Showing posts with label AKTIVIS PPIM DIUGUT. Show all posts
Showing posts with label AKTIVIS PPIM DIUGUT. Show all posts

Wednesday, November 7, 2018

4706) AKTIVIS PPIM TERIMA UGUTAN – BERITA HARIAN – 7/11/18



AMPANG: “Jangan menghalang dan masuk campur urusan S*******jika tak nak hidup susah”. Itu ugutan yang diterima seorang Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dr Mazlina Abu Bakar.
Amaran itu ditulis di atas sehelai kertas dan dilekatkan bersama sebilah pisau selain tulisan berwarna merah yang bertulis “Warning” ditemui di pintu rumah wanita berkenaan di Bukit Antarabangsa, dekat sini, malam Ahad lalu.
Dr Mazlina berkata, amaran berkenaan mempunyai kaitan dengan kes yang cuba diselesaikan PPIM di bawah kendaliannya yang mana ramai mangsa yang muflis akibat terpedaya dengan sebuah syarikat.
“Kes ini dipercayai membabitkan satu isu perumahan di Selangor. Selepas PRU saya berhenti sekejap mengendali kes ini, sebelum kembali agresif sejak beberapa minggu lalu.
“Saya memang terkejut apabila melihat kertas amaran itu di pintu rumah sebaik pulang dari rumah ibu. Laporan polis dibuat pada malam itu juga,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Dr Mazlina berkata, dia akan terus mengendalikan kes berkenaan walaupun sudah menerima ugutan dan mengakui itu baru kali pertama menerima amaran sedemikian.
“Bukan nak kata serik, tapi saya cuma bimbangkan keselamatan anak saya selain memikirkan situasi suami sebagai seorang penjawat awam,” katanya.
Menurutnya, satu sidang media akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, esok, untuk menceritakan lebih lanjut berhubung kejadian itu, selepas mendapat nasihat dari Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.

Artikel oleh : Berita Harian
AKTIVIS PPIM TERIMA UGUTAN

4705) BUKAN MAIN LAGI ! – HARIAN METRO – 7/11/18


JANGAN ‘menghalang’ dan masuk campur urusan S******* jika tak nak hidup susah. Itu ugutan yang diterima aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Dr Mazlina Abu Bakar, malam Ahad lalu.
Amaran itu ditulis di atas sehelai kertas dan dilekatkan bersama sebilah pisau selain tulisan ‘Warning’ berwarna merah ditemui di pintu rumah wanita berkenaan di Bukit Antarabangsa, Ampang.
Dr Mazlina berkata, amaran berkenaan mempunyai kaitan dengan kes yang cuba diselesaikan PPIM di bawah kendaliannya di mana ramai mangsa yang muflis akibat terpedaya dengan syarikat berkenaan.
“Kes ini dipercayai membabitkan satu isu perumahan di Selangor. Selepas PRU (Pilihanraya Umum) saya berhenti sekejap mengendali kes ini, sebelum kembali agresif sejak beberapa minggu lalu.
“Saya memang terkejut apabila melihat kertas amaran itu di pintu rumah sebaik pulang dari rumah ibu. Laporan polis dibuat pada malam (Ahad) itu juga,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Terdahulu, tular di laman sosial mendakwa aktivis berkenaan diugut pihak yang dipercayai tidak berpuas hati dengan kes yang dikendalikan PPIM dengan melekatkan surat amaran bersama pisau.
Dr Mazlina berkata, dia akan terus mengendalikan kes berkenaan walaupun menerima ugutan dan mengakui ia kali pertama dirinya menerima amaran sedemikian.
“Bukan nak kata serik, tapi saya cuma bimbangkan keselamatan anak saya selain memikirkan situasi suami sebagai penjawat awam,” katanya.
Katanya, satu sidang media akan diadakan esok untuk menceritakan lebih lanjut berhubung kejadian selepas mendapat nasihat daripada Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan.

Artikel oleh : Harian Metro
BUKAN MAIN LAGI !

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL