Showing posts with label Datuk Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya. Show all posts

Monday, January 19, 2015

2401) KOSMO - 19/01/2015 - NGO Minta Pengguna Bantu KPDNKK Tangkap Peniaga Tamak

KUALA LUMPUR – Pengguna diseru untuk membantu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDNKK) untuk menjayakan Ops Catut dengan memberikan maklumat mengenai peniaga-peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan berkata, pengguna perlu memainkan peranan sebagai mata dan telinga pihak berkuasa supaya tindakan terhadap peniaga yang tamak dan tidak bertanggungjawab dapat dilaksanakan secara menyeluruh.
“Orang ramai tidak boleh menyerahkan semuanya kepada pihak berkuasa semata-mata tetapi dengan penglibatan daripada semua pihak, saya yakin Ops Catut pasti akan mencapai kejayaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Monday, January 5, 2015

2313) UTUSAN - 03/01/2015 - MyCC Perlu Siasat Persatuan Peniaga

KUALA LUMPUR 2 Jan. - Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) digesa menyiasat persatuan peniaga yang didakwa berpakat menaikkan harga barang dengan sewenang-wenangnya atas alasan harga minyak naik.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (gambar) berkata, langkah itu perlu bagi mengekang sikap tidak bertanggungjawab pemborong, peruncit dan peniaga terbabit yang tidak pula menurunkan harga barang apabila harga bahan bakar diturunkan.
“Saya menggesa pihak berkaitan khususnya MyCC untuk menggerakkan operasi dan menyiasat setiap persatuan peniaga yang begitu mudah meletakkan harga pada kadar yang tidak masuk akal dengan alasan harga minyak naik.
“Sepatutnya, mereka mengamalkan perniagaan yang jujur dan ikhlas dengan menurunkan harga barang apabila harga bahan bakar diturunkan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/mycc-perlu-siasat-persatuan-peniaga-1.43903#sthash.LclyljqX.dpuf
KUALA LUMPUR 2 Jan. - Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) digesa menyiasat persatuan peniaga yang didakwa berpakat menaikkan harga barang dengan sewenang-wenangnya atas alasan harga minyak naik.
 
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (gambar) berkata, langkah itu perlu bagi mengekang sikap tidak bertanggungjawab pemborong, peruncit dan peniaga terbabit yang tidak pula menurunkan harga barang apabila harga bahan bakar diturunkan.
 
“Saya menggesa pihak berkaitan khususnya MyCC untuk menggerakkan operasi dan menyiasat setiap persatuan peniaga yang begitu mudah meletakkan harga pada kadar yang tidak masuk akal dengan alasan harga minyak naik.
 
“Sepatutnya, mereka mengamalkan perniagaan yang jujur dan ikhlas dengan menurunkan harga barang apabila harga bahan bakar diturunkan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
 
Mulai semalam, harga petrol RON95 dan RON97 turun sebanyak 35 sen seliter manakala harga diesel turun sebanyak 30 sen setiap liter.
 
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, sudah sampai masanya untuk peniaga menurunkan harga barang yang sebelum ini dinaikkan dengan alasan harga minyak naik.
 
“Tanggungjawab ini perlu dimainkan oleh semua pihak bagi memastikan keadilan yang sama diperoleh masyarakat.
 
“Jangan pula kita lupa atau buat-buat lupa tentang perkara ini. Jadi, kita perlu bertimbang rasa sesama kita,” ujarnya.
 
Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Datuk Seri Saharuddin Awang Yahya turut mendesak para peniaga menurunkan harga barang selari dengan harga baharu bahan bakar bagi membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup yang dialami pengguna.
 
Menurut beliau, langkah itu wajar dipertimbangkan menjelang pembukaan penggal baharu persekolahan selain sebahagian besar rakyat di negara ini terjejas akibat bencana banjir.
 
“Inilah masanya untuk peniaga bersama-sama dengan kerajaan membantu mengurangkan bebanan pengguna atau rakyat. Jika sebelum ini mereka menaikkan harga barang kerana harga minyak naik, maka sekarang ini apabila harga minyak turun, mereka pun sepatutnya turunkan harga barang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Monday, August 4, 2014

2075) UTUSAN 4/8/2014- Jaminan kekal tarif air legakan penduduk Selangor - PPIM

Jaminan kekal tarif air legakan penduduk Selangor

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Jaminan kerajaan negeri Selangor dalam mengekalkan kadar tarif air sehingga empat tahun lagi khususnya di Lembah Klang merupakan berita gembira bagi rakyat Selangor terutama dalam berhadapan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia, Datuk Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya berkata, langkah itu juga menunjukkan sikap prihatin Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam menjaga kebajikan rakyat.

"Bagaimanapun saya mengharapkan kadar tarif ini akan kekal dalam jangka masa yang panjang dan bukannya tertumpu dalam masa empat tahun ini sahaja," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Abdul Khalid yang memberi jaminan kadar tarif air tidak akan dinaikkan untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga hingga empat tahun akan datang berikutan kejayaan penstrukturan semula industri air Selangor yang mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan industri tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan turut menyokong tindakan kerajaan negeri serta mengharapkan kadar tarif tersebut kekal meskipun melebihi tempoh empat tahun.
"Saya kira, langkah ini memang bertepatan dengan apa yang dikehendaki oleh rakyat yang selama ini menyokong perjuangan kerajaan negeri. Jadi ini merupakan satu penghargaan kepada rakyat khususnya," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Perhubungan Korporat Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur, Norizuan Yusoff menyarankan agar kerajaan negeri mewujudkan satu dokumen yang sah terhadap jaminan tarif tersebut.

"Hal ini untuk dijadikan bahan sokongan sekiranya berlaku sebarang pertukaran kepemimpinan dalam tempoh masa yang ditetapkan itu.

"Kami mengharapkan tempoh masa jaminan itu dilanjutkan sehingga beberapa tahun lagi ataupun dikekalkan terus," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140804/dn_22/Jaminan-kekal-tarif-air-legakan-penduduk-Selangor#ixzz39OjMUrFJ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL