Showing posts with label BANTU POLIS. Show all posts
Showing posts with label BANTU POLIS. Show all posts
Tuesday, June 18, 2019
Monday, June 17, 2019
4989) BANTERAS JUDI HARAM KE AKAR UMBI – PPIM - MALAYSIA GAZETTE - 17/06/2019
KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu pihak polis dan kerajaan Malaysia mengadakan sebuah pusat saluran maklumat bagi membolehkan rakyat menyertai kempen banteras judi haram.
“Cadangan ini adalah bagi membolehkan data-data dan butiran mereka yang terlibat dalam industri dikumpul dan diselidik bagi mengenalpasti mereka dan kuncu-kuncu mereka,” kata Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.
Dalam kenyataan hari ini, Nadzim menyokong penuh komitmen Ketua Polis Negara dalam membanteras jenayah judi.
Nadzim berkata, PPIM yang telah lama menyuarakan kebimbangan terhadap penularan masalah sosial itu amat bersetuju dengan pendapat Ketua Polis Negara, Datuk Seri Hamid Bador.
Menurut Nadzim, semangat dan dedikasi Hamid dalam menentang gejala sosial itu amat dipuji.
“Kami berasa amat bangga apabila akhirnya seorang Ketua Polis memahami impak dan kesan masalah judi ini,” katanya dalam sebuah kenyataan, hari ini.
PPIM yang sinonim dengan membanteras penindasan oleh Ahlong di negara ini telah lama menyaksikan bagaimana gejala dan tabiat judi ini menghancurkan masyarakat di negara ini tanpa mengira kaum, agama dan bangsa.
“Kami menyokong seratus peratus usaha ketua polis negara yang mahu membanteras aktiviti perjudian dan bersetuju bahawa judi adalah punca segala masalah,” katanya.
Tambah Nadzim, PPIM sedia berkongsi maklumat dan bekerjasama dengan Polis dalam usaha membanteras judi dan jenayah lain di negara ini.
“Sudah tiba masanya rakyat negara ini mengembalikan maruah kita dan bertindak bersama-sama menghapuskan judi dan seterusnya jenayah lain,” katanya.
PPIM berpendapat kempen bersungguh-sungguh membanteras sindiket judi haram hingga ke akar umbi perlu disambut dengan kerjasama oleh semua rakyat Malaysia bagi menentukan perkara ini dapat ditangani.
Dalam sebuah temuramah eksklusif bersama Utusan baru-baru ini, Hamid menyatakan dedikasi dan komitmen dalam membanteras aktiviti judi haram yang dilihat sebagai punca segala masalah jenayah.
Di dalam video berdurasi enam minit itu, Hamid berkata, pihaknya akan lebih tegas terhadap pemilik pusat judi dan semua anggotanya diberi amaran supaya memutuskan kerjasama dengan sindiket perjudian. – MalaysiaGazette
Artikel oleh: Malaysia Gazette
BANTERAS JUDI HARAM KE AKAR UMBI – PPIM
4988) PPIM SEDIA BANTU POLIS BANTERAS JUDI HARAM - SINAR HARIAN - 17/06/2019
SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyokong penuh komitmen Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador dalam membanteras jenayah judi di negara ini.
Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya bersedia untuk berkongsi maklumat dan bekerjasama dengan pihak polis dalam usaha bagi membanteras jenayah judi di negara ini di peringkat akar umbi.
Menurut beliau, PPIM yang sinonim dalam membanteras penindasan ah long telah lama menyaksikan gejala dan tabiat judi yang menghancurkan masyarakat di negara ini tanpa mengira kaum, agama mahu pun bangsa.
"Sudah tiba masanya rakyat negara ini mengembalikan maruah kita dan bertindak bersama-sama menghapuskan judi dan seterusnya jenayah lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menerusi temu bual bersama sebuah akbar sebelum ini, Hamid menyatakan hasrat dan komitmen untuk membanteras aktiviti judi haram yang dilihat punca segala masalah jenayah.
Mengulas lanjut, Nadzim berkata pihaknya juga mencadangkan supaya polis dan kerajaan mewujudkan sebuah pusat saluran maklumat bagi membolehkan rakyat bersama-sama menyertai kempen banteras judi haram ini.
Beliau berkata, kempen secara serius bagi membanteras budaya judi haram hingga ke peringkat akar umbi perlu disambut baik oleh semua rakyat negara ini bagi memastikan ia mencapai objektif dikehendaki.
"Cadangan ini (wujudkan pusat saluran maklumat) adalah bagi membolehkan data-data dan butiran mereka yang terlibat dalam industri dikumpul serta diselidik bagi mengenal pasti dalang dan pihak terlibat," katanya.
Tambah beliau, PPIM menyokong penuh komitmen Hamid bagi membanteras budaya judi haram dan akan memberi kerjasama sepenuhnya bagi membantu membanteras jenayah ini.
Artikel oleh: Sinar Harian
PPIM SEDIA BANTU POLIS BANTERAS JUDI HARAM
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(357)
-
▼
September
(29)
- GUBAL SEGERA AKTA KHUSUS TAPIS PENSTIMAN DIGITAL -...
- AKTIVITI | MESYUARAT KHAS KE ARAH MENDESAK PENUBUH...
- AKTIVITI | SARAPAN MERDEKA PERCUMA SEMPENA SAMBUTA...
- CHOW KIT BERSELAWAT MALAM AMBANG MERDEKA - HARIAN ...
- MyGiG SOKONG PENGECUALIAN ALGORITMA BERASASKAN AGA...
- ALUNAN SELAWAT BERGEMA DI CHOW KIT - HARIAN METRO ...
- AKTIVITI | SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN HARI KEMERD...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA TEAM MCMC - PPI...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA YAS TPj. (PA) G...
- PLATFORM P-HAILING PERLU BERI PILIHAN DALAM SISTEM...
- TOLAK PESANAN TIDAK HALAL, JANGAN HUKUM PENGHANTAR...
- JANGAN HUKUM PENGHANTAR MUSLIM KERANA MENOLAK PESA...
- AKTIVITI | PROGRAM MERDEKAPENTER 2026 - PPIM - 22/...
- BERITA PERDANA - DAKWAAN TALIAN DISALAH GUNA UNTUK...
- BULETIN BERNAMA | KEMPEN KESEDARAN ANTIPENIPUAN DA...
- SYARIKAT TELCO PERLU PERJELAS SEGERA DAKWAAN PENDA...
- SATU NAMA MEMILIKI 400 TALIAN TELEFON DIJUAL SEMUL...
- FAHMI: LEBIH 300,000 TERLIBAT JUDI DALAM TALIAN, 4...
- BOOST FRAUD AWARENESS IN RURAL AREAS: MINISTER - T...
- PINDA AKTA PERKHIDMATAN POS, PERKETAT SEKTOR KURIE...
- 'TERKEJUT NAMA DIGUNA ATAS 18 TALIAN' - KOSMO - 21...
- CEO TELCO DIPANGGIL BERI PENJELASAN - BERITA HARIA...
- 47.6 JUTA KANDUNGAN YANG MELANGGAR PERATURAN TELAH...
- TELCO PERLU SEGERA PERJELAS DAKWAAN PENDAFTARAN TA...
- SCAM MAKIN GANAS: FAHMI ARAH TELCO BERI PENJELASAN...
- KERAJAAN CADANG PINDA AKTA PERKHIDMATAN POS, PERKE...
- PENIPUAN DALAM TALIAN, SYARIKAT TELCO DIMINTA BERI...
- FAHMI TO SUMMON TELCO CEO'S OVER SIM CARDS ALLEGED...
- EXPAND SCAM AWARENESS CAMPAIGNS TO RURAL AREAS: FA...
-
▼
September
(29)


