Wednesday, August 30, 2023

JANGAN CAMPUR URUSAN AGAMA KAMI - PPIM - 1MEDIA.MY - 25/08/2023

 

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengingatkan kumpulan bukan Islam agar jangan campur urusan umat Islam di negara ini.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata tindakan Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois (MCCBCHST) yang membantah sebarang tindakan untuk memperkenalkan subjek berkaitan hadis di semua sekolah di seluruh negara adalah biadap dan mencabar umat Islam seluruh dunia.

"Apa kaitan pendidikan hadis untuk pelajar beragam Islam dengan kamu, bukanlah kerajaan memaksa pelajar bukan Islam menduduki pengajian itu," katanya.

Nadzim menegaskan jika masih ada pihak yang mencampuri urusan umat Islam dan terus menghina umat Islam, PPIM tidak akan berdiam diri.

"Kami mahu hidup dengan harmoni, semua ada agama masing-masing, ada hak masing-masing, janhan campur urusan agama kami!" tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini MCCBCHST dalam satu kenyataan berkata mereka "sangat bimbang" dengan pelancaran modul "40 Hadis Imam Al-Nawawi". 

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata modul itu adalah untuk memupuk nilai-nilai yang terkandung dalam hadis tersebut. 

“Saya tidak mempunyai masalah dengan nilai-nilai hadis yang dibawa ke sekolah dan pada masa yang sama, kami mempunyai komitmen yang besar untuk melihat anak-anak Islam kami benar-benar menghayati 40 hadis tersebut,” katanya. 

Nadzim mengecam tindakan MCCBCHST yang turut memberi amaran kepada Kementerian Pendidikan sebarang penguatkuasaan modul unilateral itu akan mengundang tindakan mahkamah. 

"Mereka fikir mereka siapa mahu memberi amaran kepada Kementerian Pendidikan,  saya yang memberi amaran kepada, jutaan umat Islam negara ini menyokong langkah Kementerian Pendidikan memperkenal pengajian 40 hadis dan sesiapa yang menetang mari bersemuka dengan kami," katanya.

Sebelum ini MCCBCHST pernah menentang langkah Kementerian Pendidikan untuk memperkenalkan modul khat, satu bentuk kaligrafi Arab, di semua sekolah di seluruh negara.

Menurut kumpulan itu, modul khat akan bercanggah dengan Perkara 12(3) Perlembagaan Persekutuan, mengatakan ia sama seperti memaksa orang ramai untuk mengambil bahagian dalam ibadat agama selain daripada agamanya.

Artikel oleh: 1Media.my

JANGAN CAMPUR URUSAN AGAMA KAMI - PPIM

https://www.1media.my/2023/08/jangan-campur-urusan-agama-kami-ppim.html

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL