Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengadakan pertemuan bersama Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) yang dipimpin oleh Dato' Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil bagi memperkukuh usaha pencegahan jenayah scam dan meningkatkan kesedaran masyarakat.
Fokus utama termasuk kempen anti-scam berterusan, literasi kewangan & keselamatan digital, serta tindakan segera terhadap scam melibatkan telco (panggilan, SMS & pautan palsu). PPIM turut berperanan sebagai rakan strategik dalam memperluas advokasi di peringkat akar umbi.
🤝 Kedua-dua pihak bersetuju membangunkan pelan tindakan bersama dengan penekanan kepada pendidikan, kesedaran dan penglibatan komuniti.
📢 Orang ramai diseru agar sentiasa berwaspada, jangan mudah percaya, dan semak dahulu sebelum bertindak.
#HentiScam #CelikKewangan #PPIM #NFCC #LindungiDiri #KesedaranPengguna
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
No comments:
Post a Comment