Showing posts with label FREEHOLD. Show all posts
Showing posts with label FREEHOLD. Show all posts

Tuesday, June 16, 2026

PPIM SOKONG USAHA TUKAR STATUS TANAH DATUK KERAMAT KEPADA PEGANGAN KEKAL - TEH TARIK TIMES - 15/06/2026

 

12 Jun 2026 – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyatakan sokongan penuh terhadap cadangan untuk menukar status tanah pajakan (leasehold) di Datuk Keramat kepada pegangan kekal (freehold), selaras dengan hasrat penduduk kawasan tersebut yang baru-baru ini disuarakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Menurut PPIM, isu berkenaan perlu diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa berkaitan kerana ia melibatkan hak pemilikan, kesejahteraan penduduk serta kelangsungan warisan masyarakat Melayu di ibu negara. Persatuan itu berpandangan bahawa usaha mencari penyelesaian perlu dipercepatkan dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Pejabat Tanah bagi memastikan kepentingan penduduk setempat terus terpelihara.

Datuk Keramat merupakan antara kawasan penempatan tradisi masyarakat Melayu yang mempunyai nilai sejarah dan identiti tersendiri di Kuala Lumpur. Bersama Kampung Baru dan Kampung Pandan, kawasan ini menjadi simbol kewujudan komuniti Melayu bandar yang telah berkembang sejak sekian lama. Justeru, PPIM menegaskan bahawa sebarang usaha pembangunan perlu mengambil kira aspek pemeliharaan warisan serta hak pemilik tanah asal.

PPIM turut mempersoalkan mengapa pertimbangan yang sama tidak boleh diberikan kepada pemilik tanah di Datuk Keramat sekiranya kawasan lain seperti Cheras yang mempunyai status pegangan kekal dapat menikmati kelebihan tersebut. Menurut persatuan itu, keadilan dalam pengurusan tanah harus dilaksanakan tanpa mengabaikan kepentingan komuniti yang telah lama menetap dan menyumbang kepada pembangunan bandar raya.

Sehubungan itu, PPIM berharap Datuk Seri Johari Abdul Ghani selaku wakil rakyat kawasan berkenaan dapat menerajui penubuhan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji dan merangka pelan tindakan yang komprehensif untuk menukar status tanah tersebut. Jawatankuasa itu juga diharapkan dapat memastikan proses yang telus, teratur dan mengambil kira kepentingan semua pihak yang terlibat.

PPIM yakin bahawa penyelesaian yang adil dan mampan terhadap isu status tanah di Datuk Keramat bukan sahaja dapat memberikan jaminan hak milik kepada penduduk, malah mampu memelihara warisan masyarakat Melayu bandar untuk generasi akan datang. Langkah tersebut juga dilihat sebagai usaha penting dalam memastikan identiti sejarah dan budaya kawasan berkenaan terus kekal relevan di tengah-tengah arus pembangunan pesat ibu negara.

Artikel oleh: Teh Tarik Times

PPIM SOKONG USAHA TUKAR STATUS TANAH DATUK KERAMAT KEPADA PEGANGAN KEKAL

https://tehtariktimes.com/ppim-sokong-usaha-tukar-status-tanah-datuk-keramat-kepada-pegangan-kekal/

Monday, June 15, 2026

PPIM SOKONG CADANGAN TUKAR STATUS TANAH DATUK KERAMAT KEPADA PEGANGAN KEKAL - HARIAN METRO - 12/06/2026

 

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyambut baik kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan (MITI), Datuk Seri Johari Abdul Ghani untuk menyokong cadangan menukar status tanah pajakan di Datuk Keramat kepada pegangan kekal.

PPIM dalam kenyataannya berkata, isu itu membabitkan kepentingan penduduk setempat dan wajar diberi perhatian serius serta disegerakan oleh pihak berkaitan termasuk Jabatan Perdana Menteri, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Pejabat Tanah.

Kenyataan itu turut memaklumkan, Datuk Keramat adalah antara penempatan tradisi utama masyarakat Melayu di ibu negara selain Kampung Baru dan Kampung Pandan yang mempunyai nilai sejarah, warisan serta identiti penting kepada masyarakat Melayu bandar.

"Jika kawasan seperti Cheras yang sebahagian besarnya menikmati status pegangan kekal boleh diberikan keistimewaan itu, tiada sebab munasabah mengapa pertimbangan sama tidak boleh diberikan kepada pemilik tanah tradisi Melayu di Datuk Keramat.

"Usaha ini penting bagi memastikan warisan masyarakat Melayu bandar terus dipelihara dan hak generasi akan datang dapat dijamin," katanya di sini, hari ini.

PPIM berkata, Johari selaku wakil rakyat kawasan berkenaan dapat menerajui penubuhan jawatankuasa khas bagi mengkaji, merancang dan menggerakkan usaha penukaran status tanah itu secara menyeluruh.

"Langkah berkenaan perlu dilaksanakan secara bijaksana dan telus dengan mengambil kira kepentingan jangka panjang penduduk setempat.

"PPIM yakin penyelesaian yang adil dan mampan terhadap isu ini mampu memelihara warisan masyarakat Melayu bandar serta menjamin hak dan kepentingan generasi akan datang," katanya.

Artikel oleh: Harian Metro

PPIM SOKONG CADANGAN TUKAR STATUS TANAH DATUK KERAMAT KEPADA PEGANGAN KEKAL

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/06/1369081/ppim-sokong-cadangan-tukar-status-tanah-datuk-keramat-kepada-pegangan-kekal

DATUK KERAMAT WAJAR DIBERI STATUS TANAH PEGANGAN KEKAL SEPERTI CHERAS - PPIM - SINAR HARIAN - 12/06/2026

 

KUALA LUMPUR – Pemilik tanah di Datuk Keramat wajar diberikan pertimbangan untuk menukar status tanah pajakan kepada pegangan kekal, sebagaimana dinikmati sebahagian besar kawasan di Cheras.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam kenyataannya berkata, tiada alasan munasabah untuk menafikan pertimbangan sama kepada penduduk di kawasan penempatan tradisi Melayu itu sekiranya kawasan lain telah menikmati status pegangan kekal.

Menurut kenyataan itu, Datuk Keramat mempunyai nilai sejarah, warisan dan identiti yang amat signifikan kepada masyarakat Melayu bandar, selain menjadi antara penempatan tradisi utama Melayu di ibu negara bersama Kampung Baru dan Kampung Pandan.

"Isu ini perlu diberi perhatian serius dan ditangani segera oleh pihak berkuasa berkaitan termasuk Jabatan Perdana Menteri, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Pejabat Tanah," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

PPIM turut menyambut baik kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang menegaskan hasrat penduduk Datuk Keramat supaya status tanah di kawasan itu ditukar kepada pegangan kekal.

Sehubungan itu, persatuan itu juga berharap Johari dapat menerajui penubuhan jawatankuasa khas bagi mengkaji dan merancang usaha penukaran status tanah berkenaan secara menyeluruh.

Menurut PPIM, langkah itu perlu dilaksanakan secara telus dan mengambil kira kepentingan jangka panjang penduduk setempat.

"Penyelesaian yang adil serta mampan bukan sahaja mampu melindungi hak pemilik tanah, malah memelihara warisan masyarakat Melayu bandar untuk generasi akan datang," tambah kenyataan.

Artikel oleh: Sinar Harian

DATUK KERAMAT WAJAR DIBERI STATUS TANAH PEGANGAN KEKAL SEPERTI CHERAS

https://www.sinarharian.com.my/article/783561/edisi/selangor-kl/datuk-keramat-wajar-diberi-status-tanah-pegangan-kekal-seperti-cheras---ppim

PPIM CADANG JAWATANKUASA KHAS STATUS TANAH DATUK KERAMAT - UTUSAN MALAYSIA - 12/06/2026

 

PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan penubuhan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji, merancang dan menggerakkan usaha penukaran status tanah pajakan (leasehold) kepada pegangan kekal (freehold) di kawasan Datuk Keramat secara menyeluruh.

PPIM berkata, penubuhan jawatankuasa itu penting bagi memastikan isu berkenaan dapat diselesaikan secara tersusun dengan penglibatan pihak berkaitan, khususnya wakil rakyat kawasan terbabit.

“PPIM mencadangkan penubuhan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji, merancang dan menggerakkan usaha penukaran status tanah secara menyeluruh, khususnya melibatkan wakil rakyat kawasan terbabit,” katanya menerusi satu kenyataan.

Menurutnya, pendekatan bersepadu itu perlu dilaksanakan segera bagi menjaga kepentingan jangka panjang penduduk yang telah lama menetap di kawasan berkenaan.

Katanya, Datuk Keramat merupakan antara penempatan tradisi masyarakat Melayu di ibu negara yang mempunyai nilai sejarah, warisan dan identiti tersendiri, selain kawasan seperti Kampung Baru dan Kampung Pandan.

PPIM berkata, sekiranya terdapat kawasan lain yang telah menikmati status pegangan kekal, maka pertimbangan sama wajar diberikan kepada pemilik tanah di kawasan tradisi Melayu itu.

“Cadangan penubuhan jawatankuasa khas itu diyakini mampu membuka ruang penyelesaian yang lebih tersusun, telus dan mampan dalam memelihara warisan serta hak penduduk setempat,” katanya.

Artikel oleh: Utusan Malaysia

PPIM CADANG JAWATANKUASA KHAS STATUS TANAH DATUK KERAMAT

https://www.utusan.com.my/nasional/2026/06/ppim-cadang-jawatankuasa-khas-status-tanah-datuk-keramat/

Friday, June 12, 2026

STATUS TANAH DATUK KERAMAT - KENYATAAN MEDIA PPIM - 12/06/2026

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyambut baik kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, yang menegaskan hasrat penduduk Datuk Keramat agar status tanah pajakan (leasehold) di kawasan tersebut ditukar kepada pegangan kekal (freehold).

PPIM berpandangan bahawa isu ini wajar diberi perhatian serius dan ditangani dengan segera oleh pihak berkuasa berkaitan, khususnya Jabatan Perdana Menteri, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Pejabat Tanah.

Datuk Keramat merupakan antara penempatan tradisi utama masyarakat Melayu di ibu negara, selain Kampung Baru dan Kampung Pandan. Kawasan ini mempunyai nilai sejarah, warisan dan identiti yang amat signifikan kepada masyarakat Melayu bandar.

Sekiranya kawasan seperti Cheras yang sebahagian besarnya menikmati status pegangan kekal boleh diberikan keistimewaan tersebut, maka tidak ada sebab munasabah mengapa pertimbangan yang sama tidak boleh diberikan kepada pemilik tanah tradisi Melayu di Datuk Keramat.

Sehubungan itu, PPIM berharap Datuk Seri Johari Abdul Ghani selaku wakil rakyat kawasan berkenaan dapat menerajui penubuhan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji, merancang dan menggerakkan usaha penukaran status tanah ini secara menyeluruh. Langkah tersebut diharapkan dapat dilaksanakan dengan penuh kebijaksanaan, ketelusan dan mengambil kira kepentingan jangka panjang penduduk setempat.

PPIM yakin bahawa penyelesaian yang adil dan mampan terhadap isu ini akan dapat memelihara warisan masyarakat Melayu bandar serta menjamin hak dan kepentingan generasi akan datang.


PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL