Showing posts with label CADANGAN. Show all posts
Showing posts with label CADANGAN. Show all posts

Tuesday, December 18, 2012

670) HARIAN METRO 4/12/12 : PPIM saran polis wujud blog khas



Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyarankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan blog khas bagi membolehkan pengguna merujuk semua jenis kegiatan jenayah yang berlaku di Malaysia.

Blog ini akan mempamerkan segala kegiatan jenayah supaya pengguna lebih berhati-hati dan tidak terpedaya dengan helah penjenayah, khususnya penggodam siber.

Didik pengguna

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata dengan adanya blog khas orang ramai boleh menjadikannya sebagai rujukan, selain mendidik pengguna supaya tidak mudah terpedaya pelbagai taktik penjenayah.

"Sikap pengguna yang leka dan tidak ambil tahu menyebabkan pengguna lebih berisiko menjadi mangsa jenayah.

"Pengguna yang terbabit dengan kes penipuan perlu peka untuk menyampaikan maklumat kepada pengguna lain supaya dapat mengelakkan mereka menjadi mangsa," katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan, bahawa tujuh juta pengguna telefon pintar berisiko menjadi mangsa penggodam siber.

Kerugian RM21.8 juta

Syed Ismail berkata, tahun ini saja orang ramai kerugian RM21.8 juta akibat kecuaian mereka dalam alam siber.

Beliau berkata, blog khas akan membantu pengguna supaya lebih berjaga-jaga dan tidak terpedaya dengan segala kes penipuan yang membabitkan jenayah siber.

"Saya berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan supaya pengguna tidak menjadi mangsa penipuan dan seterusnya dapat mengurangkan kadar jenayah yang berlaku di negara kita," katanya.

Tuesday, November 8, 2011

EMEL PILIHAN : Cadangan & Pendapat Anda

Mungkin ramai yang tidak percaya teori saya sendiri yang mengatakan bahawa menara kebanggaan kita, menara KLCC adalah salah satu simbol Freemason yang dengan sengaja diletakkan di negara kita supaya kita membangga-banggakan keagungan menara tersebut yang menjadi antara bangunan tertinggi di dunia. Tanpa kita sedari, kita juga telah mengagung-agungkan Freemason dan menjadi pengikut mereka.
Freemason adalah salah satu daripada organisasi rahsia Yahudi yang bekerja bersama Dajjal laknatullah dalam melaksanakan misi mereka mengawal dunia (New World Order). Selain daripada Freemason, banyak lagi organisasi-organisasi rahsia yang mempunyai misi yang sama seperti Illuminati (Illuminati menggunakan lambang piramid yang mengandungi MATA SATU/all-seeing eye didalamnya), Skull and Bones, Opus Dei, Priory of Sion, the Bilderberg Group, agensi-agensi Hollywood (CW Chanel, Columbia TriStar, etc..) dan bermacam-macam lagi. Tujuan mereka menubuhkan berbagai organisasi dalam mencapai satu misi yang sama hanyalah semata-mata untuk mengelirukan dan membutakan mata hati umat-umat manusia seluruh dunia dan menanamkan sifat Dajjal yang buta satu matanya (celik mata penglihatan tapi buta mata hati).

Di atas adalah gambar “Master’s Carpet” yang telah saya highlightkan unsur-unsur penting didalamnya yang terdapat pada KLCC dan satu lagi struktur kebanggaan Malaysia yang akan saya beritahu kemudian.

Tak perlulah rasanya saya terangkan unsur masonic yang telah saya highlightkan dengan garisan berwarna kuning. Menara KLCC yang terkenal di serata dunia dengan nama Menara Berkembar Petronas telah menepati ciri ini. Dua tiang ini adalah Jachin dan Boaz yang menjadi lambang kebanggaan Freemason. Bekas-bekas Presiden Amerika yang menjadi ahli tertinggi Freemason seperti George Washington telah meletakkan kedua-dua tiang ini di hadapan kubur masing-masing sebagai tanda kebanggaan mereka



Unsur kedua iaitu lantai berpetak (garisan merah) juga boleh didapati berhampiran dengan KLCC. Dalam gambar di atas, lantai berpetak berada di bawah Jachin dan Boaz. Sama juga dengan lantai berpetak yang terdapat di KLCC tetapi telah disorokkan di dalam bangunan. Lantai berpetak ini terdapat di dalam bangunan Suria KLCC bukan di dalam dua menara utama bagi menepati syarat bahawa lantai ini berada di bawah tiang, bukan di dalam.




Suria KLCC
Dah terang lagi bersuluh, gambar ini membuktikan lantai berpetak Freemason di Suria KLCC. Nama ‘Suria’ juga diambil daripada objek sembahan agama-agama pagan iaitu matahari.



All Seeing Eye
Persamaan Pertama


Persamaan ketiga (garisan hijau) menunjukkan satu mata yang kuat memerhati selari dengan matahari dan bulan. Secara logiknya, matahari dan bulan berada dalam kedudukan selari di angkasa. Jadi, mata yang telah memerhati pergerakan kita selama ini juga tergantung jauh di angkasa.



RazakSat, satelit terbaru milik Malaysia adalah objek yang paling menepati ciri-ciri all-seeing eye. Berada selari dengan matahari dan bulan di angkasa, satelit ini juga memerhati tiap gerak-geri kita melalui kamera CCTV, internet dan bermacam lagi teknologi. satelit ini jugalah yang menghantar segala maklumat yang telah kita tulis di internet (Facebook) kepada agensi-agensi perisikan seperti CIA dan FBI bagi memantau segala kegiatan kita dan menyenangkan kerja-kerja mereka menghapuskan mereka yang menentang. Lihat sajalah apa yang sudah terjadi kepada Michael ‘Mikaeel’ Jackson yang dibunuh dengan penuh konspirasi setelah memeluk Islam. Berkemungkinan juga artis-artis lain seperti Britney Spears yang pernah berminat untuk mendekati Islam diugut bunuh kerana impak yang mereka boleh bawa kepada dunia Islam adalah sangat besar dan dapat merosakkan plan yang telah mereka rancang sejak sekian lama.
Lain-lain persamaan yang terdapat antara Menara KLCC dan Freemason.


Pedang yang menghubungkan kedua-dua tiang Jachin dan Boaz bakal menjadi senjata penting ketika perang akhir zaman nanti walaupun zaman kita dibanjiri dengan teknologi-teknologi terhebat yang pernah kita saksikan. Selain itu, kaki yang mendokong jambatan KLCC juga sangat menyerupai logo Freemason! Kedua-duanye mempunyai bentuk yang lebih runcing di bahagian bawah dan dicantum keduanya dengan satu bulatan di tengah.


*Sekiranya anda masih belum mengetahui bagaimana Peperangan Akhir akan kembali berkuda dan pedang sila baca artikel MO (temubual bersama Lonecryer tentang EMP). 



Inilah bukti besar dan jelas yang menunjukkan negara kita masih dibawah jajahan kafir laknatullah. Kita selama ini telah dibutakan dengan tipu daya syaitan. Sesungguhnya dajjal telah berjaya menanamkan sifatnya dalam diri kita. Dia telah berjaya membutakan mata hati kita. Tanpa mata hati, kita akan sesat walaupun mata penglihatan kekal celik.
Sekian, segala yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada kelemahan diri saya sendiri. wAllahua’lam.


Friday, October 28, 2011

EMEL PILIHAN : Pendapat atau Cadangan Pembayaran Pinjaman Tertunggak


Assalammualaikum,
Disini saya ingin mengutarakan pendapat dan cadangan agar Pembayaran balik semua pinjaman tertunggak kad kredit dan pinjaman kenderaan oleh individu individu yg telah di senaraihitam oleh pihak bank melalui  KWSP.

  Ia adalah untuk mengelakkan pada akhirnya individu ini terpaksa membayar lebih terutamanya kadar faedah yang terlalu tinggi yang dikenakan oleh pihak bank.Dan seperti yang telah di laporkan di dada dada akhbar dan juga berita,pada masa ini ramai eksekutif muda yg telah di senaraihitamkan dan muflis oleh pihak bank terutamanya dari penggunaan kad kredit.
  Oleh yang demikian saya mencadangkan pembayaran terus hutang hutang ini oleh pihak KWSP kepada Bank yang terlibat melalui pemotongan dari akaun 1.Seperti yang kita tahu sekarang ini banyak yg telah melabur didalam unit unit amanah melalui akaun 1.Dan pada saya tidak ada masalah untuk Kerajaan dan KWSP untuk melaksanakan pembayaran balik hutang hutang tertunggak tersebut  kepada pihak Bank dengan syarat syarat  yang telah dirangka dan ditetapkan antara pihak pihak yang terlibat.Ini adalah salah satu cara yang dapat menjamin kesejahteraan rakyat disamping memberi peringatan agar bijak menguruskan kewangan.
Dan juga hanya KWSP sahajalah simpanan yang ada untuk masa depan.Sekurang kurangnya bagi yang ada hutang itu tidaklah perlu resah apabila mereka telah bersara kerana semua yang telah tertunggak telah dilangsaikan.
Di harap pihak PPIM dapat mengutarakan pendapat saya ini kepada pihak yang berkenaan atau Kementerian yang terlibat.
Sekian ,
Zaihan
Johor Bahru.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL