Saturday, December 10, 2016

3246) “PENGGUNA PERLU HATI – HATI” – UTUSAN MALAYSIA – 10/12/2016

(new) utusan malaysia_10.12.2016
Ditipu ejen merupakan masalah biasa sering berlaku ke atas pengguna yang kurang peka dan berwaspada terhadap insurans ditawarkan.
Justeru, Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan, mengingatkan pengguna perlu mendapatkan pelbagai maklumat dan rujukan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan membeli insurans.
“Cari insurans mempunyai reputasi yang baik dan buat rujakan mengenai insurans yang hendak diambil.Apa polisi dan perkhidmatan yang ditawarkan sekiranya berlaku sesuatu musibah.”
“Begitu juga daripada segi melakukan pembayaran setiap bulan.Perlu berhati-hati kerana memang ada kes ejen yang mengutip insurans setiap bulan tetapi tidak diserahkan kepada syarikat insurans.Masalah itu memang biasa terjadi dan diadukan kepada kami.Dalam sebulan kira-kira 10 kes penipuan yang kami terima melibatkan ejen insurans.”
“Ada pengguna yang bayar setiap bulan tetapi tidak pernah jelas.Namun tahu-tahu sahaja,ejen itu sudah hilangkan diri.Justeru,pengguna perlu pastikan setiap kali membuat pembayaran ada resit sebagai bukti,”katanya
Dalam pada itu,Nadzim mengingatkan setiap ejen supaya sentiasa mengamalkan budaya etika dan integriti dalam melaksanakan tanggungjawab bagi menjamin kepercayaan pengguna terhadap insurans.
“Industri perlu diperbetulkan agar pelaksanaan insurans ini dapat dilakukan dengan berkesan dan selari polisi yang ditawarkan.Setiap penggiat perlu letakkan integriti sebagai satu budaya dalam amalan dan pekerjaan yang dilakukan.”
“Kita tidak menafikan insurans amat penting kepada masyarakat,apatah lagi ia memberi banyak kebaikan dan jaminan pelindungan pada masa hadapan.Namun,disebabkan terdapat kelemahan daripada segi pemantauan aktiviti insurans,maka wujud penyelewengan dalam kalangan ejen.”
“Justeru,semua pihak sama ada pengguna,penggiat insurans dan pihak berkuasa perlu memainkan peranan masing-masing bagai memastikan industri ini beroperasi pada jalan yang sepatutnya.”katanya.




Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL