Showing posts with label PERMATA. Show all posts
Showing posts with label PERMATA. Show all posts

Wednesday, August 7, 2019

5150) NGO ISLAM DESAK RTM TANGGUH PENAYANGAN DEMI TUHAN AKU BERSAKSI - MALAYSIA GAZETTE - 05/08/2019


KUALA LUMPUR – Jawatan Bertindak NGO Pendidikan Islam meminta Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) menangguhkan penayangan telemovie ‘Demi Tuhan Aku Bersaksi’ sehingga kata sepakat dengan pihak berkepentingan diperolehi.
Jurucakapnya, Manolito Mohd Dahlan berkata, jawatankuasa bertindak itu yang dianggotai lima pertubuhan dan persatuan tahfiz al-Quran prihatin dengan keresahan masyarakat Islam berhubung penerbitan telemovie berkenaan.
Katanya, lima NGO itu ialah Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (Permata), Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Institusi Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (Ikiam), Persatuan Kebajikan dan Pembangunan Sahsiah Ummah Malaysia (Pengasuh) dan Pertubuhan Ayahanda Penyatuan Insan Malaysia (Papim).
“Kami sangat prihatin dengan keresahan masyarakat Islam terutama pencinta pendidikan tahfiz al-Quran berhubung penerbitan telemovie Demi Tuhan Aku Bersaksi yang dijangka disiarkan RTM tidak lama lagi.
“Keresahan masyarakat terhadap telemovie ini mula timbul apabila poster iklan dan sinopsisnya mula diviralkan kepada umum sehingga mengundang pelbagai persepsi dan tanggapan,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini, hari ini.
Semalam, MalaysiaGazette melaporkan, satu petisyen dilancarkan atas nama “Haramkan Telefilem Sampah Memburukkan Institusi Tahfiz”.
Petisyen itu diwujudkan satu kumpulan yang dinamakan “Pembela Agama Allah” yang kini sudah mencecah lebih 50,000 tandatangan sebagai langkah untuk mengharamkan drama terbita Prokuya Studios itu.
Rata-rata petisyen itu menggesa masyarakat Islam menolak drama berkenaan.
Menurut Manolito yang juga Presiden Permata, keresahan dan kebimbangan masyarakat umum ada asasnya memandangkan kebelakangan ini terdapat kecenderungan kalangan tertentu memburukkan institusi Islam dan agama Islam amnya.
Kemudian ujar beliau, selepas memburukkan institusi dan agama Islam, pihak terbabit mengambil jalan mudah meminta maaf, sedangkan perbuatan itu telah menyebarkan kebencian dan menyemarakkan kemarahan kaum dan agama tertentu.
“Sebelum nasi menjadi bubur, kami mendesak pihak penerbit telemovie berkenaan dan pihak berkuasa penyiaran seperti RTM tampil menjawab keresahan masyarakat.
“Kami minta satu sesi pratonton diadakan kepada pihak berkepentingan seperti Majlis Fatwa Kebangsaan, Jakim dan NGO Islam seperti kami sebelum telemovie tersebut disiarkan kepada umum.
“Kami juga menyeru mana-mana pihak yang menerbitkan karya seni atas nama Islam untuk siaran dan tatapan umum terlebih dahulu merujuk kepada ahli agama dan institusi berotoriti agar tidak mendatangkan keresahan masyarakat,” katanya.
Beliau berkata, kesucian Islam yang juga merupakan agama persekutuan perlu dijaga kukuh dengan sebarang unsur yang boleh menjejaskan kesucian Islam dan nilai-nilainya perlu ditegah.
Katanya, telemovie Demi Tuhan Aku Bersaksi mungkin mempunyai niat dan misi yang baik, tetapi tidak mencukupi jika jalan cerita, pemaparan watak dan elemen yang terkandung dalam filem itu melanggar batas dibenarkan oleh hukum syarak dan bersifat menghina agama serta nilai masyarakat.
“Sesuai dengan semangat musyawarah dan tabayyun yang dituntut Islam, besarlah harapan kami jika pihak penerbit dan RTM segera membuka pintu rundingan dan muzakarah untuk kepentingan umat Islam di negara ini.
“Jika perlu, penayangan telemovie yang telah membuka medan perdebatan hangat ini perlu ditangguhkan sehingga kata sepakat dengan pihak berkepentingan diperolehi,” katanya. – MalaysiaGazette
Artikel oleh: Malaysia Gazette
NGO ISLAM DESAK RTM TANGGUH PENAYANGAN DEMI TUHAN AKU BERSAKSI

Tuesday, August 7, 2018

4577) PERJUMPAAN PPIM BERSAMA NGO ISLAM DAN SEBUAH SYARIKAT ANTARABANGSA – 4/8/18


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengadakan perjumpaan dengan tiga NGO Islam dan sebuah syarikat antarabangsa.
PPIM, Persatuan Maahad Tahfiz Malaysia (Permata), Persatuan Kebajikan dan Pembangunan Sahsiah Ummah Malaysia (Pengasuh), Pertubuhan Nur Kasih dan GISB Holdings Sdn Bhd bersetuju menjalinkan kerjasama demi perpaduan ummah di Malaysia dan dunia.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata PPIM berharap kerjasama ini akan membawa kesan baik kepada perpaduan ummah dan ekonomi umat islam di negara ini dan seterusnya seluruh dunia.
” Jalinan kerjasama ini bakal menjana ekonomi islam dan menyokong pengeluar-pengeluar produk orang Islam dan ia bakal dinikmati oleh pengguna Islam dan mereka yang mencari produk dan perkhidmatan berlandaskan Islam,”
Sementara itu Datuk Lokman Hakim Pfordten berkata umat Islam hari ni lemah kerana tidak bersatu.
” Bukan antara sesama negara malah dalam keluarga pun tidak bersatu. Mereka telah mengabaikan Allah dan agama,” katanya.
Semoga perpaduan berasaskan iman boleh bekerjasama, selaras untuk berkhidmat kepada semua umat manusia tak kira bangsa dan agama mereka.
” Ini kerana Islam itu agama yg selamat dan membawa kepada keselamatan ke seluruh alam, ” katanya

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL