Showing posts with label PBS. Show all posts
Showing posts with label PBS. Show all posts
Tuesday, October 21, 2014
2154) ARKIB BERITA PPIM - 11/10/2014 RAKYAT MARHAEN - Bajet 2015 Kurang Tangani Agenda Bumiputera, Kos Sara Hidup, Kata NGO Melayu
Badan bukan kerajaan (NGO) Melayu melihat pengumuman Bajet 2015 oleh perdana menteri semalam bukanlah sesuatu yang menggembirakan, malah insentif yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak itu dibimbangi gagal menyediakan rakyat bagi berdepan kenaikan kos sara hidup. Mereka mendakwa agenda Bumiputera kurang diberi perhatian khusus kerajaan selain insentif yang bersifat sementara mungkin mengundang kelompok masyarakat yang malas bekerja. “Saya tengok peruntukan bagi Bumiputera hanya sedikit. Dari segi pemilikan ekuiti diletakkan RM600 juta. Daripada RM600 juta itu, sejauh mana mampu mencapai anggaran pertambahan bilangan penduduk Bumiputera mencapai 70%?
“Dengan bajet begitu, tidak akan mengubah ekonomi Bumiputera dalam kerangka pembangunan akan datang untuk merangka polisi pembangunan Bumiputera yang kita harapkan,” kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Abdullah Zaik Abd Rahman. Najib dalam pembentangan Bajet 2015 berkata, kerajaan melalui Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) akan memperuntukkan RM600 juta bagi meningkatkan pemilikan Bumiputera dalam syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan. Katanya, peruntukan itu diberi bagi menguatkan lagi agenda Bumiputera kerana pemilikan ekuiti korporat masih belum mencapai sasaran 30% selain kawalan ke atas kebanyakan syarikat kini hanya pada sekitar 10%.
Abdullah berkata, Bajet 2015 tidak memberi fokus bagaimana kerajaan akan menyelesaikan masalah rakyat bagi menangani kenaikan kos sara hidup. Katanya, walaupun kerajaan berhasrat mengurangkan defisit fiskal, namun rakyat secara keseluruhan masih tidak melihat kerajaan serius menangani beban ekonomi. “Saya tak nampak kesan penurunan harga barang dengan insentif yang dibuat. Anggaran penurunan 4% harga barang tak dirasai." Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) pula berpandangan walaupun kerajaan menaikkan kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada tahun depan, namun ia hanya bersifat penyelesaian jangka pendek kepada rakyat.
Presidennya Amidi Abd Manan berkata, kerajaan perlu menyedari rakyat kini begitu tertekan dengan kos sara hidup yang tinggi apatah lagi pendapatan bulanan masih tidak mencukupi. “BR1M terbukti satu mekanisme tidak sesuai menangani kos sara hidup. Ini kerana kos sara hidup bersifat harian dan mereka yang bekerja di Malaysia memerlukan pendapatan 14 bulan dalam setahun. “Gejala ini berlaku kerana kenaikan kos sara hidup.
Dengan BR1M, ia hanya dapat memenuhi keperluan waktu tertentu seperti waktu persekolahan dan perayaan. Ini tidak banyak membantu,” katanya. Beliau berkata, kerajaan jelas memainkan istilah rasionalisasi subsidi apabila rakyat juga akan menanggung kenaikan harga barang dengan peningkatan harga bahan bakar. “Ini sesuatu yang ironi dalam erti kata rasionalisasi subsidi. Mereka naikkan harga minyak, begitu juga harga makanan akan meningkat seiring dengan harga petrol. “Rasionalisasi subsidi tak begitu beri kesan kerana barangan yang diberikan subsidi akan terus mencatatkan kenaikan harga. Saya tak nampak rasional kenaikan harga minyak,” katanya kepada The Malaysian Insider. Semasa pembentangan bajet semalam, Najib yang juga menteri kewangan berkata,
Putrajaya akan meningkatkan BR1M daripada RM650 kepada RM950 bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 dan RM4,000, kerajaan akan meningkatkan nilai BR1M daripada RM450 kepada RM750. Sementara itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bimbang jika BR1M diberikan kerajaan itu akan mewujudkan golongan yang malas bekerja.
Katanya, walaupun kerajaan memberikan pelbagai insentif kepada rakyat, dibimbanginya bantuan berkenaan tidak sampai kepada rakyat secara efektif. “Saya lebih takut kita gagal memanfaatkan semua ini kerana sikap kita bila nak BR1M, tidak kerja kuat sangat, kerana bila kerja kuat tak dapat BR1M. Itu antara falsafah yang perlu dibetulkan rakyat.
“Saya melihat dari sudut pelaksanaan bajet ini, mungkin terlalu banyak insentif gagal dimanfaatkan rakyat yang jahil atau mereka yang tidak pandai menghargai,” kata Presiden PPIM Datuk Nadzim Johan. Selain mengutarakan kenaikan kos sara hidup, NGO Melayu berpandangan kerajaan perlu lebih memberi penekanan kepada aspek pembangunan pendidikan.
“Apa yang saya tunggu ialah pengumuman kerajaan melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dengan lebih berkesan. Bajet kali ini tidak menyentuh bagaimana memperbaiki PBS. “Kita perlu mengecilkan jumlah pelajar di dalam kelas,” kata Amidi. Isma berkata kurangnya aspek pendidikan yang ditekankan dalam bajet kali ini mungkin kerana lebih memfokuskan kepada aspek pengurusan sekolah sedia ada.
“Mengurangkan beban pendidikan tidak disentuh sebab mereka terpaksa membuka keperluan baru dan membaiki keperluan sedia ada. Dari segi kos fizikal, ibu bapa yang menanggung beban kehidupan masih dirasakan,” kata Abdullah.
Sumber : http://www.wargamarhaen.blogspot.in/2014/10/bajet-2015-kurang-tangani-agenda.html
Saturday, March 8, 2014
1185) UTUSAN MALAYSIA 6/3/2014 PENDIDIK, IBU BAPA, NGO SOKONG PENDEKATAN LEBIH MESRA GURU PBS BAHARU
KUALA LUMPUR 5 Mac - Warga pendidik, ibu bapa dan pertubuhan
bukan kerajaan (NGO) menyambut baik pendekatan lebih mesra guru dalam sistem
baharu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang akan diumumkan hujung bulan
ini.
Mereka menyifatkan sistem yang akan berfokuskan pengajaran
itu sebagai pemangkin sistem pendidikan negara yang baik selain menjadikan
suasana pembelajaran dan pengajaran lebih sihat.
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan
(NUTP), Lok Yim Pheng berkata, kesediaan kerajaan menambah baik dasar tersebut
meliputi psikometrik pelajar, perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelektual
dan sosial adalah satu perkembangan sangat positif.
Kata beliau, pihaknya gembira kerana Kementerian Pendidikan
memberi jaminan bahawa sistem baharu itu akan memberi lebih banyak masa kepada
guru untuk mengajar di samping mengimbangi elemen peperiksaan serta komponen
lain.
Walau bagaimanapun katanya, pihaknya amat berharap sistem
baharu PBS itu tidak mengulangi masalah sebelum ini terutama melibatkan
E-sistem yang jelas membebankan golongan pendidik.
"Guru mula mengalami bebanan dan tekanan akibat PBS
kerana masalah E-sistem dan tugas perkeranian dalam kalangan guru.
"NUTP telah mengumpulkan maklumat mengenai rintihan guru
dan menyerahkan memorandum mengenai Sistem PBS kepada Kementerian Pendidikan
berkaitan masalah serius yang dihadapi oleh mereka untuk memasukkan data ke
dalam E-sistem," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari
ini.
Semalam, Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh
berkata, kerajaan memberi jaminan sistem baharu PBS akan lebih mesra guru dan
berfokuskan pengajaran berbanding sebelum ini.
Beliau berkata, sistem baharu tersebut yang akan diumumkan
pada 29 Mac ini selepas siap dikemaskini turut memberi lebih banyak masa kepada
guru untuk mengajar.
Dalam pada itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu
Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Ali Hassan berharap
penambahbaikan PBS itu mengambil kira pelbagai faktor yang menguntungkan semua
pihak berkepentingan.
Jelasnya, PIBGN akan terus memantau penerimaan PBS dalam
kalangan guru dan perkembangan akademik para pelajar.
"Saya juga ingin mencadangkan penubuhan satu pasukan
yang membuat pemantauan PBS dari daerah ke negeri dan seluruh negara supaya
mutu pelajaran terjamin. Ahli pasukan itu perlu terdedah dengan PBS yang
diamalkan di luar negara," katanya.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam
Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mengucapkan penghargaan terhadap
keprihatinan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam isu
berkenaan.
"PPIM menyokong penuh usaha mencari jalan penyelesaian
terbaik dan mengharap kementerian dapat menjemput jawatankuasa Suara Guru
Masyarakat Malaysia (SGMM) untuk berbincang secara hati ke hati bagi meleraikan
sebarang kekusutan yang ada," katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(292)
-
▼
July
(34)
- AKTIVITI | MESYUARAT GERAKAN PENGGUNA NEGERI WPKL ...
- AKTIVITI | PPIM ADAKAN PERJUMPAAN BERSAMA PRESMA -...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA TNB - PPIM - 29...
- AKTIVITI | PPIM ATUR PERTEMUAN MPP UiTM CAWANGAN S...
- AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-62: BERKEBUN DI KEBUN BA...
- AKTIVITI | MAJLIS PERASMIAN PONDOK POLIS TRX - PPI...
- AKTIVITI | SESI LIBAT URUS KEMENTERIAN PERTANIAN D...
- AKTIVITI | MESYUARAT SEKRETARIAT PROGRAM ANTI-SCAM...
- AKTIVITI | MAJLIS MEEM KENDURIAN - PPIM - 18/07/2026
- AKTIVITI | SESI PERKONGSIAN ILMU METAFIK DAN RAWAT...
- AKTIVITI | KURSUS SUKARELAWAN TASKFORCE GABUNGAN N...
- AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-61: BERKEBUN DI KEBUN BA...
- YB TEMERLOH & PROF RIDHUAN TEE: KENAPA SEKOLAH WAW...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN TOQQI BERSAMA DATUK SERI TAZ...
- PPIM TERIMA SUMBANGAN BUKU “THE SILENT ROAR: A COV...
- AKTIVITI | MAJLIS KESYUKURAN SEMPENA PEMBUKAAN KED...
- KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE JABATAN BOMBA KUALA LUMPU...
- PODCAST PPIM | ISU-ISU RAKYAT YANG PERLU TINDAKAN ...
- AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE JABATAN BOMBA ...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN BERSAMA TUAN JOHARI SKIM GRE...
- AKTIVITI | PERBINCANGAN STRATEGIK PPIM BERSAMA JAB...
- AKTIVITI | PERTEMUAN BERSAMA DATUK SERI JOHARI ABD...
- PELBAGAI PIHAK DIGESA BANTU DUA BERADIK PENIAGA CE...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN BERSAMA DUA BERADIK PENIAGA ...
- AKTIVITI | SIDANG MEJA BULAT NGO GERAK MERDEKA - P...
- BUDI DIESEL EXPECTED TO REDUCE LEAKAGES, ENSURE TA...
- BUDI DIESEL EXPECTED TO REDUCE LEAKAGES, ENSURE TA...
- BUDI DIESEL BERHARGA RM2.10 SELITER KURANGKAN KETI...
- BUDI DIESEL MINIMUMKAN KETIRISAN, PASTIKAN AGIHAN ...
- KAJI SEMULA PENDEKATAN TANGANI JENAYAH ELAK HUKUMA...
- TERTIPU URUSAN JUAL BELI TANAH, MERANA TANGGUNG RU...
- MANGSA PENIPUAN HARTANAH TUNTUT KEADILAN - UTUSAN ...
- ISU KELDAI AKAUN: PPIM GESA KAJI SEMULA PENDEKATAN...
- CUKUP-CUKUP MEMANGSAKAN MANGSA!!! RAKYAT KECEWA ME...
-
▼
July
(34)

