Showing posts with label DATO DR MAAMOR OSMAN. Show all posts
Showing posts with label DATO DR MAAMOR OSMAN. Show all posts
Friday, December 20, 2019
Tuesday, November 19, 2019
Monday, November 18, 2019
5504) AKTIVITI | JEMPUTAN SEBAGAI AHLI PANEL DALAM PROGRAM MYHALAL TV1 - PPIM - 18/11/2019
Telah berlangsung, program MyHalal TV1 yang bertajuk "Hak Pengguna Halal".
Setiausaha Agung PPIM, Dato’ Dr. Ma’amor Osman telah dijemput sebagai salah seorang ahli panel.
Monday, October 14, 2019
5394) TURUN HARGA RUMAH PEMILIKAN ASING BOLEH LAKSANA TAPI PERLU HATI-HATI - SINAR HARIAN - 14/10/2019
SHAH ALAM - Pengumuman kerajaan untuk menurunkan nilai ambang bagi kondominium dan pangsapuri di kawasan bandar untuk tujuan pemilikan asing pada tahun depan boleh dilaksanakan asalkan tidak mengabaikan ekonomi untuk rakyat tempatan.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Ma'amor Osman berkata, isu yang timbul adalah berkisar daripada kuasa membeli dan kebanyakan kondominium atau pangsapuri bernilai tinggi ini hanya mampu dimiliki oleh kira-kira lima peratus rakyat Malaysia saja.
Beliau berkata, oleh itu dalam keadaan ekonomi sekarang, kerajaan mungkin memikirkan pembeli-pembeli rumah dengan tujuan pelaburan akan berkurangan kerana sebahagian individu membeli rumah untuk melabur dan kemudian jual semula atau sewakan.
Katanya, disebabkan itu kerajaan melihat dengan memberi kelonggaran iaitu menurunkan harga rumah tersebut dan beri pemilikan asing akan dapat menyelesaikan masalah lambakan perumahan yang berlaku dalam negara.
"Apa pun pendekatan yang hendak dilakukan, kerajaan mestilah berwaspada terutamanya dengan para spekulator yang mungkin akan mengambil kesempatan apabila wujud kelonggaran dalam pemilikan hartanah ini.
"Saya harap kerajaan tak beri kelonggaran secara 'blanket' tapi perlu ada tapisan seperti kawasan rumah yang hendak dijual termasuk peratusan jumlah rumah yang dibenarkan dijual agar pemilikan hartanah oleh warga asing tidak menjadi spekulator," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Terdahulu, menerusi Belanjawan 2020 kerajaan memberitahu penurunan harga kondominium dan pangsapuri itu daripada RM1 juta kepada RM600,000 akan dilaksanakan tahun depan untuk pemilikan asing, sekaligus sebagai langkah mengurangkan lambakan perumahan yang tidak terjual.
Ma'amor berkata, apabila kerajaan memilih untuk melaksanakan perkara itu, ia juga akan melibatkan isu nilai wang dan rata-rata pembeli umpamanya dari Singapura, nilai wang mereka sudah tentu lebih besar daripada nilai wang negara.
"Saya yakin kalau kita tidak berhati-hati dengan pembeli spekulator, apa yang akan berlaku, harga pembelian kondominium atau hartanah ini tidak akan turun.
"Untuk tempoh jangka panjang, kita akan mengalami kerugian dalam erti kata lain kemampuan untuk membeli ini hanya akan dimiliki mereka (warga asing). Jika harga tak turun, nilai duit kita bertambah kecil, kos sara hidup meningkat, memang rakyat langsung tak boleh membeli rumah," katanya.
Ma'amor berkata, beliau berharap apabila kerajaan beri kelonggaran untuk jual kepada warga asing pada harga RM600,000, para pemaju perlu mengambil peluang itu dengan sebaiknya.
Menurutnya, duit diperoleh pemaju perumahan perlu dilaburkan semula untuk membangunkan rumah mampu milik dalam negara.
"Sebelum ini, banyak rumah yang siap tapi tak terjual kerana mahal, jadi pemaju tidak ada duit. Bila kerajaan buat macam ini, mereka boleh jual rumah dan duit yang mereka dapat itu boleh digunakan untuk membangunkan projek perumahan mampu milik yang baharu atau rumah untuk golongan pertengahan pada harga RM300,000 ke RM400,000," katanya.
Menurutnya, ia sekaligus selari dengan hasrat kerajaan untuk menyediakan sejuta rumah kepada rakyat.
Artikel oleh: Sinar Harian
TURUN HARGA RUMAH PEMILIKAN ASING BOLEH LAKSANA TAPI PERLU HATI-HATI
https://www.sinarharian.com.my/article/51961/KHAS/Belanjawan-2020/Turun-harga-rumah-pemilikan-asing-boleh-laksana-tapi-perlu-hati-hati
Monday, August 26, 2019
5202) PPIM SYOR SIJIL HALAL IKUT TULISAN BANGSA PEMILIK PRODUK - SINAR HARIAN - 23/08/2019
KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya mengeluarkan sijil halal dalam tulisan mengikut bangsa pemilik produk.
Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Maamor Osman berkata, cadangan itu dibuat berikutan beberapa pihak yang enggan menerima tulisan tersebut.
"Tak suka Jawi tidak mengapa jadi kita ikut. Kita mula dengan logo halal kalau tidak mahu (jawi) jangan guna langsung.
"Berapa banyak produk yang digunakan orang bukan Islam menggunakan tulisan jawi dan dalam dalam akta perihal dagangan perkara ini mengelirukan pengguna.
"Pengguna perlu dapat maklumat tepat dan kita minta hak kita, jika nak demikian biar menyeluruh.
"Kita cadang Jakim nanti kalau keluar sijil halal, kalau pemilik bukan Islam keluar tulisan ikut bangsa mereka supaya pengguna boleh membuat pilihan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Hadir sama pada sidang akhbar tersebut ialah Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.
Dalam pada itu, Dr Maamor turut memberi contoh seperti makanan segera roti pau yang menggunakan nama Melayu, sedangkan pemilik dan pekerjanya bukan Islam bertujuan untuk mengelirukan pembeli Islam kononnya makanan itu halal.
“Walhal pemiliknya bukan Islam, tapi menggunakan nama orang Melayu untuk kelirukan orang Islam.
“Kita mengajak orang Melayu, Islam selepas ini lebih berhati-hati membeli produk bukan Islam yang menggunakan nama Melayu,” katanya
Artikel oleh: Sinar Harian
PPIM SYOR SIJIL HALAL IKUT TULISAN BANGSA PEMILIK PRODUK
https://www.sinarharian.com.my/article/44495/BERITA/Nasional/PPIM-syor-sijil-halal-ikut-tulisan-bangsa-pemilik-produk
Friday, August 23, 2019
5200) KELUAR SIJIL HALAL TULISAN MANDARIN, TAMIL, BUKAN JAWI - MALAYSIA GAZETTE - 23/08/2019
KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya mengeluarkan Sijil Halal dalam tulisan mengikut bangsa pemilik produk.
Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Maamor Osman berkata, sebagai contoh, jika produk itu dikeluarkan oleh pemilik Melayu, Islam, Jakim perlu mengeluarkan Sijil Halal dalam tulisan Jawi.
Katanya, begitu juga jika produk berkenaan dikeluarkan oleh syarikat Cina dan India, maka Sijil Halal mesti ditulis dalam bahasa Mandarin dan Tamil, bukan tulisan Jawi sebagaimana sebelum ini.
Ini tegas beliau sebagai tanda akur PPIM berhubung penolakan tulisan Jawi oleh persatuan Cina, Dong Zong bagi pelaksanaan dalam kurikulum sekolah tahun depan.
“Mereka (Dong Zong) tak nak Jawi, okey. Kita boleh terima. Tapi kita mahu penolakan itu secara menyeluruh sehingga pada produk keluaran bukan Islam pun dihapuskan tulisan Jawi.
“Kita tidak mahu mereka mengambil kesempatan mengaut keuntungan atas kuasa membeli dalam kalangan orang Melayu dan Islam secara mengelirukan pembeli dengan tulisan Jawi.
“Ini tidak patut. Kalau betul-betul bencikan tulisan Jawi, jangan pakai, walaupun pada produk mereka,” katanya kepada media pada majlis kempen membeli akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo di sini, hari ini.
Dr. Maamor turut memberi contoh seperti makanan segera roti pau yang menggunakan nama Melayu, sedangkan pemilik dan pekerjanya bukan Islam.
Jelas beliau, tujuan pemilik menggunakan jenama Melayu dan nama lebih Islamik kerana untuk mengelirukan pembeli Islam kononnya makanan itu halal.
“Walhal pemiliknya bukan Islam, tapi menggunakan nama orang Melayu untuk kelirukan orang Islam.
“Kita mengajak orang Melayu, Islam selepas ini lebih berhati-hati membeli produk bukan Islam yang menggunakan nama Melayu,” katanya. – MalaysiaGazette
Artikel oleh: Malaysia Gazette
KELUAR SIJIL HALAL TULISAN MANDARIN, TAMIL, BUKAN JAWI
5199) PPIM ZAHIR SOKONGAN BANTU AKHBAR KOSMO!, UTUSAN MALAYSIA - KOSMO - 23/08/2019
KUALA LUMPUR- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menzahirkan sokongan penuh kepada dua akhbar terbitan Kumpulan Utusan dalam usaha memastikan suara keramat orang Melayu itu terus bergema pada masa akan datang.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, sokongan tersebut bukan sahaja diterjemahkan menerusi pembacaan Kosmo! dan Utusan Malaysia setiap hari malah turut disertai dengan langganan akhbar itu secara berterusan.
“Kita mahu menyokong rakan media yang sentiasa membantu PPIM dan masyarakat khususnya dengan menyeru orang ramai untuk membantu kedua-dua akhbar itu bagi meringankan beban ditanggung mereka ketika ini.
“Selain itu, syarikat-syarikat besar juga disaran untuk membeli ruangan iklan di dalam akhbar tersebut selain mengharapkan sokongan mereka untuk terus berbuat demikian,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran kempen PPIM Sokong Utusan dan Kosmo! di sini tadi.
Turut hadir Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr. Ma’amor Osman; Datuk Jawahar Ali, Penasihat PPIM dan Datuk Dr . Mustafa Ahmad Merican, Pengerusi NGO Antarabangsa.
Pada majlis itu, Kumpulan Utusan yang diwakili oleh Pengarang Ahad Kosmo!, Azimi Mustapa turut menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM2,500 daripada PPIM sebagai tanda sokongan kepada akhbar tersebut. - K! ONLINE
Artikel oleh: Kosmo
PPIM ZAHIR SOKONGAN BANTU AKHBAR KOSMO!, UTUSAN MALAYSIA
5198) SIJIL HALAL IKUT PEMILIK PRODUK - UTUSAN MALAYSIA - 23/08/2019
KUALA LUMPUR 23 Ogos - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya mengeluarkan sijil halal dalam tulisan mengikut bangsa pemilik produk.
Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Maamor Osman berkata, sebagai contoh, jika produk itu dikeluarkan oleh pemilik Melayu, Islam, Jakim perlu mengeluarkan sijil halal dalam tulisan Jawi.
Katanya, begitu juga jika produk berkenaan dikeluarkan oleh syarikat Cina dan India, maka sijil halal mesti ditulis dalam bahasa Mandarin dan Tamil, bukan tulisan Jawi sebagaimana sebelum ini.
“Mereka (Dong Zong) tak nak Jawi, tiada masalah. Kita boleh terima. Tapi kita mahu penolakan itu secara menyeluruh sehingga pada produk keluarga bukan Islam pun dihapuskan tulisan Jawi.
“Kita tidak mahu mereka mengambil kesempatan mengaut keuntungan atas kuasa membeli dalam kalangan orang Melayu dan Islam secara mengelirukan pembeli dengan tulisan Jawi.
“Ini tidak patut. Kalau betul-betul bencikan tulisan Jawi, jangan pakai, walaupun pada produk mereka,” katanya dalam sidang akhbar kempen membeli akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
Artikel oleh: Utusan Malaysia
SIJIL HALAL IKUT PEMILIK PRODUK
Friday, July 26, 2019
5104) PPIM MAHU KERAJAAN LULUSKAN STANDARD HALAL PERUBATAN - SIDANG MEDIA PPIM - 26/07/2019
“MITOS
STANDARD PERANTI PERUBATAN HALAL UNTUK MENAFIKAN HAK PENGGUNA ISLAM”
1. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memandang
serius apabila mendapati ada usaha-usaha dari pihak tertentu untuk menafikan
hak pengguna Islam untuk barangan Halal dalam sektor perubatan.
2. Perkembangan teknologi perubatan telah menghasilkan
pelbagai peranti sebagai keperluan wajib untuk rawatan pesakit dan ini termasuk
peranti perubatan yang disyakki menggunakan bahan-bahan yang haram.
3. Selaras dengan perkembangan ini dan kepekaan pengguna
Islam, kerajaan Malaysia melalui Standards Malaysia telah selesai menggubal
satu standard yang khusus untuk peranti perubatan Halal.
4. Menyedari akan betapa luasnya penggunaan peranti
perubatan, standard yang dihasilkan itu hanya meliputi peranti-peranti yang
kritikal yang dihasilkan dari bahan-bahan organik, biologikal, kimia dan
berasaskan haiwan.
5. Skop standard Peranti Perubatan Halal ini TIDAK
termasuk peralatan seperti kerusi roda, katil hospital, set pembedahan, mesin X-ray
dan lain-lain yang mana status Halalnya tidak diragukan langsung.
6. Standard ini juga dihasilkan hanya setelah kajian
menyeluruh terhadap kesediaan para pemegang-pemegang taruh (stakeholders) dalam
industri perubatan, pakar-pakar dan proses pensijilan.
7. Namun, wujud usaha menggagalkan standard ini dari
pihak-pihak tertentu dari dalam dan luar Negara melalui semua saluran yang ada.
Mereka mendakwa dengan kelulusan standard ini akan menjejaskan industri peranti
perubatan ini dan melibatkan pertambahan kos. Mereka juga mendakwa inisiatif
ini juga akan melembabkan penyelidikan dan pembangunan teknologi peranti
perubatan. Tidak cukup dengan itu mereka menunjukan isyarat untuk mengugut mahu
membawa pelaburan mereka ke negara lain.
8. Disamping itu, terdapat juga salah faham dari kalangan
pihak penguasa agama, regulatori dan dari kalangan pengurusan tertinggi pihak
berkuasa sendiri.
9. PPIM ingin mengucapkan terima kasih khususnya kepada Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang pada prinsipnya telah bersetuju
untuk meluluskan standard ini. Ucapan terima kasih juga ingin kami panjangkan
kepada Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pembangunan Usahawan yang juga
memberikan sokongan dan tidak tunduk dengan tekanan-tekanan pihak-pihak ini.
10. Dengan meluluskan
standard ini, Malaysia sebagai peneraju bidang Halal bakal mengorak selangkah
lagi dan membuka lembaran baru dalam industri yang mempunyai saiz pasaran
global sebanyak USD450 billion.
11. Dengan pensijilan
Halal untuk ini akan membuka pasaran yang lebih luas untuk pengusaha-pengusaha
tempatan untuk memenuhi permintaan produk perubatan Halal ini.
12. Apa yang paling
penting industri ini bakal memberikan akses kepada pengguna terhadap peranti
yang diyakini sebagai memenuhi tuntutan Syarak bagi umat Islam dan kami
sentiasa berpegang kepada ajaran Islam yang menegaskan apa yang baik untuk umat
Islam adalah baik juga untuk orang bukan Islam.
13. Kami juga telah
dimaklumkan oleh Standards Malaysia bahawa penggunaan standard ini adalah
sukarela dan semata-mata sebagai keputusan bisnes oleh mana-mana entiti
berkaitan.
14. PPIM bersama beberapa lagi NGO lain termasuk Persatuan
Perkilangan Peranti Perubatan (PERANTIM), Persatuan Doktor-Doktor Islam
Malaysia dan Persatuan Farmasi Bumiputera Malaysia lain bersama-sama bersetuju
agar standard Halal untuk peranti perubatan ini dimasukkan dalam skim
pensijilan JAKIM.
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(357)
-
▼
September
(29)
- GUBAL SEGERA AKTA KHUSUS TAPIS PENSTIMAN DIGITAL -...
- AKTIVITI | MESYUARAT KHAS KE ARAH MENDESAK PENUBUH...
- AKTIVITI | SARAPAN MERDEKA PERCUMA SEMPENA SAMBUTA...
- CHOW KIT BERSELAWAT MALAM AMBANG MERDEKA - HARIAN ...
- MyGiG SOKONG PENGECUALIAN ALGORITMA BERASASKAN AGA...
- ALUNAN SELAWAT BERGEMA DI CHOW KIT - HARIAN METRO ...
- AKTIVITI | SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN HARI KEMERD...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA TEAM MCMC - PPI...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA YAS TPj. (PA) G...
- PLATFORM P-HAILING PERLU BERI PILIHAN DALAM SISTEM...
- TOLAK PESANAN TIDAK HALAL, JANGAN HUKUM PENGHANTAR...
- JANGAN HUKUM PENGHANTAR MUSLIM KERANA MENOLAK PESA...
- AKTIVITI | PROGRAM MERDEKAPENTER 2026 - PPIM - 22/...
- BERITA PERDANA - DAKWAAN TALIAN DISALAH GUNA UNTUK...
- BULETIN BERNAMA | KEMPEN KESEDARAN ANTIPENIPUAN DA...
- SYARIKAT TELCO PERLU PERJELAS SEGERA DAKWAAN PENDA...
- SATU NAMA MEMILIKI 400 TALIAN TELEFON DIJUAL SEMUL...
- FAHMI: LEBIH 300,000 TERLIBAT JUDI DALAM TALIAN, 4...
- BOOST FRAUD AWARENESS IN RURAL AREAS: MINISTER - T...
- PINDA AKTA PERKHIDMATAN POS, PERKETAT SEKTOR KURIE...
- 'TERKEJUT NAMA DIGUNA ATAS 18 TALIAN' - KOSMO - 21...
- CEO TELCO DIPANGGIL BERI PENJELASAN - BERITA HARIA...
- 47.6 JUTA KANDUNGAN YANG MELANGGAR PERATURAN TELAH...
- TELCO PERLU SEGERA PERJELAS DAKWAAN PENDAFTARAN TA...
- SCAM MAKIN GANAS: FAHMI ARAH TELCO BERI PENJELASAN...
- KERAJAAN CADANG PINDA AKTA PERKHIDMATAN POS, PERKE...
- PENIPUAN DALAM TALIAN, SYARIKAT TELCO DIMINTA BERI...
- FAHMI TO SUMMON TELCO CEO'S OVER SIM CARDS ALLEGED...
- EXPAND SCAM AWARENESS CAMPAIGNS TO RURAL AREAS: FA...
-
▼
September
(29)




















