Showing posts with label OPS GORES DAN MENANG. Show all posts
Showing posts with label OPS GORES DAN MENANG. Show all posts

Thursday, July 9, 2015

OPS GORES DAN MENANG: 'TOKONG' YANG DIGUNA UNTUK MEMUKAU MANGSA DIJUMPAI!


Bertindak atas  maklumat yang diterima dari pengadu, Unit Tindakan Khas (UTK) PPIM telah membuat serbuan ke sebuah premis kedai berhampiran Hotel Viva, Jalan Loke Yew, KL.

Serbuan itu berjaya menumpaskan satu lagi sindiket penipuan gores dan menang yang menyebabkan kerugian sebanyak RM220,000


Dalam pada itu, barangan menyerupai alatan sembahyang Budha yang dipercayai digunakan untuk memukau mangsa turut ditemui dalam serbuan itu.



Selain itu, pendedahan ini juga turut dibuat oleh Harian Metro. Ikuti video dibawah untuk pencerahan.


Hasil pertemuan Pengarah Unit Tindakn Khas PPIM, Yusuf Azmi dengan wakil syarikat gores dan menang itu, mereka setuju untuk mengganti semula wang mangsa.


Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan pernah mencadangkan supaya pihak berkuasa membuat penggubalan akta baru atau melaksanakan kaedah baru yang lebih efektif untuk membenteras gejala ini.


Untuk gambar-gambar lain boleh rujuk di halaman FB PPIM.
Hasil maklumat yang diterima dari pengadu, Unit Tindakan Khas (UTK) PPIM telah membuat serbuan ke sebuah premis kedai...
Posted by Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) on Wednesday, July 8, 2015

Wednesday, July 8, 2015

Rakaman 999 TV3: Operasi Gores Dan Menang Oleh PPIM


Rakaman 999 TV3 ini adalah Ops Gores Dan Menang telah dibuat hasil kerjasama Unit Tindakan Khas PPIM dan krew rakaman 999 berjaya melumpuhkan sindiket yang menanggung nilai kerugian lebih RM200, 000, pada 4 Julai 2015.

Ikuti video tersebut:

Monday, July 6, 2015

GORES DAN MENANG: SINDIKET GUNA ILMU PUKAU BERJAYA DITUMPASKAN!



4 JULAI 2015

'Ops Gores dan Menang' yang dibuat hasil kerjasama Biro Unit Tindakan Khas PPIM dan krew rakaman 999 berjaya melumpuhkan sindiket yang menanggung nilai kerugian lebih RM200, 000.

Ini ekoran serbuan yang dilakukan ke sebuah premis di Taman Jati, Jalan Klang Lama, Petaling Jaya pada jam 3.15 petang.

Ketua Biro UTK PPIM, Encik Yusuf Azmi berkata, serbuan ini diadakan kerana PPIM menerima terlalu banyak aduan dan yang sindiket penipuan ini sangat licik hingga sanggup menggunakan ilmu pukau untuk memperdaya mangsa.

Berikut adalah penjelasan penuh oleh beliau tentang serbuan yang dilakukan:


Foto-foto sekitar serbuan diadakan. Untuk foto lain, sila ke Facebook Rasmi PPIM











PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL