Friday, May 29, 2026

SURAU SEBAGAI MEDIUM PENYATUAN UMMAH - UTUSAN MALAYSIA - 28/05/2026

 

Artikel oleh: Utusan Malaysia

SURAU SEBAGAI MEDIUM PENYATUAN UMMAH

https://www.utusan.com.my/nasional/2026/05/surau-sebagai-medium-penyatuan-ummah/

JOHARI LANCAR BUKU SEJARAH SURAU ITTIFAQIYAH - UTUSAN MALAYSIA - 27/05/2026

 

KUALA LUMPUR: Penghasilan buku Surau Ittifaqiyah merupakan inisiatif penting dalam menjaga sejarah penubuhan surau yang tertubuh sejak 60 tahun lalu di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, di sini.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, dokumentasi seperti ini penting agar generasi akan datang memahami akar sejarah dan perjuangan yang telah membentuk institusi berkenaan.

“Penerbitan buku ini amat signifikan kerana ia bukan sahaja meraikan sejarah penubuhan dan perkembangan surau ini, malah menghargai jasa serta pengorbanan para penguasa, ahli jawatankuasa dan seluruh ahli kariah yang telah berusaha memakmurkannya.

“Institusi surau merupakan asas penting dalam pembinaan masyarakat Islam yang sejahtera. Ia bukan sekadar tempat menunaikan ibadah, bahkan berperanan sebagai pusat penyatuan ummah, penyebaran ilmu serta pembentukan akhlak dan jati diri masyarakat.

“Saya berharap buku ini menjadi sumber rujukan dan inspirasi kepada masyarakat untuk terus memperkasa peranan surau sebagai pusat ibadah, pendidikan serta pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai islam,” katanya semasa Majlis Pelancaran Buku Surau Ittifaqiyah di sini, hari ini.

Surau Jumaat Al-Madrasatul Ittifaqiyah ditubuhkan sejak 1960an sebelum berpindah ke tapak baharu sekarang.

Surau yang aktif menganjurkan pelbagai program termasuk kelas pengajian agama itu mula melaksanakan solat Jumaat pertamanya pada 6 April 2007.

Pada masa sama, Johari yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri meluangkan masa menyantuni petugas ibadah korban di surau berkenaan.

Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, surau berkenaan melaksanakan ibadah korban melibatkan sembilan ekor lembu termasuk seekor lembu baka limousine seberat hampir satu tan dengan penyertaan 120 petugas. 

Artikel oleh: Utusan Malaysia

JOHARI LANCAR BUKU SEJARAH SURAU ITTIFAQIYAH

https://www.utusan.com.my/nasional/2026/05/johari-lancar-buku-sejarah-surau-ittifaqiyah/

AKTIVITI | MAJLIS PELANCARAN BUKU SURAU ITTIFAQIYAH - PPIM - 27/05/2026

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan@toqqi menghadiri majlis pelancaran buku Surau Ittifaqiyah yang berlangsung di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, baru-baru ini.

Buku ini diterbitkan sebagai usaha murni untuk mendokumentasikan sejarah penubuhan surau berkenaan yang sudah berusia 60 tahun. 

Majlis penuh bermakna ini telah dirasmikan oleh Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri merangkap Ahli Parlimen Titiwangsa.

AKTIVITI | MAJLIS IBADAH KORBAN PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH DANG WANGI TAHUN 2026 - PPIM - 29/05/2026

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri Majlis Ibadah Korban Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi Tahun 2026 atas jemputan ACP Sazalee Adam, Ketua Polis Daerah Dang Wangi.

Turut hadir selaku tetamu kehormat ialah Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Ismail bersama pegawai-pegawai kanan PDRM serta para tetamu jemputan.

AKTIVITI | LAWATAN TOQQI KE BENGKEL TUAN HAJI KHAIRUL - PPIM - 26/05/2026


Tuesday, May 26, 2026

ACCOUNTANT SAYS FAMILY THREATENED OVER RM1.8MIL DATE TRADING DISPUTE - NEW STRAITS TIMES - 23/05/2026

 

KUALA LUMPUR: Allegations of fraud involving a date trading deal with a Middle Eastern businessman have escalated after an accountant claimed she was threatened and harassed by debt collectors over a dispute involving millions of ringgit.

The victim, who wished to be known only as Anne, 43, said her family home was also disturbed after threatening notes were pasted on the gate, causing emotional distress and fear for their safety.

She said a police report had been lodged at the Bandar Baru Bangi police station over the incident.

Anne alleged that the man, who was also an acquaintance of her husband, had made false claims alleging the existence of a joint date trading venture worth more than RM1.1mil between them.

She said the man had initially expressed interest in seeking her assistance to obtain a visa and collaborate in business dealings.

However, she later realised she had allegedly been used to obtain documents to enable him to remain in the country.

"He took date stock from my company but failed to make payment amounting to more than RM1.8mil," she said, adding that she had also lodged a complaint with the Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM).

Meanwhile, Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM) working secretary Zharif Johor said preliminary investigations found the debt claim could be baseless and may involve elements of document manipulation.

"There appear to be unclear elements. There is a possibility the threats are baseless and merely intended to extort the complainant.

"There is also a possibility of document manipulation, as the complainant confirmed there was never any debt between the two parties.

"We were informed that the individual named was a customer of a private company who took date stock from the complainant's company but failed to make payment," he said.

As such, PPIM urged the public not to panic or make payments immediately if they receive threats relating to debts without proper verification.

"We advise the public to lodge a police report, verify documents and follow the proper process if they are certain they never took any loan or signed any documents," he said.

Article by: New Straits Times

ACCOUNTANT SAYS FAMILY THREATENED OVER RM1.8MIL DATE TRADING DISPUTE

https://www.nst.com.my/news/regional/2026/05/1446384/accountant-says-family-threatened-over-rm18mil-date-trading-dispute

ARTIKEL PILIHAN | KENALI GULA, LINDUNGI KESIHATAN - PPIM - 26/05/2026

Gula bukan hanya terdapat dalam makanan manis, tetapi juga tersembunyi dalam minuman, roti, sos, makanan segera dan snek harian. Pengambilan gula secara sederhana memberi tenaga, namun lebihan gula boleh memudaratkan kesihatan secara senyap.

ISYARAT AWAL YANG SERING DIABAIKAN

Antara tanda awal pengambilan gula berlebihan:

  • Kerap dahaga dan mulut kering
  • Mudah letih walaupun cukup rehat
  • Kerap membuang air kecil
  • Penglihatan kabur
  • Lapar dan keinginan makan berulang
  • Emosi tidak stabil

Ini adalah isyarat badan yang memerlukan keseimbangan.

KESAN JANGKA PANJANG

Lebihan gula boleh menjejaskan:

  • Mata, buah pinggang dan saraf
  • Jantung dan salur darah
  • Hati (hati berlemak)
  • Kulit dan sendi
  • Gigi dan gusi

Kesan ini berlaku secara perlahan tanpa disedari.

KITARAN KETAGIHAN GULA

Pengambilan gula berlebihan menyebabkan:

  1. Lonjakan tenaga sementara
  2. Kejatuhan tenaga mendadak
  3. Rasa letih dan lesu
  4. Keinginan gula berulang

Kitaran ini berterusan jika tidak dikawal.

TABIAT HARIAN BERISIKO

  • Minuman manis setiap hari
  • Air berkarbonat dan jus berbungkus
  • Snek dan makanan segera
  • Makan lewat malam
  • Tekanan emosi (stress eating)
  • Kurang tidur

LANGKAH MUDAH MENGURANGKAN GULA

  • Minum lebih air kosong
  • Kurangkan gula secara berperingkat
  • Pilih makanan segar
  • Gantikan pencuci mulut dengan buah
  • Semak kandungan gula pada label
  • Amalkan masakan di rumah
  • Dapatkan tidur mencukupi
  • Kekal aktif setiap hari

Setiap pengurangan gula memberi manfaat kepada tubuh.

KESIMPULAN

Gula bukan musuh, tetapi pengambilan berlebihan boleh menjejaskan kesihatan secara senyap. Kesihatan dibentuk melalui pilihan harian — apa yang kita makan, minum dan cara kita mengurus kehidupan.

Kenali gula. Kawal diri. Lindungi masa depan.

Monday, May 25, 2026

HUTANG KURMA RM1.8 JUTA TAK BAYAR, BERLAKON JADI MANGSA PULA - HARIAN METRO - 23/05/2026

 

Kuala Lumpur: Dakwaan penipuan urus niaga kurma membabitkan seorang ahli perniagaan dari Asia Barat bertukar ancaman apabila seorang akauntan mendakwa diugut dan diganggu pengutip hutang susulan pertikaian tuntutan jutaan ringgit.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Anne, 43, berkata, rumah keluarganya turut diganggu apabila pagar kediaman ditampal nota ugutan sehingga menyebabkan tekanan mental dan ketakutan terhadap keselamatan.

Menurutnya, laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Bandar Baru Bangi berhubung kejadian itu.

Dia mendakwa lelaki itu yang juga kenalan suaminya mengemukakan tuntutan palsu kononnya wujud usaha sama perniagaan kurma bernilai lebih RM1.1 juta antara mereka.

Katanya, lelaki berkenaan sebelum itu menyatakan hasrat untuk meminta bantuannya mendapatkan visa dan bekerjasama dalam perniagaan.

Namun katanya, dia kemudiannya menyedari dirinya dipergunakan bagi tujuan mendapatkan dokumen untuk tinggal di negara ini.

"Dia mengambil stok kurma daripada syarikat saya tetapi gagal membuat bayaran lebih RM1.8 juta," katanya yang turut membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Sementara itu, Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Zharif Johor berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, terdapat kemungkinan tuntutan hutang itu tidak berasas selain wujud unsur manipulasi dokumen.

"Nampak ada unsur-unsur yang tidak jelas. Ada kemungkinan ugutan itu memang tidak ada asas dan semata-mata mahu memeras ugut.

"Ada juga kemungkinan berlaku manipulasi dokumen, kerana pengadu mengesahkan memang tidak pernah ada hutang yang wujud antara dua pihak ini.

"Kita dimaklumkan penama adalah pelanggan syarikat swasta yang mengambil stok kurma daripada syarikat pengadu tetapi gagal membuat bayaran," katanya.

Justeru, PPIM menggesa orang ramai supaya tidak panik atau terus membuat bayaran sekiranya menerima ugutan berkaitan hutang tanpa pengesahan sah.

"Kita nasihatkan supaya buat laporan polis, semak dokumen dan ikut proses yang betul jika pasti tidak pernah membuat pinjaman atau menandatangani apa-apa dokumen," katanya.

Artikel oleh: Harian Metro

HUTANG KURMA RM1.8 JUTA TAK BAYAR, BERLAKON JADI MANGSA PULA

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/05/1361322/hutang-kurma-rm18-juta-tak-bayar-berlakon-jadi-mangsa-pula

AKTIVITI | TERIMA KASIH IWK ATAS SUMBANGAN BAJA DAN BOOSTER - PPIM - 22/05/2026

22 Mei 2026 - Alhamdulillah, pihak Indah Water Konsortium (IWK) telah menyerahkan pakej baja dan booster tanaman untuk kegunaan Kebun Bandar Villa Puteri kepada Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Siti dan Cik Aida daripada IWK atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.

Saturday, May 23, 2026

IKTIRAF UEC KHIANAT DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN, HIMPUNAN RAKYAT SELEPAS AIDILADHA - MALAYSIA GAZETTE TV - 20/05/2026

 

Gabungan 23 NGO Teras Melayu dan Islam yang mewakili lebih 1,000 pertubuhan seluruh negara mengumumkan bantahan keras terhadap keputusan kerajaan membenarkan lulusan UEC memasuki IPTA.

Artikel oleh: Malaysia Gazette TV

IKTIRAF UEC KHIANAT DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN, HIMPUNAN RAKYAT SELEPAS AIDILADHA

https://www.youtube.com/watch?v=rlZihoetS5I

SAMPAI SAKIT JANTUNG PAK CIK SUHAIMI KENA 'SCAM' - MALAYSIAKINI - 20/05/2026

 

Kerana terpengaruh dua tahun tak perlu membayar bil telefon–yang nilaikan dikatakan mencecah RM6,000–seorang warga emas akhirnya terjebak menjadi mangsa penipuan.

Bukan saja hilang puluhan ribu ringgit, ia juga malah mengganggu kesihatannya.

“Asalnya saya tak ada sakit jantung, tapi disebabkan kes ini, (saya) dah mula ada sakit jantung,” kata Suhaimi Shuib, 68, dengan sayu.

Dalam kejadian pada Disember tahun lalu, Suhaimi kerugian RM21,000 setelah ditipu oleh sebuah kedai telefon yang mencuri kad bank dan kad kreditnya serta mendaftarkan 10 nombor telefon senyap-senyap atas namanya.

Pemeriksaan mendapati terdapat tujuh transaksi pengeluaran tunai kad kredit berjumlah RM10,000 dan lapan kali pengeluaran melalui kad debit mencecah RM11,000 dibuat tanpa kebenaran.

Suhaimi mengesyaki kedai menyalahgunakan salinan kad pengenalan yang diberikannya bagi tujuan pendaftaran dua nombor telefon.

Kedai itu juga menggunakan taktik licik dengan tablet percuma sebagai umpan, kononnya sebagai hadiah cabutan bertuah, untuk mengaburi matanya.

Susulan insiden itu, Suhaimi mengakui berdepan tekanan emosi sehingga mengalami gangguan tidur dan masalah kesihatan.

“(Saya) sukar tidur malam, susah hati fikir pasal kes ini," katanya.

Bebannya bertambah apabila terpaksa melunaskan bayaran tuntutan kepada pihak bank meskipun kesemua transaksi pengeluaran wang itu dilakukan di luar pengetahuannya.

Tiga laporan polis dibuat di ibu pejabat daerah (IPD) Ampang dan Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Suhaimi berkongsi kisah sedihnya itu dalam sidang media bersama seorang lagi mangsa penipuan serta Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Kuala Lumpur semalam.

Kerugian hampir RM3 bilion

Sementara itu, PPIM mendedahkan jumlah kerugian akibat penipuan menunjukkan pertambahan saban tahun, dari RM1.28 bilion pada 2023 kepada RM1.57 (2024) dan RM2.77 bilion (2025).

Justeru, kata pengerusinya Nadzim Johan, orang ramai perlu lebih berhati-hati ketika menyerahkan dokumen peribadi, melakukan transaksi atas talian dan berurusan dengan individu tidak dikenali.

Dia juga menggesa kerajaan memperkukuh pencegahan awal, bukan menumpukan tindakan selepas jenayah berlaku kerana kesannya besar kepada mangsa.

Dalam kes Suhaimi, Nadzim mengingatkan bahawa penipuan berlaku membebankan kewangannya, lebih-lebih lagi sebagai pesakit serius.

“Harga rawatan sakit jantung ini berapa ringgit? RM10? RM100? 

“Ini baru seorang saja mangsa," kata Nadzim.

Menurutnya, antara aduan utama yang diterima PPIM melibatkan kebocoran data peribadi, penyamaran identiti, penggunaan akaun pihak ketiga dan pendaftaran kad sim tanpa kebenaran pengguna. 

Pada tahun 2025 saja, PPIM menerima lebih 4,000 aduan. 

PPIM turut mencadangkan kerjasama lebih rapat antara syarikat telekomunikasi, institusi perbankan dan pihak berkuasa selain penggunaan teknologi sekatan masa nyata bagi membendung aktiviti penipuan sebelum mangsa mengalami kerugian.

Jam RM70,000 lesap, ‘floating’ hilang

Sementara itu, seorang usahawan muda juga turut tampil berkongsi pengalamannya menjadi mangsa penipuan yang menyebabkannya rugi lebih RM70,000.

Muhammad Mirzan Johor, 28, yang menjalankan perniagaan barangan mewah terpakai seperti jam tangan dan beg tangan berkata, kejadian berlaku pada Februari tahun lalu apabila seorang individu menyatakan minat membeli seutas jam tangan mewah.

Mirzan Johor

Pada hari urusan jual beli berlangsung, ‘pembeli’ bagaimanapun menggunakan khidmat penghantar barang–yang didakwa sebagai kakitangannya–untuk mengambil jam tangan itu.

“Ketika transaksi dibuat, wang RM74,000 memang kelihatan masuk ke akaun bank saya.
“Memang tertera di dalam kenyataan bank itu,” katanya

Bagaimanapun, keesokan harinya dia mendapati wang itu hanya “floating” dan tidak lagi dipaparkan.

Pembeli kemudian tidak dapat lagi dihubungi, kata Mirzan.

Sementara itu, PPIM mengingatkan orang ramai supaya sentiasa membuat semakan terus dengan bank sekiranya menerima transaksi mencurigakan atau pembayaran yang masih berstatus “floating”.

“Ini antara benda yang paling bodoh yang kita gagal tangani. 

“Perkara ini akan (boleh) terjadi pada semua,” kata Nadzim.

Artikel oleh: MalaysiaKini

SAMPAI SAKIT JANTUNG PAK CIK SUHAIMI KENA 'SCAM'

https://www.malaysiakini.com/news/775683

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL