Showing posts with label INDUSTRI PENGANGKUTAN DARAT. Show all posts
Showing posts with label INDUSTRI PENGANGKUTAN DARAT. Show all posts

Thursday, February 3, 2022

PPDM SEDIA SOKONG PARTI POLITIK YANG SOKONG PERJUANGANNYA - MALAKAT TRIBUNE - 02/02/2022

 

CYBERJAYA – Pertubuhan Penyatuan Pemain Industri Pengangkutan Darat Malaysia (PPDM) hari ini menyatakan pihaknya bersedia menyokong mana-mana parti politik yang sanggup bersamanya memperjuangkan nasib para pemain industri tersebut.

Ketua Aktivis PPDM, Kamaruddin Hussain berkata, perjuangan mereka memerlukan perubahan pada dasar kerajaan yang tidak akan dapat dilakukan oleh persatuan ataupun pertubuhan.

Kamaruddin menyerahkan memorandum kepada Ketua Penerangan Pakatan Harapan, Fahmi Fadzil.

“Apa yang kami perjuangkan sebenarnya mahu mengubah dasar (kerajaan), supaya bukan sahaja menguntungkan syarikat tetapi juga kami sebagai pemain industri.

“(Tetapi) Usaha kami selama ini menerusi persatuan dan pertubuhan tidak membuahkan hasil, kerana tiada siapa yang dengar suara kami,” kata Kamaruddin.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Penyerahan Memorandum PPDM kepada Perdana Menteri dan Parti-Parti Politik Negara di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malayasia (PPIM), Datuk Nadzim Johan ataupun Toqqi, dan Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan Malakat Eco dan Brainy Bunch, Adzhar Mohd Noor.

Kata Kamaruddin, dasar kerajaan yang sedia hanya menguntungkan pihak syarikat, namun menidakkan hak pemain industri lain seperti golongan pemandu.

“Kami inginkan perubahan, terutamanya pada dasar (kerajaan), kerana akta yang dibuat tidak melihat kepada kami (pemain industri).

“Atas kesedaran itu, kami ambil pendekatan menyerahkan memorandum pada semua wakil parti politik, bagi melihat parti mana yang sedia memperjuangkan tuntutan kami,” tambahnya.

Beliau menambah, mana-mana parti politik yang mahukan sokongan PPDM perlu serius dalam membantu memperjuangkan hak mereka sebagai pemain industri.

“Jika parti (politik) mahukan sokongan kami, kami tuntut jawatan Menteri Pengangkutan diberikan kepada (anggota) pemain industri.

“Saya tahu tuntutan ini amat besar, tapi jika parti tersebut benar-benar serius mahukan sokongan (politik PPDM), permintaan ini perlu diambil kira,” katanya lagi.


Artikel oleh: Malakat Tribune

PPDM SEDIA SOKONG PARTI POLITIK YANG SOKONG PERJUANGANNYA

https://www.malakattribunenews.com/2022/02/ppdm-sedia-sokong-parti-politik-yang-sokong-perjuangannya/

[VIDEO] 6 JUTA UNDI KELUARGA INDUSTRI PENGANGKUTAN DARAT UNTUK PARTI POLITIK - MALAKAT TRIBUNE - 02/02/2022

 

CYBERJAYA – Kira-kira 6 juta undi pemain industri pengangkutan darat bersama keluarga menanti mana-mana parti politik di negara ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Penaung Pertubuhan Penyatuan Pemain Industri Pengangkutan Darat Malaysia (PPDM), Datuk Nadzim Johan berkata, itu janji ahli-ahli PPDM sekiranya nasib mereka dibela.

Nadzim yang juga merupakan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berkata, sebelum ini, PPDM telah menghantar pelbagai surat namun tidak dilayan.

“Saya difahamkan, dalam industri ini (PPDM) ada lebih sejuta ahli. Jadi, jika dicampurkan dengan ahli keluarga mereka ada kira-kira 6 juta pengundi yang boleh jadi penentu pada PRU-15.

“Pilihan kini berada di tangan parti-parti politik,” kata Nadzim atau lebih dikenali sebagai Toqqi dalam sidang akhbar di Kompleks Brainy Bunch di Cyberjaya hari ini.

Ketua Aktivis Pengangkutan Darat Malaysia, Kamaruddin Hussain menyerahkan memorandum PPDM kepada Ketua Penerangan Pakatan Harapan, Fahmi Fadzil di Cyberjaya.

Terdahulu, Nadzim menyaksikan Ketua Aktivis PPDM, Kamarudin Mohd Hussain menyerahkan memorandum PPDM mengenai tuntutan pemain industri E-Hailing, P-Hailing, lori dan bas kepada wakil-wakil parti politik. 

Sementara itu, Kamaruddin berkata, PPDM tidak berhasrat untuk didaftarkan sebagai parti politik sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi parti-parti politik sebelum PRU-15.

Katanya, PPDM perlu menunggu maklum balas daripada parti-parti politik sebelum membuat sebarang tindakan selanjutnya.

“Kami yakin dalam banyak parti yang akan bertanding dalam PRU15 nanti, ada satu atau dua parti benar-benar tulus ikhlas nak menyelesaikan masalah rakyat termasuk masalah kami.

“Saya tak tahulah UMNO ker… PKR ker… tak kisah lah tapi semua parti kita telah hantar surat. Ada yang datang, ada yang tak datang, tak dapat dihubungi dan sebagainya, jadi kita tunggu dan lihat,” katanya.

Ketua Aktivis Pengangkutan Darat Malaysia, Kamaruddin Hussain dan Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan bersama-sama wakil parti politik selepas sesi penyerahan memorandum PPDM di Cyberjaya.

Dalam pada itu katanya, sekiranya PPDM dijadikan parti politik, ia hanya akan menyebabkan ahli persatuan itu berpecah-belah kerana ramai di antara mereka berada di dalam parti sedia ada.

“Dalam keadaan hari ini kita perlu melihat beberapa aspek, kita kena faham rakan-rakan kita mempunyai fahaman politik yang berbeza-beza.

“Ada rakan-rakan kita yang mempunyai jawatan dalam parti, kalau kita wujudkan parti kemudian dia nak sertai parti kita, ia boleh mewujudkan perpecahan di antara kita,” katanya.

Sehununhan itu katanya, serahan memorandum itu sendiri akan membuktikan parti politik mana yang benar-benar akan memperjuangkan tuntutan mereka.


Artikel oleh: Malakat Tribune

[VIDEO] 6 JUTA UNDI KELUARGA INDUSTRI PENGANGKUTAN DARAT UNTUK PARTI POLITIK

https://www.malakattribunenews.com/2022/02/6-juta-undi-keluarga-industri-pengangkutan-darat-untuk-parti-politik/


PPDM HANTAR MEMORANDUM KE SEMUA PARTI MINTA SELESAI ISU PEMAIN INDUSTRI PENGANGKUTAN DARAT - SUARA KEADILAN - 02/02/2022

 

Menjelang Pilihan Raya Umum ke 15, Pertubuhan Penyatuan Pemain Industri Pengangkutan Darat Malaysia (PPDM) berharap parti parti politik yang bersaing untuk menerajui Putrajaya akan melihat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pemain industri pengangkutan darat sejak sekian lama di negara ini.

Menurut Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (gambar, dua dari kiri) yang merasmikan majlis PPDM di Putrajaya pagi tadi, pemain industri pengangkutan darat merana sekian lama akibat tidak mendapat pembelaan selayaknya oleh kerajaan dan parti parti politik yang mendukung kerajaan.

Sehubungan itu beliau memuji aktivis PPDM, Kamarudin Mohd Hussain (gambar, dua dari kanan) yang bersusah payah mengumpulkan penggiat industri berkenaan untuk dibela dan diperjuangkan nasib mereka sedaya upaya.

"Keadaan kita hari ini cukup sedih kerana pembelaan kepada mereka yang susah memang cukup sukar diperolehi. Saya dapat menghayati, betapa sukar kita nak menjana kehidupan.

"Tak payah cerita permit, 200 300 Grab ke, tak ada. Nak dapat lesen meniaga pun macam nak menangis. Apa masalahnya, beri sahajalah. Macam macam aduan, ada YDP macam ini, ada penguatkuasa macam ini. Hal ini tidak akan berkesudahan kecuali ada inisiatif macam yang dilakukan saudara Kamal.

"Dia datang berjumpa, saya tertarik dengan kesungguhan dia, saya yakin kita di tengah perjalanan. Hari ini tujuan kita menyatakan hasrat pemain industri ini menyerahkan memorandum kepada wakil parti politik di sini untuk menyatakan kita akan akan sokong (dalam pilihan raya) mereka yang membantu kita," katanya.

Justeru Nadzim berkata, tiba masanya pemain industri yang teraniaya berfikir secara lebih matang dan menolak mana mana calon pilihan raya yang dianggap tidak akan membantu jika telah menjadi kerajaan kelak.

"Kita mahu wakil rakyat faham apa yang dilalui rakyat. Rakyat seksa. Kita dengar kenyataan 'kita akan susahkan mereka yang tak ada vaksin'. Kita nak cari orang yang bantu menyenangkan hidup kita, bukan yang menyeksa kita. Siapa yang menyokong Khairi Jamaludin, siapa yang menyokong brother Kamal kita?

"Saya yakin dengan kesungguhan kita. Kita di PPIM ini telah 25 tahun cuba buat sebaik mungkin tetapi kita hanyalah orang biasa. Hari ini kita nak garab sesiapa yang mahu membantu, bukan mengira parti.

"Sudah masanya kita tak boleh terima perangai bohong, sombong, angkuh, bongkak. Dalam PRU akan datang ini sesiapa wakil rakyat atau calon yang angkuh, sombong kita tolak.

"Kita tak mahu diskriminasi. Tolong orang dia sahaja. Saya teruja dengan kesungguhan kumpulan industri darat ini," katanya.

Nadzim juga membawakan cerita beliau pernah membantu seorang wanita berusia 54 tahun yang hanya tinggal 8 bulan untuk menyelesaikan hutang rumah tetapi pihak bank mahu melelong rumah tersebut kerana beliau sakit dan tidak dapat membayar hutang.

Dengan satu panggilan telefon, kata Nadzim, beliau memberitahu wanita itu perlu menunggu beberapa bulan sahaja lagi sebelum wang KWSPnya dikeluarkan dan berupaya membayar kesemua baki hutang, maka bank bersetuju untuk tidak melelong rumahnya.

"Cuba bayangkan apa yang saya buat, satu panggilan telefon boleh menyelamatkan. Kalau YB Fahmi (Ahli Parlimen Lembah Pantai). Kalau Datuk Bandar, kalau Ketua Polis telefon orang sebelah sana, ok ok (masalah selesai). Ini perlu dijadikan budaya kita," katanya.

Beliau berkata, budaya membantu rakyat itu perlu disematkan sebagai sikap utama wakil rakyat. Manakala yang rakyat yang bakal mengundi pula perlu pastikan wakil yang dipilih itu akan menyenangkan hidup mereka, bukan sombong selepas menang.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil dijemput mewakili parti itu untuk menerima memorandum dari PPDM.


Artikel oleh: Suara Keadilan

PPDM HANTAR MEMORANDUM KE SEMUA PARTI MINTA SELESAI ISU PEMAIN INDUSTRI PENGANGKUTAN DARAT

https://www.suarakeadilan.my/post/ppdm-hantar-memorandum-kepada-semua-parti-minta-selesai-isu-pemain-industri-pengangkutan-darat

TRANSPORT MINISTER MUST COME FROM INDUSTRY PLAYERS - NEW STRAITS TIMES - 02/02/2022

 

KUALA LUMPUR: The country's Transport Minister position should be filled by someone from transport industry players, said Malaysian Land Transport Industry Players.

Its chief activist Kamarudin Mohd Hussain said highlighting their problems to the ministry through associations had not worked and the next reasonable step was through politics.

"Laws and policies made during the administration of previous ministers did not benefit us. We understand that a policy can only be changed through politics and political will," he said today.

The group submitted a memorandum to representatives of several political parties at Brainy Bunch Complex here today.

Perikatan Nasional Federal Territory liaison chairman Datuk Capt (Rtd) Muhammad Suhaimi Yahya, Pakatan Harapan (PH) communications director Fahmi Fadzil and Malaysia United Democratic Alliance (Muda) Central Executive Committee member Ismail Nasaruddin received the memorandum.

The group will also present the memorandum to Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

With around 1.5 million members from the coalition including buses, lorries and limousine drivers, he said members would pledge support to a party that can fulfill their demands.

"If they are not interested then we could run as an independent candidate in the 15th GE and maybe even start our own political party in the following GE," he added.

Also present was Malaysia Muslim Consumers Association (PPIM) lead activist Datuk Nadzim Johan.


Article by: New Straits Times

TRANSPORT MINISTER MUST COME FROM INDUSTRY PLAYERS

https://www.nst.com.my/news/nation/2022/02/768132/transport-minister-must-come-industry-players

ISU PENGANGKUTAN DARAT: PPDM TUNGGU RESPONS PARTI POLITIK - MALAYSIA GAZETTE - 02/02/2022

 

CYBERJAYA – Pertubuhan Penyatuan Pemain Industri Pengangkutan Darat Malaysia (PPDM) tidak berhasrat untuk didaftarkan sebagai parti politik sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi parti-parti politik sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Aktivisnya, Kamarudin Mohd Hussain berkata, pihaknya perlu menunggu maklum balas daripada parti-parti politik sebelum membuat sebarang tindakan selanjutnya.

“Kami yakin dalam banyak parti yang akan bertanding dalam PRU15 nanti, ada satu atau dua parti benar-benar tulus ikhlas nak menyelesaikan masalah rakyat termasuk masalah kami.

“Saya tak tahulah UMNO ker… PKR ker… tak kisah lah tapi semua parti kita telah hantar surat.

“Ada yang datang, ada yang tak datang, tak dapat dihubungi dan sebagainya, jadi kita tunggu dan lihat,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu beliau bersama Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan menyerahkan memorandum PPDM tuntutan pemain industri E-Hailing, P-Hailing, lori dan bas kepada wakil-wakil parti politik.

Hadir sama Pengarah Komunikasi PKR merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil; Setiausaha Kerja Bersatu Datuk Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya dan Setiausaha Agung Putra, Borhan Ahmad Zakaria.

Manakala memorandum sama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan diserahkan kepada wakil pemimpin negara itu di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, jam 3 petang ini.

Dalam pada itu, Kamarudin juga berkata, sekiranya PPDM dijadikan parti politik, ia hanya akan menyebabkan ahli persatuan itu berpecah-belah kerana ramai di antara mereka berada di dalam parti sedia ada.

“Dalam keadaan hari ini kita perlu melihat beberapa aspek, kita kena faham rakan-rakan kita mempunyai fahaman politik yang berbeza-beza.

“Ada rakan-rakan kita yang mempunyai jawatan dalam parti, kalau kita wujudkan parti kemudian dia nak sertai parti kita, ia boleh mewujudkan perpecahan di antara kita,” katanya.

Katanya lagi, serahan memorandum itu sendiri akan membuktikan parti politik mana yang benar-benar akan memperjuangkan tuntutan mereka.

“Kita akan buktikan kepada mereka, sekarang kita sudah serah memorandum, parti kamu pun kami dah serah, sekarang parti kamu nyata tidak menyelesaikan masalah kamu.

“Kamu nak sokong dia lagi, apa yang kami buat ini banyak serangan yang boleh membuka minda.

“Sebab itu tak perlu kita buat parti politik sekarang, kita pun tak nak wujudkan terlalu banyak perpecahan parti,” katanya lagi.


Artikel oleh: Malaysia Gazette

ISU PENGANGKUTAN DARAT: PPDM TUNGGU RESPONS PARTI POLITIK

https://malaysiagazette.com/2022/02/02/isu-pengangkutan-darat-ppdm-tunggu-respons-parti-politik/

MGTV LIVE : NADZIM JOHAN MENYERAHKAN MEMORANDUM PPDM KEPADA PERDANA MENTERI - MALAYSIA GAZETTE TV - 02/02/2022

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menyerahkan memorandum Pertubuhan Penyatuan Pemain Industri Pengangkutan Darat Malaysia (PPDM) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Pejabat Perdana Menteri


Sumber: Malaysia Gazette TV

MGTV LIVE : NADZIM JOHAN MENYERAHKAN MEMORANDUM PPDM KEPADA PERDANA MENTERI

https://www.youtube.com/watch?v=2Jrr3HuegTY

MGTV LIVE : SIDANG MEDIA PPIM SELEPAS MAJLIS SERAH MEMORANDUM PPDM KEPADA PM DAN KETUA PARTI POLITIK - MALAYSIA GAZETTE TV - 02/02/2022

 

Sidang media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) selepas Majlis Penyerahan Memorandum Pertubuhan Penyatuan Pemain Industri Pengangkutan Darat Malaysia (PPDM) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Ketua-Ketua Parti Politik isu E-Hailing, P-Hailing, bas dan lori.


Sumber: Malaysia Gazette TV

SELEPAS MAJLIS SERAH MEMORANDUM PPDM KEPADA PM DAN KETUA PARTI POLITIK

https://www.youtube.com/watch?v=UCbxY63tj1o&t=9s

MGTV LIVE : MAJLIS PENYERAHAN MEMORANDUM PPDM KEPADA PERDANA MENTERI DAN KETUA-KETUA PARTI POLITIK - MALAYSIA GAZETTE TV - 02/02/2022

 

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengenai Majlis Penyerahan Memorandum Pertubuhan Penyatuan Pemain Industri Pengangkutan Darat Malaysia (PPDM) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Ketua-Ketua Parti Politik isu E-Hailing, P-Hailing, bas dan lori.


Sumber: Malaysia Gazette TV

MGTV LIVE : MAJLIS PENYERAHAN MEMORANDUM PPDM KEPADA PERDANA MENTERI DAN KETUA-KETUA PARTI POLITIK

https://www.youtube.com/watch?v=SrEoJy2djGo&t=7s

Monday, November 22, 2021

6040) KERAJAAN DIDESAK SELESAI ISU INDUSTRI PENGANGKUTAN DARAT - UTUSAN MALAYSIA - 21/11/2021

 

SHAH ALAM : Persatuan pengangkutan awam darat terdiri daripada bas, lori, e-hailing, p-hailing dan teksi mendesak kerajaan menyelesaikan pelbagai isu berkaitan industri  terbabit yang berlarutan sejak sekian lama.

Persatuan terbabit antaranya mahu supaya kerajaan mewujudkan lebih daripada satu Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom), isu ketidaksamarataan tambang dan komisyen melibatkan pemandu teksi dengan kenderaan e-hailing dan p-hailing serta subsidi bahan bakar antara 25 hingga 30 peratus.

Hal demikian dijelaskan Yang Dipertua (YDP) Gabungan Teksi Malaysia, Kamarudin Mohd. Hussain yang memaklumkan, isu dihadapi pemain industri pengangkutan darat itu tidak selesai walaupun tiga kali bertukar kerajaan.

“Hari ini enam persatuan terdiri daripada persatuan bas, lori, e-hailing, p-hailing, teksi merangkumi kereta sewa, limosin, teksi lapangan terbang seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak menandatangani memorandum ini.

“Kita mempunyai 1.2 juta ahli di seluruh negara dan ini merupakan sejarah di Malaysia yang mana kita akan satukan semua komuniti persatuan pengangkutan darat ini dalam satu pasukan,” katanya pada sidang akhbar penyatuan pemain industri pengangkutan darat Malaysia di sini semalam.

Sidang akhbar itu turut dihadiri YDP Gabungan Teksi Sabah, Tamrin Eraba; Pengerusi Persatuan Bas SKH Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur, Mohd. Haron Mohd. Sidik; Pengerusi KPePM (E-hailing), Mohd. Hezri Izmir Shahril; AMT Persatuan Lori dan Bas Perak, Mohd. Khairillah Md. Ali dan Timbalan Presiden Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia, Abdul Hakim Abdul Rani.

Turut hadir Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Mengulas lanjut, Kamarudin memberitahu, mereka melihat suara industri pengangkutan darat tidak didengar ketika bergerak sendirian dan mahu kerjasama dilakukan memberikan impak besar terhadap tuntutan tersebut.

Justeru, pihaknya akan mencadangkan kepada kumpulan besar itu untuk berani berubah daripada kumpulan merayu kepada mendapatkan punca kuasa untuk mengubah segala dasar yang merugikan kumpulan itu selama ini.

“Kita dulu terlalu mempercayai orang politik tapi apabila mereka menang (pilihan raya), mereka tidak nampak kita semua.

“Kalau kita bergerak dalam bukan menerusi  pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kita sekadar setakat merayu. Jadi kita perlu keluar daripada kotak. Kita perlu mendapatkan punca kuasa untuk mengubah segala dasar tidak baik untuk kita.

“Jadi, kita ambil keputusan untuk menyasarkan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang untuk mendapatkan kerusi Kementerian Pengangkutan. Kita mahu wakil industri diangkat sebagai menteri menggantikan orang-orang politik yang tidak pernah rasa keperitan dan kesusahan pemain industri,” ujarnya.

Sementara itu, Nadzim berharap kerajaan dapat mengambil berat permasalahan dihadapi pemain industri terbabit.

“Kita harap kerajaan buat sesuatu. Jadi kita (PPIM) hendak kumpulan ini sedar dan bersatu, ini amaran kepada siapa jadi pemimpin kena tengok ini (masalah mereka).

“Mereka ada sejuta ahli dan kita mahu perkara ini berubah. Mereka juga ada kekuatan politik. Kalau parti nak sokongan, bagi mereka ini suara. Mereka ini suara pun tidak ada. Menteri (pengangkutan) cerita pasal lain, pasal tanah, Vellfire baru,” katanya.


Artikel oleh: Utusan Malaysia

KERAJAAN DIDESAK SELESAI ISU INDUSTRI PENGANGKUTAN DARAT

https://www.utusan.com.my/terkini/2021/11/kerajaan-didesak-selesai-isu-industri-pengangkutan-darat/

6039) 6 PERSATUAN INDUSTRI PENGANGKUTAN DESAK SELESAIKAN SUBSIDI BAHAN API - KOSMO - 20/11/2021

 

SHAH ALAM – Enam persatuan industri pengangkutan mendesak Kementerian Pengangkutan khususnya menyelesaikan masalah dihadapi mereka termasuk subsidi bahan bakar antara 25 hingga 30 peratus.

Mereka terdiri komuniti bas, lori, e-hailing, p-hailing dan teksi dari seluruh negara turut mahu wakil industri diletakkan sebagai menteri bertanggungjawab dalam kementerian berkenaan.

Yang Dipertua (YDP) Gabungan Teksi Malaysia, Kamarudin Mohd. Hussain berkata, isu dihadapi pemain industri pengangkutan darat ini sudah berlarutan sejak sekian lama daripada zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan terbaharu, Keluarga Malaysia.

Katanya, ini termasuk ketidaksamarataan tambang dan komisen melibatkan pemandu teksi dengan kenderaan e-hailing serta p-hailing dan keperluan mewujudkan lebih daripada satu Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

“Hari ini enam persatuan terdiri daripada persatuan bas, lori, e-hailing, p-hailing, teksi merangkumi kereta sewa, limosin, teksi lapangan terbang seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak menandatangani memorandum ini.

“Kita mempunyai 1.2 juta ahli di seluruh negara dan ini merupakan sejarah di Malaysia yang mana kita akan satukan semua komuniti persatuan pengangkutan darat ini dalam satu pasukan,” katanya pada sidang akhbar penyatuan pemain industri pengangkutan darat Malaysia di sini hari ini.


Artikel oleh: Kosmo

6 PERSATUAN INDUSTRI PENGANGKUTAN DESAK SELESAIKAN SUBSIDI BAHAN API

https://www.kosmo.com.my/2021/11/20/6-persatuan-industri-pengangkutan-desak-selesaikan-subsidi-bahan-api/

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL