Showing posts with label PEMILIKAN ASING. Show all posts
Showing posts with label PEMILIKAN ASING. Show all posts
Monday, October 14, 2019
5394) TURUN HARGA RUMAH PEMILIKAN ASING BOLEH LAKSANA TAPI PERLU HATI-HATI - SINAR HARIAN - 14/10/2019
SHAH ALAM - Pengumuman kerajaan untuk menurunkan nilai ambang bagi kondominium dan pangsapuri di kawasan bandar untuk tujuan pemilikan asing pada tahun depan boleh dilaksanakan asalkan tidak mengabaikan ekonomi untuk rakyat tempatan.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Ma'amor Osman berkata, isu yang timbul adalah berkisar daripada kuasa membeli dan kebanyakan kondominium atau pangsapuri bernilai tinggi ini hanya mampu dimiliki oleh kira-kira lima peratus rakyat Malaysia saja.
Beliau berkata, oleh itu dalam keadaan ekonomi sekarang, kerajaan mungkin memikirkan pembeli-pembeli rumah dengan tujuan pelaburan akan berkurangan kerana sebahagian individu membeli rumah untuk melabur dan kemudian jual semula atau sewakan.
Katanya, disebabkan itu kerajaan melihat dengan memberi kelonggaran iaitu menurunkan harga rumah tersebut dan beri pemilikan asing akan dapat menyelesaikan masalah lambakan perumahan yang berlaku dalam negara.
"Apa pun pendekatan yang hendak dilakukan, kerajaan mestilah berwaspada terutamanya dengan para spekulator yang mungkin akan mengambil kesempatan apabila wujud kelonggaran dalam pemilikan hartanah ini.
"Saya harap kerajaan tak beri kelonggaran secara 'blanket' tapi perlu ada tapisan seperti kawasan rumah yang hendak dijual termasuk peratusan jumlah rumah yang dibenarkan dijual agar pemilikan hartanah oleh warga asing tidak menjadi spekulator," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Terdahulu, menerusi Belanjawan 2020 kerajaan memberitahu penurunan harga kondominium dan pangsapuri itu daripada RM1 juta kepada RM600,000 akan dilaksanakan tahun depan untuk pemilikan asing, sekaligus sebagai langkah mengurangkan lambakan perumahan yang tidak terjual.
Ma'amor berkata, apabila kerajaan memilih untuk melaksanakan perkara itu, ia juga akan melibatkan isu nilai wang dan rata-rata pembeli umpamanya dari Singapura, nilai wang mereka sudah tentu lebih besar daripada nilai wang negara.
"Saya yakin kalau kita tidak berhati-hati dengan pembeli spekulator, apa yang akan berlaku, harga pembelian kondominium atau hartanah ini tidak akan turun.
"Untuk tempoh jangka panjang, kita akan mengalami kerugian dalam erti kata lain kemampuan untuk membeli ini hanya akan dimiliki mereka (warga asing). Jika harga tak turun, nilai duit kita bertambah kecil, kos sara hidup meningkat, memang rakyat langsung tak boleh membeli rumah," katanya.
Ma'amor berkata, beliau berharap apabila kerajaan beri kelonggaran untuk jual kepada warga asing pada harga RM600,000, para pemaju perlu mengambil peluang itu dengan sebaiknya.
Menurutnya, duit diperoleh pemaju perumahan perlu dilaburkan semula untuk membangunkan rumah mampu milik dalam negara.
"Sebelum ini, banyak rumah yang siap tapi tak terjual kerana mahal, jadi pemaju tidak ada duit. Bila kerajaan buat macam ini, mereka boleh jual rumah dan duit yang mereka dapat itu boleh digunakan untuk membangunkan projek perumahan mampu milik yang baharu atau rumah untuk golongan pertengahan pada harga RM300,000 ke RM400,000," katanya.
Menurutnya, ia sekaligus selari dengan hasrat kerajaan untuk menyediakan sejuta rumah kepada rakyat.
Artikel oleh: Sinar Harian
TURUN HARGA RUMAH PEMILIKAN ASING BOLEH LAKSANA TAPI PERLU HATI-HATI
https://www.sinarharian.com.my/article/51961/KHAS/Belanjawan-2020/Turun-harga-rumah-pemilikan-asing-boleh-laksana-tapi-perlu-hati-hati
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(357)
-
▼
September
(29)
- GUBAL SEGERA AKTA KHUSUS TAPIS PENSTIMAN DIGITAL -...
- AKTIVITI | MESYUARAT KHAS KE ARAH MENDESAK PENUBUH...
- AKTIVITI | SARAPAN MERDEKA PERCUMA SEMPENA SAMBUTA...
- CHOW KIT BERSELAWAT MALAM AMBANG MERDEKA - HARIAN ...
- MyGiG SOKONG PENGECUALIAN ALGORITMA BERASASKAN AGA...
- ALUNAN SELAWAT BERGEMA DI CHOW KIT - HARIAN METRO ...
- AKTIVITI | SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN HARI KEMERD...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA TEAM MCMC - PPI...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA YAS TPj. (PA) G...
- PLATFORM P-HAILING PERLU BERI PILIHAN DALAM SISTEM...
- TOLAK PESANAN TIDAK HALAL, JANGAN HUKUM PENGHANTAR...
- JANGAN HUKUM PENGHANTAR MUSLIM KERANA MENOLAK PESA...
- AKTIVITI | PROGRAM MERDEKAPENTER 2026 - PPIM - 22/...
- BERITA PERDANA - DAKWAAN TALIAN DISALAH GUNA UNTUK...
- BULETIN BERNAMA | KEMPEN KESEDARAN ANTIPENIPUAN DA...
- SYARIKAT TELCO PERLU PERJELAS SEGERA DAKWAAN PENDA...
- SATU NAMA MEMILIKI 400 TALIAN TELEFON DIJUAL SEMUL...
- FAHMI: LEBIH 300,000 TERLIBAT JUDI DALAM TALIAN, 4...
- BOOST FRAUD AWARENESS IN RURAL AREAS: MINISTER - T...
- PINDA AKTA PERKHIDMATAN POS, PERKETAT SEKTOR KURIE...
- 'TERKEJUT NAMA DIGUNA ATAS 18 TALIAN' - KOSMO - 21...
- CEO TELCO DIPANGGIL BERI PENJELASAN - BERITA HARIA...
- 47.6 JUTA KANDUNGAN YANG MELANGGAR PERATURAN TELAH...
- TELCO PERLU SEGERA PERJELAS DAKWAAN PENDAFTARAN TA...
- SCAM MAKIN GANAS: FAHMI ARAH TELCO BERI PENJELASAN...
- KERAJAAN CADANG PINDA AKTA PERKHIDMATAN POS, PERKE...
- PENIPUAN DALAM TALIAN, SYARIKAT TELCO DIMINTA BERI...
- FAHMI TO SUMMON TELCO CEO'S OVER SIM CARDS ALLEGED...
- EXPAND SCAM AWARENESS CAMPAIGNS TO RURAL AREAS: FA...
-
▼
September
(29)
