Wednesday, March 27, 2024

NEGERI LAPOR POLIS LELAKI HINA SULTAN SELANGOR, PERSENDA ISLAM - SELANGORKINI - 27/0/2024

 

SHAH ALAM, 27 MAC: Kerajaan Negeri membuat laporan polis terhadap individu yang didakwa menghina Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor dan institusi diraja dalam media sosial.

EXCO perumahan berkata laporan terhadap N Ganesparan, 42, juga dibuat berikutan mempersenda Islam dengan mendakwa Nabi Muhammad SAW sebagai penipu selain tidak perlu bersolat.

Borhan Aman Shah menegaskan individu berkenaan turut menyebut perkataan kesat dan memalukan terhadap Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, raja-raja, mufti.

“Menerusi video diterima malam tadi, (kenyataan disebut) boleh menimbulkan keguasaran awam dan membangkitkan sensitiviti yang berisiko mengakibatkan pergolakan dan perpecahan kaum.

EXCO Perumahan Borhan Aman Shah bercakap kepada media selepas membuat laporan polis terhadap seorang individu yang menghina DYMM Sultan Selangor Sultan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada 27 Mac 2024. Turut sama Ketua Aktivitis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan (kiri). Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“(Berikutan itu) Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Dato’ Menteri Besar bersetuju untuk membuat laporan polis ini,” katanya ditemui di ibu pejabat polis Shah Alam hari ini.

Turut serta EXCO Belia dan Sukan Najwan Halimi serta dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Persatuan Anak Melayu Selangor dan Wilayah.

Borhan menegaskan pihaknya akan mendesak polis untuk menyiasat termasuk bekerjasama dengan Interpol supaya lelaki yang menetap di luar negara sejak 2017 itu dibawa ke muka pengadilan.

“Tanggungjawab kita untuk membuat laporan agar perkara ini tidak dipermainkan. Tindakan undang-undang perlu dibuat supaya martabat institusi diraja dan agama Islam sentiasa dijaga,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya membuka 21 kertas siasatan terhadap Ganesparan berikutan kenyataan didakwa menghina Sultan Selangor dan agama Islam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki tersebut kini dipercayai berada di Hamburg, Jerman selepas kali terakhir keluar pada 2 November 2017.

Dalam video lebih dua minit itu, lelaki tersebut mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman dan keagamaan selain mendakwa isu 3R (agama, kaum dan raja) hanya untuk orang bukan Islam.

Artikel oleh: SelangorKini

NEGERI LAPOR POLIS LELAKI HINA SULTAN SELANGOR, PERSENDA ISLAM

https://selangorkini.my/2024/03/negeri-lapor-polis-lelaki-hina-sultan-selangor-persenda-islam/

AKTIVITI | LAPOR POLIS ISU INDIVIDU HINA ISLAM, SULTAN - PPIM - 27/03/2024

Tular video memaparkan seorang individu yang menghina agama Islam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sehubungan itu, EXCO Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor, YB Tuan Borhan Aman Shah hari ini bertindak membuat laporan polis berkenaan individu tersebut.

Turut serta EXCO Belia, Sukan & Keusahawanan YB Najwan Halimi, Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi serta beberapa NGO.


PPIM MAHU JAKIM PERJELAS PENARIKAN SEMULA STATUS HALAL REMPAH ALAGAPPA'S - MALAYSIA GAZETTE - 26/03/2024

 

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menuntut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memberi penjelasan lanjut berhubung tindakannya menarik balik status halal syarikat pengeluar rempah Alagappa’s minggu lalu.

Ini kerana, tindakan tersebut telah mencetuskan keresahan kepada pengguna khususnya pengguna Islam di Malaysia.

Ketua Aktivis PPM, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya amat bimbang kesan status halal kepada restoran dan pengusaha industri makanan di Malaysia.

Jakim mendakwa status halal ditarik balik berikutan syarikat itu didapati melanggar piawaian yang ditetapkan.

“Pengguna selama ini mempercayai produk Alagappa’s sebagai produk halal kini terpaksa mempertimbangkan semula pilihan mereka. Sijil pengesahan halal produk adalah penting dalam kehidupan sehari-hari umat Islam, dan pembatalan status halal oleh syarikat pengeluar rempah ini adalah satu pukulan besar terhadap kepercayaan pengguna,” katanya.

Nadzim berkata, restoran-restoran yang menggunakan produk-produk tiada sijil halal daripada Alagappa’s turut terkesan.

“Mereka (Jakim) kini perlu memastikan semula status halal mereka melalui pemeriksaan yang teliti oleh Jakim bagi memastikan kepatuhan terhadap piawaian halal yang ditetapkan.

“Apakah langkah yang akan diambil oleh Jakim selepas ini adalah penting bagi mengembalikan keyakinan pengguna Muslim terhadap status halal produk di pasaran.

“Kami berharap agar perkara ini dapat diselesaikan dengan segera dan telus demi menjamin keselamatan serta kepercayaan umat Islam terhadap produk-produk halal di Malaysia,” katanya. – MalaysiaGazette

Artikel oleh: Malaysia Gazette

PPIM MAHU JAKIM PERJELAS PENARIKAN SEMULA STATUS HALAL REMPAH ALAGAPPA'S

https://malaysiagazette.com/2024/03/26/ppim-mahu-jakim-perjelas-penarikan-semula-status-halal-rempah-alagappas/

UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA 'BIASED' ?? - AATV NEWS - 27/03/2024

 

• Undang-undang di Malaysia 'Biased' ??

- Harimau makan Kancil, Marhein kena sedar diri, insaf.

- Kita (marhein) duduk dalam keadaan amat tertekan dan ditekan, rakyat mesti bersama untuk suarakan demi melindungi diri.

Sumber: AATV News

UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA 'BIASED' ??

https://www.youtube.com/watch?v=5stxCDlik88

PPIM GESA PADU PERLU DIKAJI SEMULA, KATA DATO NADZIM JOHAN - AATV NEWS - 25/03/2024

 

25 March 2024 :

• PPIM gesa PADU perlu dikaji semula, kata Ketua Aktivis Dato Nadzim Johan.

• Ramai mencurigai PADU

(1) Jaminan yang diragui

(2) Sistem PADU yang mudah dibolosi

#PPIM #toqqi_ppim #toqqi #nadzimjohan #PADU #kajisemula #gesa #kementerianekonomi #aatvmedia #aatvnews #informasiurban #BeritaTular #BeritaTrending #trendingnewsmalaysia #BeritaViral #MalaysiaMadani

Sumber: AATV News

PPIM GESA PADU PERLU DIKAJI SEMULA, KATA DATO NADZIM JOHAN

https://www.youtube.com/watch?v=Ng-VgpVXkLc&t=9s

'FORMULA HARGA SEPINGGAN NASI 40 SEN TAK MASUK AKAL' - BERITA HARIAN - 24/03/2024

 

Artikel oleh: Berita Harian

'FORMULA HARGA SEPINGGAN NASI 40 SEN TAK MASUK AKAL'

Tuesday, March 26, 2024

STATUS HALAL ALAGAPPAS: KESAN KEPADA PENGGUNA ISLAM - KENYATAAN MEDIA PPIM - 26/03/2025

Kuala Lumpur: Keputusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengumumkan pihaknya telah menarik balik status halal syarikat pengeluar rempah Alagappas minggu lalu telah mencetuskan keresahan kepada pengguna khususnya pengguna Islam di Malaysia.

Status halal itu dilaporkan ditarik balik berikutan syarikat itu didapati melanggar piawaian yang ditetapkan.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) amat bimbang tentang kesan status halal kepada restoran dan pengusaha industri makanan di Malaysia.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata pembatalan status halal ini telah menimbulkan kebimbangan dan tekanan kepada pengguna Muslim di seluruh negara.

"Pengguna yang selama ini mempercayai produk Alagappas sebagai produk halal kini terpaksa mempertimbangkan semula pilihan mereka.

"Sijil pengesahan halal produk adalah penting dalam kehidupan sehari-hari umat Islam, dan pembatalan status halal oleh syarikat pengeluar rempah ini adalah satu pukulan besar terhadap kepercayaan pengguna," katanya.

Nadzim berkata, restoran-restoran yang menggunakan produk-produk tiada sijil halal daripada Alagappas turut terkesan.

Mereka kini perlu memastikan semula status halal mereka melalui pemeriksaan yang teliti oleh JAKIM bagi memastikan kepatuhan terhadap piawaian halal yang ditetapkan.

Dalam menghadapi situasi ini, Nadzim menegaskan JAKIM perlu memberi penjelasan lanjut mengenai tindakan selanjutnya yang akan diambil oleh pihak mereka.

"Apakah langkah yang akan diambil oleh JAKIM selepas ini adalah penting bagi mengembalikan keyakinan pengguna Muslim terhadap status halal produk di pasaran.

"Kami berharap agar perkara ini dapat diselesaikan dengan segera dan transparan demi menjamin keselamatan serta kepercayaan umat Islam terhadap produk-produk halal di Malaysia," katanya.

PPIM BANTU PELANCONG WARGA CHINA DIANIAYA PIHAK BERKUASA - KENYATAAN MEDIA PPIM - 25/03/2024

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berjaya membantu seorang warganegara China untuk mendapatkan keadilan setelah dituduh mencuri dan menghina pihak berkuasa.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@Toqqi berkata pada pertengahan tahun lalu, warga China yang dikenali sebagai Laila tiba di Malaysia untuk bercuti.

"Ketika berada di sebuah Pusat Membeli Belah yang terkemuka di Bukit Bintang, dia dihampiri oleh seorang lelaki berpakaian awam yang menuntut paspotnya tanpa sebab munasabah.

"Pelancong itu tidak memahami Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia, lalu meminta bantuan pengawal keselamatan berhampiran," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nadzim berkata ketika menggunakan telefon bimbit pengawal keselamatan tersebut, Laila dituduh mencuri peralatan tersebut daripada pengawal keselamatan yang meminjamkannya.

"Dalam usaha Laila menjelaskan dengan penguasaan bahasa yang terhad, dia dituduh pula memaki hamun pihak berkuasa," katanya.

Laila kemudian ditahan atas tuduhan mencuri dan menghina pegawai penguatkuasa, serta diminta untuk membayar jaminan sebanyak RM7000.

"Aktivis PPIM berjaya membuktikan kepada mahkamah tuduhan itu tidak berasas berdasarkan bukti rakaman video," katanya.

Nadzim menegaskan insiden ini adalah satu contoh jelas bagaimana pihak berkuasa menyalah gunakan kuasa dan membazir masa mahkamah.

"Tindakan ini adalah bentuk penganiayaan yang tidak boleh diterima, buang masa, bazir duit dan masa mahkamah," katanya.

Nadzim menyeru pihak berkuasa bertindak sewajarnya mengikut peraturan undang-undang dan memberi amaran bahawa tindakan mereka sentiasa dipantau oleh masyarakat.

"Walaupun warga China ini akhirnya dibebaskan daripada tuduhan yang tidak berasas, kes ini tetap menimbulkan persoalan tentang perlunya pihak berkuasa bertindak dengan penuh pertimbangan sebelum membuat sebarang keputusan yang melibatkan hak asasi individu" katanya.

"Penyelidikan lanjut perlu dijalankan untuk menentukan sama ada tindakan yang diambil terhadap pelancong warga China ini adalah berdasarkan kepada prosedur undang-undang yang sewajarnya.

"PPIM akan terus memantau perkembangan kes ini dan memastikan keadilan dilakukan bagi semua individu tanpa mengira bangsa atau agama.

"Kita semua berharap agar insiden seperti ini tidak akan berulang dan pengajaran untuk memastikan kesalahan serupa tidak berlaku pada masa akan datang," katanya.

PPIM menganggap kes ini sebagai satu pengalaman yang memberi peringatan tentang pentingnya memastikan keadilan dan hak asasi individu sentiasa diutamakan dalam setiap tindakan pihak berkuasa.

Semoga setiap individu dilindungi dengan sewajarnya dan keadilan menjadi landasan utama dalam sistem kehakiman negara.

HUKUMAN LEBIH BERAT KEPADA INDIVIDU HINA, PERMAINKAN KESUCIAN ISLAM - SINAR HARIAN - 25/03/2024

 

CYBERJAYA - Pengamal undang-undang beragama Islam digesa untuk berusaha mencadangkan bentuk hukuman lebih berat terhadap individu yang didapati menghina dan mempermainkan kesucian agama itu.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (Perkid), Masridzi Sat berkata, perkara tersebut antara 13 perkara dalam Resolusi Mukazarah Pejuang-Pejuang Agama, Bangsa dan Tanah Air (ABATA) dalam mempertahankan kesucian serta kedaulatan Islam.

"Selain itu, kami bertekad dan berazam untuk terus berjuang mempertahankan kesucian serta kedaulatan Islam daripada sebarang ancaman atau penindasan termasuk penghinaan yang melibatkan kepentingan agama selain umat Islam sejagat khususnya di negara ini.

"Setelah berbincang bagi memahami ancaman, penghinaan kepada kesucian kalimah ALLAH SWT serta lain-lain, kami menggesa suatu tindakan yang bersepadu mesti dilaksanakan oleh semua lapisan umat Islam di negara ini tanpa mengira perbezaan fahaman politik," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika majlis Muzakarah NGO Islam dan Pejuang ABATA dalam mempertahankan kesucian serta kedaulatan Islam di Malakat Mall di sini pada Ahad.

Majlis Muzakarah NGO Islam dan Pejuang ABATA dalam mempertahankan kesucian serta kedaulatan Islam di Malakat Mall di sini pada Ahad.

Turut hadir Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dan Pengasas Malakat Mall, Fadzil Hashim.

Tambah Masridzi, pihaknya bersetuju sebahagian kekayaan golongan minoriti bukan Islam merupakan hasil pembelian dan sokongan umat Islam.

Ujar beliau, pihaknya akan mengubah hal tersebut dengan memboikot segala produk, rangkaian kedai yang dimiliki oleh golongan terbabik baik di luar mahupun dalam negara.

"Dalam pada itu, kami ingin menyeru kepada pemimpin beragama Islam agar bertindak tegas dan jangan sesekali berkompromi golongan anti Islam itu kerana ia bercanggah dengan sumpah Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Negara untuk menjaga Islam setiap masa dalam titah baginda baru-baru ini.

"Bukan itu sahaja, orang ramai juga tidak seharusnya mengulangi kesilapan dengan memberi kekuatan ekonomi kepada gerakan golongan berkenaan menerusi pembelian di kedai-kedai rangkaian mereka kerana ia merupakan suatu pengkhianatan serta membawa mudarat yang besar kepada kepentingan Islam," katanya.

Jelas Masridzi, pihaknya turut mengajak semua usahawan Islam agar mempertingkatkan usaha penyatuan serta perkhidmatan dengan memberi segala kemudahan khususnya kepada pengguna umat Islam agar dapat membeli barangan halal toiyyiban demi pengukuhan ekonomi.

Suasana majlis Muzakarah NGO Islam dan Pejuang ABATA dalam mempertahankan kesucian serta kedaulatan Islam di Malakat Mall di sini pada Ahad.

Tegas beliau, pihak agamawan, alim ulama dan institusi agama diminta agar terus komited melaksanakan tanggungjawab amar maruf nahi mungkar dengan menyokong sebarang usaha untuk mengangkat produk barangan Islam sekali gus membela golongan asnaf yang menjadi tanggungjawab semua.

"Kami menyarankan agar Malakat Mall atau mana-mana syarikat yang berkemampuan mewujudkan secretariat gabungan Beli Barangan Muslim Dahulu (BMF), BMF Nusantara dan BMF Global dengan menjadikan NGO, agamawan dan rangkaian usahawan Islam sebagai rakan strategik bagi menjayakan gagasan ini.

"Kami minta kepada seluruh umat khususnya para alim ulamak agar sentiasa memohon bantuan Maha Esa melalui solat hajat dan doa agar hasrat mengembalikan kesucian serta kedaulatan Islam dikabulkan ALLAH," katanya.

Artikel oleh: Sinar Harian

HUKUMAN LEBIH BERAT KEPADA INDIVIDU HINA, PERMAINKAN KESUCIAN ISLAM

https://www.sinarharian.com.my/article/656447/berita/nasional/hukuman-lebih-berat-kepada-individu-hina-permainkan-kesucian-islam

AKTIVITI | MUZAKARAH NGO ISLAM DAN PEJUANG ABATA - PPIM - 24/03/2024

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi hadir sebagai ahli panel program Muzakarah NGO Islam & Pejuang ABATA Dalam Mempertahankan Kesucian & Kedaulatan Islam yang berlangsung di pentas utama Malakat Mall Cyberjaya.

Turut menjadi ahli panel Ustaz Masridzi Sat, Coach Fadzil Hashim dan dipengerusikan oleh saudara Hj Mahmud Hishamuddin.

Antara yang turut hadir adalah pemimpin NGO Islam, Mudir madrasah, asatizah, usahawan Islam, dan aktivis masyarakat.

Beberapa solusi yang dicadangkan termasuk menghentikan sokongan terhadap syarikat yang mendukung zionis Israel dan golongan yang menghina atau merendahkan Islam, serta memberikan sokongan kepada kempen Buy Muslim First (BMF).

Turut ditekankan bahawa usahawan umat Islam perlu saling mendukung, kerana kehilangan sokongan dapat menghalang upaya mereka dalam membantu orang yang memerlukan zakat dan sumbangan.

Saturday, March 23, 2024

AKTIVITI | MAJLIS IFTAR DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA AIDILFITRI - PPIM - 22/03/2024

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri ke Majlis Iftar dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri anjuran Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) di Dewan Utama Maahad Tahfiz Al-Faridiyah di Taman Seri Rampai.

Majlis dirasmikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Turut hadir Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dan Pengerusi Maahad Tahfiz Al-Faridiyah yang juga Presiden PRESMA, Datuk Jawahar Ali Taib Khan.

Seramai 2,500 individu terdiri daripada asnaf dan golongan yang memerlukan di kawasan sekitar menerima sumbangan Aidilfitri yang disampaikan Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Wednesday, March 20, 2024

AKTIVITI | MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH (IBR) LEMBAGA PERKESO 2024 - PPIM - 20/03/2024

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri ke Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Lembaga PERKESO bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Menara PERKESO, Putrajaya.

Majlis merupakan satu inisiatif integriti PERKESO bagi memastikan kepimpinan PERKESO, Ahli Lembaga & Ahli Jawatankuasa Lembaga PERKESO bebas daripada rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa berkaitan segala urusan PERKESO.

Majlis dihadiri oleh semua ahli Lembaga PERKESO, Pimpinan Tertinggi PERKESO, Dato' Sri Subahan Kamal (Pengerusi PERKESO), Dato' Sri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed (CEO PERKESO) dan disempurnakan dengan kehadiran Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dato Sri Hj Azam Baki.

AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA PENGERUSI MAIS - PPIM - 19/03/2024

Perjumpaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di MAIS, Shah Alam.

Perjumpaan membincangkan isu-isu berkaitan kepentingan dan keperluan umat Islam di Malaysia.

Tuesday, March 19, 2024

GERAKAN BOIKOT TUNJUK PENYATUAN, PENGARUH KUAT PENGGUNA ISLAM - PPIM - HARIAN METRO - 18/03/2024

 

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyokong gerakan boikot oleh pengguna Muslim terhadap perniagaan yang melakukan penghinaan terhadap kesucian Islam menerusi penggunaan kalimah Allah SWT atau lain-lain cara.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, usaha itu menunjukkan adanya penyatuan dan pengaruh kuat pengguna Islam dalam membela, mempertahankan agama dan hak mereka.

Menurut Nadzim, gerakan itu juga berupaya memberi tekanan kepada perniagaan terbabit supaya tidak mudahnya menindas umat Islam.

"Ada baiknya juga gerakan boikot itu kerana jika kita sebagai pengguna Islam hendak dihormati maka perlu bersatu kerana kalau kuat, orang akan hormat.

"Pengguna kena buat apa yang perlu untuk melindungi hak mereka dan salah satunya menerusi gerakan boikot itu.

"Lagipun, apa dibelanjakan itu duit kita jadi kita boleh 'demand' (minta) dan buktinya, lihat saja apa berlaku terhadap syarikat besar kesan boikot," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Nadzim, PPIM turut menerima aduan berhubung isu berkenaan dan menyokong selagi mana gerakan itu berasas.

Nadzim berkata, beliau juga menyedari keterbukaan dan keberanian pengguna Islam pada masa kini dalam bersuara untuk mempertahankan kesucian agama.

"Dulu agak sukar (boikot) malah nak minta orang sedar pun susah.

"Bagaimanapun, dengan adanya pengaruh media sosial, pengguna lebih berani bersuara dan itu yang kita kena galakkan dalam masyarakat khususnya pengguna Islam," katanya.

Pada 13 Mac lalu, tular di media sosial penjualan stoking yang tertera kalimah Allah di beberapa kedai rangkaian serbaneka KK Super Mart.

Berikutan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar memaklumkan sudah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk memanggil pihak pengurusan KK Super Mart untuk berbincang dalam memastikan perkara itu tidak berulang.

Beliau juga meminta umat Islam bertenang dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan lanjut.

Artikel oleh: Harian Metro

GERAKAN BOIKOT TUNJUK PENYATUAN, PENGARUH KUAT PENGGUNA ISLAM - PPIM

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1071366/gerakan-boikot-tunjuk-penyatuan-pengaruh-kuat-pengguna-islam-ppim

Saturday, March 16, 2024

AKTIVITI | SIDANG MEDIA PENJELASAN ISU PENEMUAN STOKIN KALIMAH ALLAH DI KK SUPER MART - PPIM - 16/03/2024

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri ke sesi Sidang Media berkenaan isu penjualan stokin berjenama MiranoSock yang tertera kalimah ALLAH yang dijual di KK Super Mart.

Thursday, March 14, 2024

AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE MPAJ - PPIM - 13/03/2024

Kunjungan hormat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ke Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) berlangsung dengan bertemu Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Dr. Ani Ahmad, dalam usaha untuk memperkukuhkan kerjasama antara kedua entiti dalam menyumbang kepada pembangunan serta kesejahteraan masyarakat setempat.

Turut serta, Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi dan Timbalan Pengerusi PPIM, Dato' Jawahar Ali.

KETIRISAN, PEMANTAUAN LEMAH PUNCA KURMA ISRAEL MASUK PASARAN MALAYSIA - PPIM - HARIAN METRO - 14/03/2024

 

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan mengambil tindakan segera terhadap penjualan kurma yang didakwa dari Israel.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pemantauan dan penguatkuasaan lebih menyeluruh perlu dilaksanakan demi menjaga kepentingan rakyat.

Menurutnya, ketirisan atau pemantauan yang lemah menyebabkan produk itu boleh berada di pasaran negara ini.

"Ia bukan perkara baru sebaliknya pernah berlaku penjualan barangan dari negara yang dilarang sebelum ini, tapi tetap berada di pasaran Malaysia.

"Pelbagai taktik dilakukan untuk membawa masuk (kurma) ke negara ini, kemungkinan ia diimport dari negara jiran.

"Sebab itu pihak berkuasa perlu meningkatkan pemantauan terhadap barangan import termasuk meneliti borang deklarasi bagi mengelak ia terlepas masuk ke negara ini," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai tular penjualan kurma didakwa dari Israel di pasaran tempatan sehingga mengelirukan pengguna.

Justeru, Nadzim berkata, pihak penguat kuasa diminta melakukan semakan terhadap produk kurma yang berada di pasaran ketika ini.

Selain itu, katanya, masyarakat juga perlu lebih peka dan memainkan peranan sebagai pengguna yang bijak dengan menyemak negara pengeluar selain kandungan dan sijil halal.

Terdahulu, media melaporkan kurma dari Israel dijual secara terang-terangan di pasaran tempatan.

Memetik laporan Berita AlHijrah, pihaknya mendapati produk kurma itu diletakkan dalam peti ais premis berkenaan selain dijual secara atas talian.

Susulan itu, penyanyi rap sensasi dan selebriti media sosial, Caprice menggesa kerajaan menyiasat isu terbabit.

Menerusi hantaran video di Instagram, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 36, turut mempersoalkan bagaimana syarikat berkenaan boleh mengimport kurma dari Israel.

Artikel oleh: Harian Metro

KETIRISAN, PEMANTAUAN LEMAH PUNCA KURMA ISRAEL MASUK PASARAN MALAYSIA - PPIM

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1069613/ketirisan-pemantauan-lemah-punca-kurma-israel-masuk-pasaran-malaysia-ppim

Tuesday, March 12, 2024

PPIM TELLS BANKS TO BE MORE PROACTIVE, ADDRESS BORROWERS DROWNING IN DEBT - NEW STRAITS TIMES - 11/03/2024

 

KUALA LUMPUR: Banks must play a more proactive role in curbing the plight of borrowers drowning in overdue debts and those blacklisted, said the Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM).

In a statement, its chief activist Nadzim Johan said banking institutions prioritise "profit over people" and lack the responsibility in addressing debt management.

Over 10,000 individuals, predominantly aged 25 to 35, were driven to bankruptcy in 2023 due to various factors including personal loans, vehicle leasing, and business debts, he said.

He said the Credit Managament and Counselling Agency must also recognise that it imposes exorbitant management costs, "exacerbating the financial woes of struggling borrowers".

"Enough is enough! Banks must wake up to the reality that countless borrowers are sinking under the weight of their debts, yet they continue to ignore their cries for help," said Nadzim.

He called for a radical overhaul of banking practices, proposing that banks offer conditional opportunities for restructuring overdue loans.

This, he said, can be offered to borrowers who still hold steady employment and are capable of making repayments.

"The days of heartless banking practices are over. It's time for banks to show compassion and empathy towards borrowers who are trapped in a vicious cycle of debt," said Nadzim.

Article by: New Straits Times

PPIM TELLS BANKS TO BE MORE PROACTIVE, ADDRESS BORROWERS DROWNING IN DEBT

https://www.nst.com.my/news/nation/2024/03/1024223/ppim-tells-banks-be-more-proactive-address-borrowers-drowning-debt

Monday, March 11, 2024

MUDAHKAN PEMINJAM LUNAS HUTANG LAPUK - PPIM - MALAYSIA GAZETTE - 11/03/2024

 

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa institusi perbankan di seluruh negara memberikan peluang kedua kepada peminjam yang mempunyai hutang lapuk dan disenarai hitam di CCRIS dan CTOS.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata, peminjam boleh diberikan peluang dengan syarat mereka yang mempunyai hutang lapuk masih mempunyai pekerjaan tetap dan mampu membuat bayaran.

Menurut Nadzim, majoriti aduan yang diterima di PPIM berkenaan dengan isu pihak bank enggan membenarkan peminjam menstrukturkan semula pinjaman lapuk dan memilih untuk mengambil tindakan undang-undang yang mana caj tetap dikenakan ke atas peminjam.

“Sudah tahu mereka sukar membayar hutang lama, mengapa digalakkan mereka mengambil hutang baharu untuk melangsaikan yang lama, bukankah lebih baik pihak bank mewujudkan skim mungkin beri peluang sekali sahaja lagi untuk peminjam melunaskan hutang melalui kaedah pemotong gaji atau auto-debit dari akaun bank mereka,” katanya.

Selain itu, katanya tindakan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) mengenakan mengenakan kos pengurusan yang tinggi menyebabkan pinjaman yang dibayar mengambil tempoh lebih lama dan lebih mahal.

Berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI), jumlah kes kebankrapan bagi tempoh 2018 hingga Disember lalu adalah 49,133 manakala kes terkumpul sehingga tempoh sama adalah 269,654 kes.

Pada tahun 2023 Seramai 10,302 individu membabitkan golongan muda berusia 25 hingga 35 tahun diisytiharkan bankrap bagi tempoh lima tahun akibat pelbagai faktor terutamanya pinjaman peribadi, sewa beli kenderaan dan pinjaman perniagaan.- MalaysiaGazette

Artikel oleh: Malaysia Gazette

MUDAHKAN PEMINJAM LUNAS HUTANG LAPUK - PPIM

https://malaysiagazette.com/2024/03/11/mudahkan-peminjam-lunas-hutang-lapuk-ppim/

BANK WAJAR BERI PELUANG KEDUA KEPADA PEMINJAM BERMASALAH - PPIM - SINAR HARIAN - 11/03/2024

 

SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak bank agar memberi peluang kedua kepada peminjam bermasalah dengan membuka ruang penstrukturan semula.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, peluang itu perlu diberikan kepada individu yang mempunyai hutang lapuk dan disenarai hitam di Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) serta CTOS.

Katanya, bagaimanapun ia perlu diberikan secara bersyarat iaitu peminjam yang mempunyai hutang lapuk namun masih mempunyai pekerjaan tetap dan mampu membuat bayaran.

"Langkah ini lebih berperikemanusiaan. Jika dibankrapkan, mereka (bank) tidak mendapat untung dan kerajaan juga kehilangan kumpulan yang masih berpotensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara.

"Kebanyakan aduan diterima PPIM ialah pihak bank enggan membenarkan peminjam menstrukturkan semula pinjaman lapuk dan memilih untuk mengambil tindakan undang-undang yang mana caj tetap dikenakan ke atas peminjam," ujarnya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambah Nadzim, lebih baik pihak bank mewujudkan skim yang mungkin memberi peluang sekali lagi untuk peminjam melunaskan hutang melalui kaedah memotong gaji atau auto debit dari akaun bank mereka.

"Sudah tahu mereka sukar membayar hutang lama, mengapa digalakkan mereka mengambil hutang baharu untuk melangsaikan yang lama," jelasnya

Tambah Nadzim, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) mengenakan kos pengurusan yang tinggi menyebabkan pinjaman dibayar mengambil tempoh lebih lama dan mahal.

Menurutnya, pada tahun 2023, seramai 10,302 individu terdiri daripada golongan muda berusia 25 hingga 35 tahun diisytiharkan bankrap bagi tempoh lima tahun akibat pelbagai faktor terutamanya pinjaman peribadi, sewa beli kenderaan dan pinjaman perniagaan.

"Berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) pula menunjukkan jumlah kes kebankrapan bagi tempoh 2018 hingga Disember lalu adalah 49,133 manakala kes terkumpul sehingga tempoh sama adalah 269,654 kes.

"Rekod jabatan itu juga menunjukkan faktor terbesar adalah pinjaman peribadi dengan jumlah kes 20,754 iaitu mewakili 42.24 peratus daripada keseluruhan faktor kebankrapan yang dilaporkan," katanya.

Menurut beliau, pinjaman sewa beli kenderaan menyumbang 7,072 kes iaitu 14.39 peratus diikuti oleh pinjaman perniagaan dengan rekod 6,936 kes mewakili 14.12 peratus keseluruhan.

Artikel oleh: Sinar Harian

BANK WAJAR BERI PELUANG KEDUA KEPADA PEMINJAM BERMASALAH

https://www.sinarharian.com.my/article/653890/berita/nasional/bank-wajar-beri-peluang-kedua-kepada-peminjam-bermasalah---ppim

PIHAK BANK WAJAR BERIKAN PELUANG KEDUA KEPADA PEMINJAM BERMASALAH - KENYATAAN MEDIA PPIM - 11/03/2024

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak bank seluruh negara mempertimbangkan untuk mewujudkan kaedah supaya peminjam yang mempunyai hutang lapuk dan disenarai hitam di CCRIS dan CTOS.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi mencadangkan peluang itu diberikan secara bersyarat kepada peminjam yang mempunyai hutang lapuk namun masih mempunyai pekerjaan tetap dan mampu membuat bayaran.

"Kebanyakkan aduan yang kami terima di PPIM ialah pihak bank enggan membenarkan peminjam menstrukturkan semula pinjaman lapuk dan memilih untuk mengambil tindakan undang-undang yang mana cas tetap dikenakan keatas peminjam," katanya.

Nadzim berkata langkah lebih berperikemanusiaan ialah untuk membuka ruang pengstrukturan semula pinjaman lapuk tanpa memerlukan peminjam membuat pinjaman baharu.

"Sudah tahu mereka sukar membayar hutang lama, mengapa digalakkan mereka mengambil hutang baharu untuk melangsaikan yang lama, bukankah lebih baik pihak bank mewujudkan skim mungkin beri peluang sekali sahaja lagi untuk peminjam melunaskan hutang melalui kaedah pemotong gaji atau auto-debit dari akaun bank mereka.

"Jika dibankrapkan mereka (bank) tidak mendapat untung dan negara juga kehilangan kumpulan yang masih berpotensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara," katanya.

Nadzim berkata Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) mengenakan kos pengurusan yang tinggi menyebabkan pinjaman yang dibayar mengambil tempoh lebih lama dan lebih mahal.

Untuk rekod, pada tahun 2023 Seramai 10,302 individu membabitkan golongan muda berusia 25 hingga 35 tahun diisytiharkan bankrap bagi tempoh lima tahun akibat pelbagai faktor terutamanya pinjaman peribadi, sewa beli kenderaan dan pinjaman perniagaan.

Berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) menunjukkan jumlah kes kebankrapan bagi tempoh 2018 hingga Disember lalu adalah 49,133 manakala kes terkumpul sehingga tempoh sama adalah 269,654 kes.

Rekod jabatan itu juga menunjukkan faktor terbesar adalah pinjaman peribadi dengan jumlah kes 20,754 iaitu mewakili 42.24 peratus daripada keseluruhan faktor kebankrapan yang dilaporkan.

Selain itu, pinjaman sewa beli kenderaan menyumbang 7,072 kes iaitu 14.39 peratus diikuti oleh pinjaman perniagaan dengan rekod 6,936 kes mewakili 14.12 peratus keseluruhan.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL