Showing posts with label Datuk Zulkefli Salleh. Show all posts
Showing posts with label Datuk Zulkefli Salleh. Show all posts

Tuesday, May 23, 2017

3742) BERNAMA hargai petugas, pelanggan setia - Berita Harian Online - 23/5/2017


KUALA LUMPUR: Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) memberikan anugerah khas kepada petugas dan pelanggannya yang setia sempena Majlis Sambutan Ulang Tahun BERNAMA ke-50 di Dewan Perdana Felda di sini, malam ini.
Sebanyak 18 individu menerima Anugerah Khas - Khidmat Setia termasuk pengurusan tertinggi Bernama iaitu Pengerusinya Datuk Seri Azman Ujang, Pengurus Besar Datuk Zulkefli Salleh dan Ketua Pengarang Datuk Zakaria Abdul Wahab.
Pada masa sama, 18 pelanggan BERNAMA turut menerima Anugerah Khas Pelanggan Setia Bernama (Media) iaitu akhbar Nanyang Siang Pau, China Press, The New Straits Times, BH, Utusan Melayu, Sabah Publishing, The Star, RTM, Malay Mail, Asia Times, Sin Chew, Kwong Wah Yit Poh, See Hua Daily News, Borneo Post, Eden Value, Tribune Press dan Media Corp Singapura.
BERNAMA turut memberikan Anugerah Khas Pelanggan Setia BERNAMA (Bukan Media) kepada 18 penerima iaitu Kedutaan Jepun di Malaysia; Ambank; Kementerian Luar; Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia; Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Indah Water Konsortium Sdn Bhd; Kementerian Kesihatan; Takaful Ikhlas; Bank Kerjasama Rakyat; Persatuan Pengguna Islam Malaysia; iProperty.com; Pos Malaysia Berhad; Felda; Persatuan Pelancongan Dalam Malaysia (MITA); Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia; Yayasan IJN; Perbadanan Adat dan Warisan Negeri Selangor dan Yayasan Bank Rakyat.
Anugerah itu adalah antara tujuh anugerah yang diberikan Bernama selain Anugerah Khas (Pencipta Logo Bernama), Anugerah Khas (Jasamu Dikenang), Anugerah Khas (Sumbangan Khusus) dan anugerah khas kepada bekas petugas Bernama yang menempa kejayaan.
Bagi pemenang Anugerah Khas Pelanggan Setia Bernama (Bukan Media), Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata Bernama menjadi platform kepada persatuan itu untuk menyuarakan pendapat secara telus demi kepentingan pengguna di negara ini.
Sementara itu, penerima Anugerah Khas (Khidmat Setia) Salbiah Said, 64, yang berkhidmat di agensi berita ini sejak 1979, berkata Bernama memberikannya pengalaman berharga sebagai wartawan.
Berkelulusan Ijazah Komunikasi Massa dari UiTM Shah Alam, beliau pernah memegang pelbagai jawatan antaranya sebagai koresponden selama tiga tahun di Singapura pada 2001, dilantik sebagai Editor Meja Penyunting Bahasa Inggeris (2004) dan aktif sebagai bekas Presiden Persatuan Suri dan Anggota Wanita BERNAMA (Benita).
Salbiah yang juga bekas Timbalan Ketua Pengarang, Perkhidmatan Berita Ekonomi bersara wajib pada 2011 dan kini meneruskan kariernya sebagai Pembantu Editor di Unit Portal dan E-Commerce di agensi berita ini. - BERNAMA

3741)Bernama Appreciates Loyal Staff And Clients At 50th Anniversary Bash - Bernama - 22/5/2017

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- The Malaysian National News Agency (Bernama) presented special awards to its staff and loyal clients in conjunction with its 50th Anniversary Dinner held at Dewan Perdana Felda, here tonight.

A total of 18 individuals received the Special Award for Loyal Service, including Bernama Chairman Datuk Seri Azman Ujang, General Manager Datuk Zulkefli Salleh and Editor-in-Chief Datuk Zakaria Abdul Wahab.

Eighteen media organisations received the Special Award for Loyal Client (Media), namely Nanyang Siang Pau, China Press, The New Straits Times, Berita Harian, Syarikat Berita Harian Merdeka, Utusan Melayu, Sabah Publishing, The Star, RTM, The Malay Mail, Asia Times, Sin Chew, Kwong Wah Yit Poh, See Hua Daily News, Borneo Post, Eden Value, Tribune Press and MediaCorp Singapore.

Bernama also gave a Special Award for Loyal Client (Non-media) to 18 recipients, namely the Embassy of Japan; AmBank; the Foreign Ministry; the Malaysian Communications and Multimedia Commission; Ministry of Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism; Indah Water Konsortium Sdn Bh; Ministry of Health; Takaful Ikhlas; Bank Kerjasama Rakyat; Muslim Consumers Association of Malaysia (PPIM); iProperty.com; Pos Malaysia Berhad; FELDA, Malaysia Inbound Tourism Association; Malaysian Timber Industry Board; IJN Foundation; Selangor Malay Customs and Heritage Corporation; and the Bank Rakyat Foundation.

Among other special awards given during the night were for the Special Award for Bernama Logo Designer, 'Jasamu Dikenang´ and Specific Contribution.

PPIM chief activitist Datuk Nadzim Johan said Bernama was a platform for the association to express its opinion in a transparent manner in the interest of the country's consumers.

Meanwhile, Loyal Service Award recipient Salbiah Said, 64, who has served in the news agency since 1979, said Bernama had given her valuable experience of being a journalist.

A graduate of Mass Communication from UiTM Shah Alam, she held various positions including as a correspondent for three years in Singapore, an editor in the English Sub-Editors Desk (2004) and as president of the Bernama Wives and Women Staff Association (BENITA).

Salbiah, who also served as deputy editor in the Economic Service Desk retired in 2011, and is now continuing her career in Bernama as Assistant Editor in the Portal and E-Commerce unit.

-- BERNAMA

Bernama Appreciates Loyal Staff And Clients At 50th Anniversary Bash

Sumber Dari : http://www.bernama.com/bernama/v8/newsindex.php?id=1358361

3740) Bernama Hargai Petugas, Pelanggan Setia - PPIM - 22/5/2017

Bernama Hargai Petugas, Pelanggan Setia

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) memberikan anugerah khas kepada petugas dan pelanggannya yang setia sempena Majlis Sambutan Ulang Tahun Bernama ke-50 di Dewan Perdana Felda di sini, malam ini.

Sebanyak 18 individu menerima Anugerah Khas -- Khidmat Setia termasuk pengurusan tertinggi Bernama iaitu Pengerusinya Datuk Seri Azman Ujang, Pengurus Besar Datuk Zulkefli Salleh dan Ketua Pengarang Datuk Zakaria Abdul Wahab.

Pada masa sama, 18 pelanggan Bernama turut menerima Anugerah Khas (Pelanggan Setia Bernama (Media) iaitu akhbar Nanyang Siang Pau, China Press, The New Straits Times, Berita Harian, Utusan Melayu, Sabah Publishing, The Star, RTM, Malay Mail, Asia Times, Sin Chew, Kwong Wah Yit Poh, See Hua Daily News, Borneo Post, Eden Value, Tribune Press dan Media Corp Singapura.....
20170522 - Bernama - Bernama Hargai Petugas, Pelanggan Setia
Berita Selanjutnya : http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1358348

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL