Showing posts with label KINITV. Show all posts
Showing posts with label KINITV. Show all posts

Thursday, September 12, 2024

PELIK TERESA BOLEH CAKAP MERAPU MACAM NENEK KEBAYAN - PPIM - KINITV - 11/09/2024

 

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Nadzim Johan menyelar kenyataan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok berhubung pensijilan halal.

Mengulas lanjut, Nadzim turut mencadangkan pihak berkuasa yang terlibat dalam isu halal supaya memberikan penerangan kepada wakil rakyat bukan Islam yang mungkin tidak memahami berkenaan perkara tersebut.

Sumber: KiniTV

PELIK TERESA BOLEH CAKAP MERAPU MACAM NENEK KEBAYAN - PPIM

https://www.youtube.com/watch?v=OVQgE-8b7ZQ

Wednesday, September 27, 2023

PPIM, NGO SERAH MEMORANDUM BANTAH WHO CA+, PINDAAN IHR 2005 - KINITV - 27/09/2023

 


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menuntut kerajaan supaya membantah Pandemik Triti Pertubuhan Kesihatan Sedunia Perjanjian Konvensyen (WHO CA+) dan pindaan Regulasi Kesihatan Antarabangsa (IHR 2005) kerana dikhuatiri akan mengancam kedaulatan negara.

Ketua Aktivisnya, Nadzim Johan berkata, Malaysia harus tegas dan wajib menolak pindaan IHR 2015 sebelum 1 Disember depan iaitu tarikh akhir bantahan supaya negara tidak dijajah anasir luar.

Menurutnya, sekiranya usaha itu gagal, WHO boleh mengambilalih pemerintahan sekali gus mengetepikan kuasa  Agong dan kerajaan termasuk dalam membuat keputusan berkaitan pengisytiharan pandemik serta darurat.


Sumber: KinTV

PPIM, NGO SERAH MEMORANDUM BANTAH WHO CA+, PINDAAN IHR 2005

https://www.youtube.com/watch?v=1U3CvJKgOHI

Wednesday, August 10, 2022

PRESMA GESA KERAJAAN TAK TANGGUH PENGAMBILAN PEKERJA ASING - KINITV - 09/08/2022

 

Empat persatuan menggesa Kementerian Sumber Manusia (KSM) supaya tidak menangguhkan sementara pengambilan pekerja asing seperti diumumkan baru-baru ini.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) Jawahar Ali Taib Khan berkata, penangguhan itu akan membawa impak besar terhadap kekurangan tenaga kerja di semua sektor.

Terdahulu pada 5 Ogos lalu KSM mengeluarkan surat pekeliling memaklumkan permohonan pengambilan pekerja asing ditangguhkan dari 15 Ogos hingga 31 Ogos.

Sumber: KiniTV

PRESMA GESA KERAJAAN TAK TANGGUH PENGAMBILAN PEKERJA ASING

https://www.youtube.com/watch?v=-4KRdCn0Opk

Saturday, January 17, 2015

2392) kiniTV - 16/01/2015 - Awas, Penipuan Pelaburan Emas, Kata PPIM


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini menasihatkan orang ramai supaya berhati dalam skim pelaburan emas kerana pihaknya telah mendapati aduan penipuan daripada orang ramai.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, kejadian itu membabitkan beberapa syarikat dan kerugian mencecah puluhan juta ringgit.

Wednesday, November 5, 2014

2213) KINI TV 5/11/2014 - Gambar Berhala Di Botol Air: PPIM Buat Laporan Polis



Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini membuat laporan polis mendakwa tindakan sebuah syarikat yang memaparkan imej berhala pada label pembalut plastik botol air mineral menimbulkan kekeliruan dan menyentuh sensitiviti pengguna Islam.

Ketua Biro Pemantauan Perkhidmatan, Sheikh Abdul Kareem Said Khadaied pihak berkuasa perlu menyiasat keceluparan itu dan mahu mereka yang terbabit didakwa mengikut Akta Hasutan.

Tuesday, October 21, 2014

2145) ARKIB BERITA PPIM - 20/10/2014 KiniTV - Melayu 'pendatang': PEMBELA berang, mahu tindakan keras


  • NGO Melayu mahu Tan disiasat kerana hasutan

  • 11:41AM Oct 20, 2014









  • Kumpulan pertubuhan Melayu berang dengan desakan seorang perwakilan Gerakan supaya pemimpin Umno berhenti membuat kenyataan mengenai "pendatang" kerana menurutnya, orang Melayu juga adalah pendatang.

    Sebuah gabungan 82 kumpulan Melayu-Muslim - Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) berkata presiden Gerakan harus memecat perwakilan Tan Lai Soon kerana membuat komen tersebut dalam mesyuarat agung tahunan parti itu di Setia Alam semalam.

    Timbalan Pengerusi PEMBELA, Aminuddin Yahaya yang mengetuai delegasi ke Ibupejabat Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur pagi ini, menuntut supaya Tan disiasat di bawah Akta Hasutan.

    Bersama dengan oleh NGO lain seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pejuang Islam Melayu Malaysia (Pewaris), mereka membuat sekurang-kurangnya tiga laporan polis terhadap ahli Gerakan itu.

    Aminuddin berkata mereka menuntut presiden Gerakan, memecat ahli yang membuat kenyataan agar konsisten dengan janjinya bahwa beliau akan memecat mana-mana ahli yang membuat kenyataan perkauman.

    Mereka juga, tegasnya, mahu pihak berkuasa untuk menyiasat dan Peguam Negara mendakwa Tan Lai Soon di bawah Akta Hasutan.

    Sementara itu, Rakyat Post melaporkan Tan meminta maaf atas kenyataannya semalam.

    Tan dilaporkan berkata beliau amat menyesal dan menurutnya, beliau bermaksud untuk mengatakan bahawa tidak seorang pun rakyat Malaysia yang harus dipanggil sebagai 'pendatang', kerana mereka semua adalah rakyat Malaysia










PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL