Showing posts with label INDAH WATER KONSORTIUM. Show all posts
Showing posts with label INDAH WATER KONSORTIUM. Show all posts

Monday, May 25, 2026

AKTIVITI | TERIMA KASIH IWK ATAS SUMBANGAN BAJA DAN BOOSTER - PPIM - 22/05/2026

22 Mei 2026 - Alhamdulillah, pihak Indah Water Konsortium (IWK) telah menyerahkan pakej baja dan booster tanaman untuk kegunaan Kebun Bandar Villa Puteri kepada Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Siti dan Cik Aida daripada IWK atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.

Monday, May 11, 2026

AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-50: BERKEBUN DI KEBUN BANDAR VILLA PUTERI – PPIM - 09/05/2026

Aktiviti kebun diteruskan lagi pada minggu ini dengan kerja-kerja pembajaan yang dijalankan oleh pasukan kebun PPIM. Sebanyak 25 kilogram baja sumbangan daripada Indah Water Konsortium (IWK) telah digunakan bagi memastikan tanaman terus subur dan terjaga.

PPIM mengucapkan ribuan terima kasih kepada IWK atas sumbangan dan sokongan yang diberikan. Semoga usaha ini memberi manfaat berterusan.


Monday, January 26, 2026

AKTIVITI | JEMPUTAN KE PEMENTASAN TEATER AMAL NAJIS JADI TEMAN & PERASMIAN SAHABAT ISTIMEWA IWK - PPIM - 23/01/2026

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@Toqqi telah menghadiri jemputan ke Pementasan Teater Komuniti “Najis Jadi Teman” serta Pelancaran Program “Sahabat Istimewa IWK” anjuran Indah Water Konsortium (IWK) di IWK Eco Park, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Program ini diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-30 Indah Water Konsortium (IWK) Sdn. Bhd. dengan kerjasama Wayang Kitchen dan Yayasan Chow Kit (YCK). Ia bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pengurusan sisa kumbahan yang mampan, kebersihan alam sekitar serta peranan penting IWK di belakang tabir dalam memastikan sistem rawatan kumbahan berfungsi dengan selamat, cekap dan berterusan demi kesejahteraan awam.

Ketua Pegawai Eksekutif IWK, En. Narendran turut mempertemukan Toqqi dengan Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Ali Umar Yaqoub Abbas, semasa program tersebut.

Saturday, June 22, 2024

AKTIVITI | PEMENTASAN TEATER AMAL KOMUNITI IWK - PPIM - 21/06/2024

21 Jun 2024 - Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi mengahadiri pementasan teater komuniti amal bertajuk Najis Jadi Teman anjuran Indah Water Konsortium (IWK) dengan kerjasama Wayang Kitchen dan Yayasan Chow Kit di IWK Eco Park @ Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Persembahan teater ini mengisahkan cabaran serta kepentingan proses rawatan kumbahan dalam kehidupan seharian manusia iaitu kerja kotor, sukar dan berbahaya (3D) yang sering dilupakan ramai.

Tuesday, January 23, 2024

AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA CEO IWK - PPIM - 23/01/2024

Perjumpaan PPIM bersama Ketua Pegawai Eksekutif Indah Water Konsortium (IWK), Encik Narendran Maniam di Ibu Pejabat IWK, Kuala Lumpur bagi membincangkan kerjasama antara PPIM dan IWK.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL