Showing posts with label 15 pengusaha stesen minyak diberi notis penamatan tanpa sebab. Show all posts
Showing posts with label 15 pengusaha stesen minyak diberi notis penamatan tanpa sebab. Show all posts

Wednesday, August 30, 2017

4015) KPDNKK Tidak Pilih Bulu Untuk Selesai Sebarang Masalah - Bernama - 30/8/2017

Snapshot
SELAMA, 29 Ogos (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak bersikap 'pilih bulu' dalam menyelesaikan sebarang masalah, tegas menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata kementerian berkenaan merupakan medium pengantara bagi masyarakat mendapatkan maklumat atau pembelaan sewajarnya berkaitan barangan serta perkhidmatan.

"Kementerian membantu semua rakyat dan menjalankan tugas mengikut undang-undang yang ada dan kita mencari kaedah untuk semua pihak berada dalam keadaan menang-menang.

Telah terbukti cara kita benar-benar berhemah dan kita dapat selesaikan segala masalah dengan kaedah perundingan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di sini, hari ini.

Hamzah berkata demikian sebagai mengulas dakwaan sebuah persatuan pengguna yang menyatakan kementerian berkenaan tidak memperjuangkan nasib peniaga Islam dalam kes penamatan kontrak pengusaha stesen minyak Caltex, baru-baru ini.

Menjelas lanjut mengenai perkara itu, Hamzah berkata Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Jamil Salleh telah mengadakan perjumpaan bersama pengusaha terbabit bagi mendapatkan jalan penyelesaian terbaik.

"Penamatan lesen antara pengusaha dengan syarikat minyak Caltex merupakan permasalahan yang berlaku bukan seminggu atau dua bulan tetapi beberapa tahun lalu sehingga dibawa ke mahkamah.

Malah, mahkamah telah memutuskan pihak Caltex berhak menamatkan tempoh perjanjian dengan pengusaha yang terlibat," katanya.

Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan membuat keputusan yang menyebelahi Caltex dan pengusaha terbabit perlu membayar ganti rugi RM300,000 seorang.

-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1387146

4014) KPDNKK TIDAK PILIH BULU PENAMATAN KONTRAK CALTEX - UTUSAN MALAYSIA - 30/8/2017

utusan malaysia 30.8.2017
Larut 29 Ogos - Dakwaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) seolah-olah memperlihatkan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Jamil Salleh tidak memperjuangkan pengusaha Islam berhubung penamatan kontrak pengusaha stesen minyak Caltex yang kini tular di media sosial adalah dakwaan tidak benar.
  Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, sebagai Caring Ministry untuk semua rakyat di negara ini, pihaknya tidak memilih bulu, malah menjalankan tugas untuk mencari penyelesaian "menang-menang" bagi semua pihak.
  "Saya merasakan Ketua Setiausaha Kementerian  (KSU) saya telah melakukan sesuatu yang tepat dan membuat keputusan baik supaya tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.
  "PPIM tidak ada kena-mengena dalam isu ini. Oleh sebab itu, KSU tidak membenarkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu untuk sama-sama berbincang dengan pengusaha dan syarikat minyak," katanya.
  Beliau yang juga Ahli Perlimen Larut berkata sedemikian selepas majlis penyerahan lembu korban semperna Aidiladha di pekarangan Pejabat Umno Bahagian Larut di sini hari ini.
  Sebanyak 145 lembu disumbangkan oleh Hamzah untuk diagihkan kepada 102 Cawangan Umno termasuk jabatan dan agensi kerajaan di kawasan Larut.
  Pada 15 Mei lalu, Caltex menyerahkan notis penamatan serta memberikan tempoh sehingga Jun untuk pengusaha menamatkan operasi stesen minyak masing-masing.

Wednesday, June 21, 2017

3829) 15 pengusaha stesen minyak dakwa diberi notis penamatan tanpa sebab - Malaysia Kini - 21/6/2017

WhatsApp Image 2017-06-21 at 14.36.12 (2)
Sebanyak 15 pengusaha stesen minyak antarabangsa meluahkan rasa kesal dengan tindakan syarikat itu memberikan notis penamatan operasi tanpa sebab yang menyebabkan mereka hilang mata pencarian yang diusahakan selama bertahun-tahun.
Seorang pengusaha, Fauziah Ahmad Fadzil, 47, ketika ditemui mendakwa notis yang diterima pada 31 Mei lepas itu hanya menyatakan tempoh 30 hari untuk mereka mengosongkan dan menyerahkan kembali pemilikan stesen kepada syarikat berkenaan pada 17 Julai ini.
Beliau berkata tindakan 'tidak sensitif' syarikat itu juga menyebabkan pihaknya dan 14 pengusaha lain terpaksa menanggung kerugian lebih RM2 juta yang dilaburkan untuk perniagaan berkenaan.
"Kami ingin mengetahui mengapa stesen minyak yang kami usahakan selama ini diberi notis penamatan sedangkan kami telah menjalankan perniagaan dengan bersungguh-sungguh malah ada antara kami yang mendapat markah yang tinggi dalam sesi pengauditan khidmat pelanggan.
"Bukan kami saja yang terkesan, malah pekerja-pekerja stesen kami juga terpaksa diberhentikan menyebabkan kebanyakan mereka menyambut Aidilfitri dalam keadaan tiada mata pencarian," katanya yang mewakili pengusaha berkenaan kepada pemberita, di sini hari ini.
Lima belas pengusaha terbabit adalah dari seluruh Semenanjung dengan sebahagian besar beroperasi di Lembah Klang.
Dalam pada itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang menerima aduan pengusaha stesen minyak terbabit memohon campur tangan kerajaan khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzmi Johan berkata ini kerana usaha kumpulan pengusaha terbabit untuk bertemu dan berbincang dengan pengurusan syarikat minyak berkenaan tidak dilayan menyebabkan isu tidak dapat diselesaikan sehingga kini.
Katanya kerajaan juga perlu memantau industri berkenaan bagi memastikan perjanjian perniagaan tidak berat sebelah.
"PPIM berharap KPDNKK atau agensi berwajib dapat melihat perkara ini dengan serius kerana kebanyakan pengusaha stesen minyak adalah golongan bumiputera dan hanya dengan campur tangan kerajaan dapat elakkan perkara sama terus berlaku," katanya.
- Bernama
http://www.malaysiakini.com/news/386278

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL