga digalakkan menjadi ahli KoPPIM dan membeli saham koperasi berkenaan untuk memperksakan sistem ekonomi Islam.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Malakat Mall, Istighfar Hamidon berkata, khidmat penghantaran percuma disediakan kepada pelanggan atau penerima yang membuat pembelian melebihi RM50 dengan tempoh penghantaran maksimum 48 jam selepas pembelian.
Istighfar berkata, Raudhah Grocer yang mula beroperasi pada 13 Mac lalu kini menawarkan kira-kira 3,000 produk yang sebahagiannya boleh dibeli secara dalam talian. - MT
Artikel oleh: Malakat Tribune
BELI DAN KIRIM TERUS BARANGAN SEDEKAH KEPADA PENERIMA DI RAUDHAH GROCER
http://www.malakattribunenews.com/ekonomi/usahawan/11493/
Thursday, April 23, 2020
5886) KETUA AKTIVIS PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA BERCAKAP MENGENAI RAUDHAH GROCER ONLINE - MALAKAT TERIBUNE - 23/04/2020
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia bercakap mengenai Raudhah Grocer Online. Anda duduk rumah kami hantarkan.
Artikel oleh: Malakat Tribune
KETUA AKTIVIS PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA BERCAKAP MENGENAI RAUDHAH GROCER ONLINE
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(357)
-
▼
September
(29)
- GUBAL SEGERA AKTA KHUSUS TAPIS PENSTIMAN DIGITAL -...
- AKTIVITI | MESYUARAT KHAS KE ARAH MENDESAK PENUBUH...
- AKTIVITI | SARAPAN MERDEKA PERCUMA SEMPENA SAMBUTA...
- CHOW KIT BERSELAWAT MALAM AMBANG MERDEKA - HARIAN ...
- MyGiG SOKONG PENGECUALIAN ALGORITMA BERASASKAN AGA...
- ALUNAN SELAWAT BERGEMA DI CHOW KIT - HARIAN METRO ...
- AKTIVITI | SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN HARI KEMERD...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA TEAM MCMC - PPI...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA YAS TPj. (PA) G...
- PLATFORM P-HAILING PERLU BERI PILIHAN DALAM SISTEM...
- TOLAK PESANAN TIDAK HALAL, JANGAN HUKUM PENGHANTAR...
- JANGAN HUKUM PENGHANTAR MUSLIM KERANA MENOLAK PESA...
- AKTIVITI | PROGRAM MERDEKAPENTER 2026 - PPIM - 22/...
- BERITA PERDANA - DAKWAAN TALIAN DISALAH GUNA UNTUK...
- BULETIN BERNAMA | KEMPEN KESEDARAN ANTIPENIPUAN DA...
- SYARIKAT TELCO PERLU PERJELAS SEGERA DAKWAAN PENDA...
- SATU NAMA MEMILIKI 400 TALIAN TELEFON DIJUAL SEMUL...
- FAHMI: LEBIH 300,000 TERLIBAT JUDI DALAM TALIAN, 4...
- BOOST FRAUD AWARENESS IN RURAL AREAS: MINISTER - T...
- PINDA AKTA PERKHIDMATAN POS, PERKETAT SEKTOR KURIE...
- 'TERKEJUT NAMA DIGUNA ATAS 18 TALIAN' - KOSMO - 21...
- CEO TELCO DIPANGGIL BERI PENJELASAN - BERITA HARIA...
- 47.6 JUTA KANDUNGAN YANG MELANGGAR PERATURAN TELAH...
- TELCO PERLU SEGERA PERJELAS DAKWAAN PENDAFTARAN TA...
- SCAM MAKIN GANAS: FAHMI ARAH TELCO BERI PENJELASAN...
- KERAJAAN CADANG PINDA AKTA PERKHIDMATAN POS, PERKE...
- PENIPUAN DALAM TALIAN, SYARIKAT TELCO DIMINTA BERI...
- FAHMI TO SUMMON TELCO CEO'S OVER SIM CARDS ALLEGED...
- EXPAND SCAM AWARENESS CAMPAIGNS TO RURAL AREAS: FA...
-
▼
September
(29)



