KUALA LUMPUR – Skuad Muda Satu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan dan Kelab motosikal berkuasa tinggi, Anita Bikers Club menganjurkan siri jelajah kembara ke seluruh negara termasuk ASEAN.
Presiden Anita Bikers Club, Anita Yusop berkata, penganjuran aktiviti tersebut bermatlamat untuk mewujudkan kesedaran serta membina etika pemanduan yang berhemah di atas jalan raya.
Selain itu katanya, ia sebagai menjalankan tanggungjawab sosial bersama dalam kempen kembara kemanusiaan tanpa mengira sempadan dan bangsa.
“Pada Ogos ini Jelajah Kembara kemanusiaan sempena bulan kemerdekaan akan menjelajahi ke seluruh semenanjung dan Borneo.
“Di samping itu kembara ini akan ke destinasi pelancongan dalam luar negara seperti negara Brunei,” katanya ketika ditemui pada majlis penutup Anita Merdeka Ride Kembara Kemanusiaan Dan Yayasan Patriot Negara di sini.
Disamping itu kata beliau, kembara tersebut akan merentasi beberapa destinasi pelancongan dalam dan luar negara seperti Brunei. – MalaysiaGazette
No comments:
Post a Comment