Showing posts with label PINJAMAN WANG. Show all posts
Showing posts with label PINJAMAN WANG. Show all posts

Thursday, April 3, 2025

ADUAN KES PINJAM ALONG MENINGKAT MENJELANG AIDILFITRI - SINAR HARIAN - 30/03/2025

 

KUALA LUMPUR - Aduan peminjam yang terjebak dengan along meningkat lebih 60 peratus menjelang Aidilfitri tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Presiden Gabungan Muafakat Perpaduan (GMP), S Hassan Kuthoos Syed Ahamed Kaberr berkata, statistik itu diperoleh menerusi aduan diterima pihaknya dalam tempoh minggu terakhir Ramadan.

S. Hassan Kuthoos

"Kebanyakan peminjam terdiri daripada golongan yang terdesak untuk membuat persiapan hari raya, namun tidak layak mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan berlesen.

"Apabila tidak layak pinjam dengan bank, lalu ambil jalan mudah meminjam dengan along,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Jelasnya, kadar faedah yang dikenakan along sangat tinggi dan menyebabkan ramai peminjam terjerat dengan hutang yang tidak mampu dibayar.

"Keadaan jadi lebih parah bila mereka terpaksa buat pinjaman baharu untuk bayar hutang lama,” katanya.

Beliau berkata, kebelakangan ini juga terdapat peningkatan kes peminjam yang dipaksa menyerahkan kad bank milik sendiri kepada along selepas pinjaman diluluskan.

"Apabila along memberi pinjaman, mereka akan pegang kad bank peminjam yang merupakan akauan penerimaan gaji,"katanya.

Sementara itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan majoriti individu yang membuat pinjaman dengan along untuk beraya gagal membayar semula hutang mereka kerana kadar faedah yang berterusan naik.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, statistik itu berdasarkan aduan yang diterima dan kes yang dikendalikan pihaknya setiap tahun.

“Lazimnya hampir semua yang meminjam dengan along ini tidak dapat melangsaikan hutang walaupun peminjam ada duit kerana kadar bunga yang tinggi dan terus naik. Misalnya pinjam RM6,000 tapi kena bayar RM10,000.

“Banyak juga kes individu yang dipaksa bayar ansuran pinjaman seminggu sekali jadi kalau ada yang pada awalnya mampu bayar sebulan sekali, mereka akan tak mampu bayar secara mingguan yang mengakibatkan along terus naikkan kadar bunga hingga rata-rata peminjam ini terus diburu along,” katanya.

Nadzim berkata, kadar bunga yang terus naik berkenaan menyebabkan ada antara peminjam menanggung hutang hingga berpuluh-puluh tahun.

“Ada satu kes tapi ia bukan kes pinjam untuk raya. Dia cikgu dan dah hutang dengan along sejak 25 tahun lalu. Namun sampai ke hari ini hutangnya masih belum habis dibayar.

“Kegagalan bayar hutang seperti yang diminta ini membuatkan ramai peminjam berdepan dengan ugutan berterusan along termasuk ada antara rumah mereka dibaling cat dan bom petrol,” ujarnya.

Artikel oleh: Sinar Harian

ADUAN KES PINJAM ALONG MENINGKAT MENJELANG AIDILFITRI

https://www.sinarharian.com.my/article/720399/berita/aduan-kes-pinjam-along-meningkat-menjelang-aidilfitri

Thursday, September 28, 2017

4101) AHLONG OH AHLONG, SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA - PPIM - 28/9/2017


Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah menerima banyak aduan Ahlong tertentu yang telah menjalankan jenayah baru dengan menipu mereka yang terdesak untuk meminjam duit. Mangsa diperdaya untuk membayar berbagai bayaran seperti cukai jualan, GST dan yuran guaman dikenakan sehingga ada yang membayar puluhan ribu sebagai yuran proses dan akhirnya menghilangkan diri.
23
Mengulas lanjut kenyataan ini, Ketua Aktivis PPIM, Toqqi berkata pihaknya telah menerima banyak aduan yang melibatkan penipuan pinjaman wang versi baharu sejak kebelakangan ini. “Pemberi pinjaman wang sekarang ini menggunakan platform Facebook untuk mempromosikan iklan mereka dan mereka menipu para peminjam dengan menyuruh peminjam untuk memasukan sejumlah wang bagi memproses pinjaman yang dikehendaki”
“Mangsa telah ditipu dan telah membayar sebanyak RM 52 Ribu Ahlong dengan alasan caj proses dokumen, peguam dan lain-lain” tegasnya.
9
Pengerusi Biro Undang-Undang PPIM, Hishamuddin Hashim berkata ini merupakan Ahlong versi baharu iaitu mengenakan yuran pengurusan dahulu sebelum diberi pinjaman wang.
“Mereka akan bermula dengan mengatakan permohonan mereka untuk pinjaman duit tidak lulus tetapi boleh dibantu perunding mereka dengan syarat-syarat tertentu”kata beliau.
Tambahannya lagi, mangsa yang terdesak untuk memerlukan duit ini akan menggunakan perkhidmatan seperti ini setelah gagal dalam permohonan bank.
“Kita mintak kepada agensi yang berkaitan melihat semula perkara ini dan janganlah saling tunding jari antara satu sama lain”
10
Beliau turut menyeru Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk sentiasa memantau dan memerhatikan iklan seperti ini yang tular di laman sesawang Facebook dan menyekat akaun tersebut jika terdapat unsur curiga yang boleh membawa kepada penipuan.
“Jika pengguna hendak membuat sesuatu pinjaman dan orang tersebut meminta bayaran pendahuluan, pengguna bolehlah menghubungi kami untuk mendapatkan kepastian sebelum meneruskan apa-apa tranksaksi,”jelas Penasihat Kehormat PPIM, Brigadier Jeneral ( B) Dato’ Husainay Hashim.
5
Turut hadir bersama di dalam sidang media terbabit iaitu Siti Aminah (Mangsa, bukan nama sebenar).
“Memang silap saya ketika itu, sehingga tertarik pada iklan yang disiarkan pada FB terbabit dan saya mengharap sangat pihak berkenaan untuk memulangkan semula wang saya dan saya berharap pihak berwajib tutup teruslah pinjaman wang ini kerana saya tidak mahu orang lain turut ditipu seperti saya”
48

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL