Showing posts with label BLOG. Show all posts
Showing posts with label BLOG. Show all posts

Wednesday, July 9, 2014

2043) UTUSAN 9/7/2014 - Blog, WhatsApp PPIM dapat maklum balas positif




Blog, WhatsApp PPIM dapat maklum balas positif

KUALA LUMPUR 8 Julai - Usaha Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyediakan laman blog dan aplikasi WhatsApp bagi membolehkan penyaluran maklumat mengenai kegiatan mesin judi haram mendapat maklum balas positif daripada orang ramai.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, orang ramai yang menghubungi persatuan itu menyatakan sokongan dan mahu usaha berkenaan diteruskan sebagai perjuangan murni bagi membantu pihak berkuasa membanteras gejala tersebut.

"Laman blog dan aplikasi WhatsApp ini baru dihebahkan dan orang ramai semestinya memerlukan masa untuk mengumpul maklumat bersama gambar.

"Mereka yang menghubungi kami menyambut baik usaha itu dan menyatakan komitmen untuk mula mencari serta menyalurkan maklumat menerusi medium yang disediakan ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Laman rujukan tempat maksiat berkenaan diwujudkan sebagai medium bagi membantu pihak berkuasa mengambil tindakan berdasarkan maklumat yang diberikan oleh masyarakat dengan butiran peribadi mereka dirahsiakan.

Orang ramai yang ingin menyalurkan maklumat boleh menghantar gambar dan alamat ke aplikasi WhatsApp di talian 019-9130000 atau emel muslimconsumers@gmail.com serta pihak berkuasa juga boleh melihat segala maklumat yang diberikan di laman blog http://lamanmaksiat.blogspot.com.
 

Tuesday, December 18, 2012

670) HARIAN METRO 4/12/12 : PPIM saran polis wujud blog khas



Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyarankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan blog khas bagi membolehkan pengguna merujuk semua jenis kegiatan jenayah yang berlaku di Malaysia.

Blog ini akan mempamerkan segala kegiatan jenayah supaya pengguna lebih berhati-hati dan tidak terpedaya dengan helah penjenayah, khususnya penggodam siber.

Didik pengguna

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata dengan adanya blog khas orang ramai boleh menjadikannya sebagai rujukan, selain mendidik pengguna supaya tidak mudah terpedaya pelbagai taktik penjenayah.

"Sikap pengguna yang leka dan tidak ambil tahu menyebabkan pengguna lebih berisiko menjadi mangsa jenayah.

"Pengguna yang terbabit dengan kes penipuan perlu peka untuk menyampaikan maklumat kepada pengguna lain supaya dapat mengelakkan mereka menjadi mangsa," katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan, bahawa tujuh juta pengguna telefon pintar berisiko menjadi mangsa penggodam siber.

Kerugian RM21.8 juta

Syed Ismail berkata, tahun ini saja orang ramai kerugian RM21.8 juta akibat kecuaian mereka dalam alam siber.

Beliau berkata, blog khas akan membantu pengguna supaya lebih berjaga-jaga dan tidak terpedaya dengan segala kes penipuan yang membabitkan jenayah siber.

"Saya berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan supaya pengguna tidak menjadi mangsa penipuan dan seterusnya dapat mengurangkan kadar jenayah yang berlaku di negara kita," katanya.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL