Showing posts with label INSTITUSI TAHFIZ. Show all posts
Showing posts with label INSTITUSI TAHFIZ. Show all posts

Monday, November 18, 2019

5502) JANGAN JADIKAN TAHFIZ PUSAT PEMULIHAN AKHLAK - MALAYSIA GAZETTE - 16/11/2019


MELAKA – Ibu bapa perlu melihat dan menghormati institusi tahfiz sebagai pusat pembelajaran Al-Quran dan ilmu agama, bukannya sebagai pusat pemulihan akhlak bagi remaja bermasalah dan gagal dikawal.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata ibu bapa tidak sepatutnya melepaskan tangungjawab menjaga anak yang bermasalah kepada pihak lain dengan menghantar mereka yang sukar dibentuk itu ke sekolah tahfiz, bagi memperbetulkan akhlak mereka.
“Institusi tahfiz adalah institusi pembelajaran ilmu Al-Quran, justeru ibu bapa sepatutnya menghantar anak-anak mereka bagi tujuan mendalami ilmu tersebut, dan bukan untuk menyelesaikan masalah anak yang tidak dapat dikawal.
“…dan apabila hantar anak ke institusi tahfiz atau sekolah berasrama penuh, ibu bapa sebagai orang yang paling dekat dengan anak-anak, buatlah pemantauan dan jangan serah tanggungjawab bulat-bulat kepada ustaz atau guru,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Turut berkongsi pendapat, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Kamal Affandi Hashim berkata ibu bapa perlu membetulkan niat dan tujuan, kenapa mereka menghantar anak ke institusi tahfiz.
“Kalau niatnya untuk melepaskan tanggungjawab setelah gagal membentuk anak atau untuk tujuan bermegah-megah ‘anak saya masuk tahfiz’.…saya nasihatkan agar ibu bapa yang berfikiran demikian membatalkan sahaja hajat mereka itu.
“Ini kerana institusi tahfiz adalah pusat ilmu bagi melahirkan insan yang cemerlang dalam ilmu dunia dan akhirat,” katanya.
Beliau berkata ibu bapa yang mengambil jalan mudah melepaskan tanggungjawab mendidik anak kepada orang lain, dengan menghantar anak mereka ke institusi tahfiz boleh dikenakan tindakan udang-undang di bawah bawah Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2011, kerana mengaibaikan anak-anak.
Kamal Affandi menasihati ibu bapa memilih institusi tahfiz yang berdaftar dengan pihak berkuasa, dengan membuat semakan terlebih dahulu, terhadap taraf sekolah terbabit.
“Jangan hanya dengar cakap-cakap orang bahawa sekolah itu bagus, sekolah ini kurang bagus. Sebaliknya saya nasihatkan ibu bapa menilai sekolah tersebut terlebih dahulu, sebelum membuat keputusan,” katanya.
Selain itu Kamal Afandi berkata pihak pengurusan sekolah tahfiz juga perlu mengambil tindakan proaktif, termasuk membuat saringan polis sebelum mengambil tenaga pengajar, supaya tidak terambil mereka yang bermasalah ataupun mempunyai rekod jenayah lampau.
Katanya, selain mengadakan saringan, pihak pengurusan sekolah tahfiz juga perlu melakukan pemeriksaan berkala atau pemeriksaaan mengejut kepada tenaga pengajar, selain daripada mengadakan perbualan dengan pelajar bagi mengesan masalah.
— BERNAMA
Artikel oleh: Malaysia Gazette 
JANGAN JADIKAN TAHFIZ PUSAT PEMULIHAN AKHLAK 

5501) JANGAN JADIKAN TAHFIZ PUSAT PEMULIHAN AKHLAK - ASTRO AWANI - 17/11/2019


MELAKA: Ibu bapa perlu melihat dan menghormati institusi tahfiz sebagai pusat pembelajaran Al-Quran dan ilmu agama, bukannya sebagai pusat pemulihan akhlak bagi remaja bermasalah dan gagal dikawal.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata ibu bapa tidak sepatutnya melepaskan tangungjawab menjaga anak yang bermasalah kepada pihak lain dengan menghantar mereka yang sukar dibentuk itu ke sekolah tahfiz, bagi memperbetulkan akhlak mereka.


"Institusi tahfiz adalah institusi pembelajaran ilmu Al-Quran, justeru ibu bapa sepatutnya menghantar anak-anak mereka bagi tujuan mendalami ilmu tersebut, dan bukan untuk menyelesaikan masalah anak yang tidak dapat dikawal.

"...dan apabila hantar anak ke institusi tahfiz atau sekolah berasrama penuh, ibu bapa sebagai orang yang paling dekat dengan anak-anak, buatlah pemantauan dan jangan serah tanggungjawab bulat-bulat kepada ustaz atau guru," katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.


Turut berkongsi pendapat, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Kamal Affandi Hashim berkata ibu bapa perlu membetulkan niat dan tujuan, kenapa mereka menghantar anak ke institusi tahfiz.

"Kalau niatnya untuk melepaskan tanggungjawab setelah gagal membentuk anak atau untuk tujuan bermegah-megah 'anak saya masuk tahfiz'... saya nasihatkan agar ibu bapa yang berfikiran demikian membatalkan sahaja hajat mereka itu.

"Ini kerana institusi tahfiz adalah pusat ilmu bagi melahirkan insan yang cemerlang dalam ilmu dunia dan akhirat," katanya.

Beliau berkata ibu bapa yang mengambil jalan mudah melepaskan tanggungjawab mendidik anak kepada orang lain, dengan menghantar anak mereka ke institusi tahfiz boleh dikenakan tindakan udang-undang di bawah bawah Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2011, kerana mengaibaikan anak-anak.

Kamal Affandi menasihati ibu bapa memilih institusi tahfiz yang berdaftar dengan pihak berkuasa, dengan membuat semakan terlebih dahulu, terhadap taraf sekolah terbabit.

"Jangan hanya dengar cakap-cakap orang bahawa sekolah itu bagus, sekolah ini kurang bagus. Sebaliknya saya nasihatkan ibu bapa menilai sekolah tersebut terlebih dahulu, sebelum membuat keputusan," katanya.

Selain itu Kamal Afandi berkata pihak pengurusan sekolah tahfiz juga perlu mengambil tindakan proaktif, termasuk membuat saringan polis sebelum mengambil tenaga pengajar, supaya tidak terambil mereka yang bermasalah ataupun mempunyai rekod jenayah lampau.

Katanya, selain mengadakan saringan, pihak pengurusan sekolah tahfiz juga perlu melakukan pemeriksaan berkala atau pemeriksaan mengejut kepada tenaga pengajar, selain daripada mengadakan perbualan dengan pelajar bagi mengesan masalah.

-- BERNAMA


Artikel oleh: Astro Awani

JANGAN JADIKAN TAHFIZ PUSAT PEMULIHAN AKHLAK

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jangan-jadikan-tahfiz-pusat-pemulihan-akhlak-222830

Wednesday, August 7, 2019

5150) NGO ISLAM DESAK RTM TANGGUH PENAYANGAN DEMI TUHAN AKU BERSAKSI - MALAYSIA GAZETTE - 05/08/2019


KUALA LUMPUR – Jawatan Bertindak NGO Pendidikan Islam meminta Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) menangguhkan penayangan telemovie ‘Demi Tuhan Aku Bersaksi’ sehingga kata sepakat dengan pihak berkepentingan diperolehi.
Jurucakapnya, Manolito Mohd Dahlan berkata, jawatankuasa bertindak itu yang dianggotai lima pertubuhan dan persatuan tahfiz al-Quran prihatin dengan keresahan masyarakat Islam berhubung penerbitan telemovie berkenaan.
Katanya, lima NGO itu ialah Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (Permata), Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Institusi Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (Ikiam), Persatuan Kebajikan dan Pembangunan Sahsiah Ummah Malaysia (Pengasuh) dan Pertubuhan Ayahanda Penyatuan Insan Malaysia (Papim).
“Kami sangat prihatin dengan keresahan masyarakat Islam terutama pencinta pendidikan tahfiz al-Quran berhubung penerbitan telemovie Demi Tuhan Aku Bersaksi yang dijangka disiarkan RTM tidak lama lagi.
“Keresahan masyarakat terhadap telemovie ini mula timbul apabila poster iklan dan sinopsisnya mula diviralkan kepada umum sehingga mengundang pelbagai persepsi dan tanggapan,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini, hari ini.
Semalam, MalaysiaGazette melaporkan, satu petisyen dilancarkan atas nama “Haramkan Telefilem Sampah Memburukkan Institusi Tahfiz”.
Petisyen itu diwujudkan satu kumpulan yang dinamakan “Pembela Agama Allah” yang kini sudah mencecah lebih 50,000 tandatangan sebagai langkah untuk mengharamkan drama terbita Prokuya Studios itu.
Rata-rata petisyen itu menggesa masyarakat Islam menolak drama berkenaan.
Menurut Manolito yang juga Presiden Permata, keresahan dan kebimbangan masyarakat umum ada asasnya memandangkan kebelakangan ini terdapat kecenderungan kalangan tertentu memburukkan institusi Islam dan agama Islam amnya.
Kemudian ujar beliau, selepas memburukkan institusi dan agama Islam, pihak terbabit mengambil jalan mudah meminta maaf, sedangkan perbuatan itu telah menyebarkan kebencian dan menyemarakkan kemarahan kaum dan agama tertentu.
“Sebelum nasi menjadi bubur, kami mendesak pihak penerbit telemovie berkenaan dan pihak berkuasa penyiaran seperti RTM tampil menjawab keresahan masyarakat.
“Kami minta satu sesi pratonton diadakan kepada pihak berkepentingan seperti Majlis Fatwa Kebangsaan, Jakim dan NGO Islam seperti kami sebelum telemovie tersebut disiarkan kepada umum.
“Kami juga menyeru mana-mana pihak yang menerbitkan karya seni atas nama Islam untuk siaran dan tatapan umum terlebih dahulu merujuk kepada ahli agama dan institusi berotoriti agar tidak mendatangkan keresahan masyarakat,” katanya.
Beliau berkata, kesucian Islam yang juga merupakan agama persekutuan perlu dijaga kukuh dengan sebarang unsur yang boleh menjejaskan kesucian Islam dan nilai-nilainya perlu ditegah.
Katanya, telemovie Demi Tuhan Aku Bersaksi mungkin mempunyai niat dan misi yang baik, tetapi tidak mencukupi jika jalan cerita, pemaparan watak dan elemen yang terkandung dalam filem itu melanggar batas dibenarkan oleh hukum syarak dan bersifat menghina agama serta nilai masyarakat.
“Sesuai dengan semangat musyawarah dan tabayyun yang dituntut Islam, besarlah harapan kami jika pihak penerbit dan RTM segera membuka pintu rundingan dan muzakarah untuk kepentingan umat Islam di negara ini.
“Jika perlu, penayangan telemovie yang telah membuka medan perdebatan hangat ini perlu ditangguhkan sehingga kata sepakat dengan pihak berkepentingan diperolehi,” katanya. – MalaysiaGazette
Artikel oleh: Malaysia Gazette
NGO ISLAM DESAK RTM TANGGUH PENAYANGAN DEMI TUHAN AKU BERSAKSI

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL