PETALING JAYA: Apabila Lee Hui Sen menghadiri sesi lelongan rumah yang ditarik oleh bank, beliau menyukai sebuah rumah teres dua tingkat dan membida sebanyak RM445,000 untuk rumah tersebut.
Beliau kemudiannya membayar deposit sebanyak 10% kepada mahkamah tinggi untuk rumah tersebut.
Hui Sen kemudiannya pergi memeriksa keadaan rumah berkenaan.
Sebaik sahaja beliau melihat keluarga pemilik rumah itu masih tinggal di kediaman tersebut, beliau tidak sampai hati untuk mengambilnya daripada mereka.
Lelaki berhati mulia itu kemudiannya memutuskan untuk melepaskan wang deposit itu dan menyerahkan semula rumah tersebut kepada pemilik asalnya.
Peguam Lee sudah menghantar notis pengosongan dan surat meminta pemilik asalnya yang hanya dikenali sebagai S, 47, dan isterinya Nor, 42, untuk keluar dari rumah tersebut.
S diisytiharkan muflis pada 2014 selepas gagal membayar pinjaman gadai janji.
Dalam sepucuk surat tulisan tangan kepada S, Lee memaklumkan beliau tidak akan meneruskan pembelian rumah itu walaupun sudah membayar deposit sebanyak 10%
“Saya Lee Hui Sen, pembeli rumah lelong yang sedang anda duduk sekarang. Saya minta maaf sebab sudah beli rumah ini dan mungkin anda dan keluarga risau dan bimbang.
“Hari itu, keluarga saya ada pergi ke rumah anda dan kami ada nampak baju-baju budak di luar rumah. Keluarga saya tidak sampai hati nak halau anda.
“Keluarga saya sudah buat keputusan, untuk tidak beli rumah encik lagi. Walaupun kita sudah payah (bayar) ‘high court’ 10% (RM44,500).
“Kita akan kehilangan wang itu, tapi itu wang akan pergi ke akaun bank rumah encik. Harap itu adalah pertolongan kecil untuk anda,” katanya menerusi surat dua muka surat.
Beliau turut menasihati S supaya pergi ke bank untuk menyusun semula pinjamannya bagi mengelakkan rumah tersebut dilelong semula.
Nor berkata dia tidak mempercayai surat yang diletakkan di dalam peti surat rumahnya pada 21 Julai lalu.
Dia menunjukkan surat tersebut kepada Ketua Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan untuk mengenal pasti ketulenan surat tersebut dengan peguam bank.
“Ia sukar dipercayai dan satu keajaiban hadir memberi peluang kepada kami untuk membina semula kehidupan sekeluarga,” katanya.
Nor berkata S telah membuat bayaran balik pinjaman selama hampir 20 tahun tetapi tidak tepat waktunya.
Pihak bank didakwa mengisytiharkan S sebagai muflis pada Jun 2014 tanpa pengetahuannya dan pada masa sama menawarkan penyusunan semula bayaran sebanyak RM350,000 bagi tempoh 25 tahun.
S dan Nor merupakan bekas pegawai bank sebelum mereka meletak jawatan masing-masing pada 2010 dan 2011 bagi memberi tumpuan kepada perniagaan mereka dalam sektor perkhidmatan.
Namun mereka berdepan masalah kewangan selepas perniagaan mereka jatuh.
“Saya benar-benar rasa tertipu kerana mereka tidak pernah memberitahu kami mengenai kebankrapan dan masih menawarkan kami penyusunan semula pembayaran.
“Pada 2014, kami menerima notis lelongan pertama. Selepas mesyuarat dengan pegawai bank, kami diberitahu untuk membayar RM40,000 sebelum tarikh lelongan. Kami membayar jumlah tersebut dan berbincang dengan bank mengenai proses penyusunan semula bayaran.
“Dari situ, perkara itu berlanjutan sehingga lelongan keempat,” kata Nor.
Nadzim yang menemani pasangan tersebut untuk membantu mereka berkata beliau cuba mengatur mesyuarat dengan pihak bank sejak tiga bulan lalu tetapi tidak berjaya.
http://ift.tt/2hqht2a
Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2016
(883)
-
▼
December
(82)
- 3313) " IMBASAN 2016 " - DATUK NADZIM JOHAN DI LAN...
- 3312) MEMBANTERAS KETERER PAKEJ PERKAHWINAN DAN JI...
- 3311) TELITI SEMULA SILIBUS IPTS – HARIAN METRO – ...
- 3310) KELENTONG SAMPAI RM 1 JUTA – HARIAN METRO – ...
- 3309) 20 BAKAL PENGANTIN RUGI RM1 JUTA – UTUSAN MA...
- 3308) SIKAP CUAI DOKTOR BERI TANGGAPAN BURUK KEPAD...
- 3307) PENIPUAN PAKEJ KATERING BABITKAN KERUGIAN RM...
- 3306) PUNCA JUDI GAGAL DIBANTERAS – UTUSAN MALAYSI...
- 3305) TEMURAMAH BERSAMA EN MUHAMMAD YUSUF AZMI DI ...
- 3304) SIDANG MEDIA : WEDDING PLANNER LARI KENDURI ...
- 3303) SIDANG MEDIA : PEMBEKAL IPHONE TIPU AGEN - ...
- 3302) TUNTUT BELA KEMATIAN IBU – KOSMO – 28/12/2016
- 3301) MAHATHIR CEMBURU KEJAYAAN NAJIB – UTUSAN MAL...
- 3300) PIHAK BERWAJIB PERLU SIASAT SIAPA ORANG KETI...
- 3299) PPIM: BETTER TO STEAL THAN TO TURN TO AH LON...
- 3298) HENTIKAN JUALAN MURAH PRODUK TAK BERKUALITI ...
- 3297) PUNCA JUDI GAGAL DIBANTERAS - UTUSAN MALAYSI...
- 3296) SANTAI KATER " MEMBINA KERJAYA BERSAMA KATER...
- 3295) MESYUARAT BERSAMA PENASIHAT PPIM, DATUK ALI ...
- 3294) ” MANY PLAYERS NOT READY TO BE GIVEN TRUST R...
- 3293) DENGARKAN HARI INI DUNIA PENGGUNA " MOTIVASI...
- 3292) MAJLIS PERASMIAN 'MYFOODLOFT' FIESTA & MAJLI...
- 3291) 1500 PREMIS JUDI DI SELANGOR,KL – UTUSAN MAL...
- 3290) ” HARGA BARANG SEKOLAH DIPANTAU ” – KOSMO – ...
- 3289) ” MANIS BERACUN ” – HARIAN METRO – 24/12/2016
- 3288) PPIM TUBUH TABUNG KHAS BANTU PEMILIK RUMAH L...
- 3287) PPIM TUBUH TABUNG KHAS BANTU KELUARGA PEMILI...
- 3286) MALAYSIANS SEARCHING FOR MYSTERY MAN WHO GAV...
- 3285) A TRUE HEART OF A MALAYSIAN - FMT NEWS - 21/...
- 3284) " SEDIH LIHAT NASIB PEMILIKNYA, PEMBELI RUMA...
- 3283) [RUMAH AUCTION] KUASA PEMANASAN “TIDAK TAHAN...
- 3282) PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA : AIR DAN ...
- 3281) FAMILY STILL FEARS LOSING HOME – THE SUN – 2...
- 3280) PPIM WANTS TO THANK GOOD SAMARITAN – NEW STR...
- 3279) TAK JADI BELI RUMAH WALAUPUN SUDAH BAYAR RM4...
- 3278) BATAL NIAT MILIKI RUMAH LEPAS BAYAR RM44,500...
- 3277) BATAL NIAT MILIKI RUMAH LEPAS BAYAR RM44,500...
- 3276) DIBAYAR RM 44,500 BAYARAN PENDAHULUAN UNTUK ...
- 3275) KERAJAAN PERLU KAJI CAJ MELAMPAU SYABAS – PP...
- 3274) DESPITE GOOD SAMARITAN’S SELFLESS ACT, NIGHT...
- 3273) PEMENANG LELONGAN SERAH RUMAH KEPADA PEMILIK...
- 3272) SANGGUP KORBANKAN RM44,500 UNTUK BANTU SEBUA...
- 3271) ” STRANGER GIVES UP DOWN PAYMENT FOR HOME ON...
- 3270) ‘ HARAP ITU PENOLONG KECIL UNTUK ENCIK ‘ – M...
- 3269) " WUJUDKAN JAWATANKUASA PENYELARAS NILAI SEM...
- 3268) " ISU CAJ TIDAK MUNASABAH SYABAS " - ASTRO A...
- 3267) ” ACT OF KINDNESS SAVES A FAMILY” – NEW STRA...
- 3266) ” AUCTION WINNER GIVES UP HOUSE ” – THE STAR...
- 3265) ” TUBUH BADAN KHAS PANTAU CAJ TAMBAHAN MELAM...
- 3264) SIDANG MEDIA : “BANK OH BANK : HUTANG HABIS ...
- 3263) SIDANG MEDIA : “KAJI SEMULA CAJ-CAJ MELAMPAU...
- 3262) ” ANDA TANYA PPIM JAWAB ” – METRO AHAD – 18/...
- 3261) “JANGAN ANIAYA PENGGUNA” – UTUSAN MALAYSIA –...
- 3260) "SEBARKAN PENGUSAHA KATERING BERMASALAH" - U...
- 3259) SIDANG MEDIA SOLIDARITI ALEPPO, HOTEL PUTRA,...
- 3258) PROGRAM KIBLAT OLEH AHLI JAWATANKUASA PERSAT...
- 3257) OPS BAH SIRI 31: UNIT BANTERAS CETI HARAM PP...
- 3256) "SYABAS PERLU BERTANGGUNGJAWAB" - KOSMO - 16...
- 3255) KETEPIKAN EGO,KUKUHKAN PERUNDANGAN ISLAM-TPM...
- 3254) "KETEPIKAN EGO POLITIK DEMI ISLAM" - SINAR H...
- 3253) KETEPI EGO DEMI TITIK PERPADUAN - HARIAN MET...
- 3252) ORANG ISLAM ADA HAK TENTU ACUAN AGAMA SENDIR...
- 3251) "SANGKAR CINTA RM20 SEJAM" - HARIAN METRO - ...
- 3250) "PASTIKAN PRODUK IKUT SPESIFIKASI" - BERITA ...
- 3249) KETUA AKTIVIS PPIM MENGHADIRI MULTAQA PERUND...
- 3248) KETUA AKTIVIS PPIM SEBAGAI TETAMU DI MALAYSI...
- 3247) MAJLIS SILATURAHIM SAUDARA ISLAM BANGLADESH ...
- 3246) “PENGGUNA PERLU HATI – HATI” – UTUSAN MALAYS...
- 3245) 9 PANDUAN BELI INSURANS HAYAT
- 3244) 7 TIPS CARA PENJIMATAN AIR
- 3243) PROGRAM KEBAJIKAN " BACK TO SCHOOL "BERTEMPA...
- 3242) HIMPUNAN SOLIDARITI UMMAH UNTUK ROHINGNYA DI...
- 3241) DAPAT ARAH KIBLAT TEPAT,BUKAN BENDA MAIN-MAIN
- 3240) TAKLIMAT KIBLAT OLEH AHLI JAWATANKUASA PERSA...
- 3239) Ops Bah Siri Ke-30: Banteras Maksiat, Elak D...
- 3238) SALAH GUNA LESEN – HARIAN METRO – 2/12/2016
- 3237) BARU 11 TAHUN DAH KETAGIH – HARIAN METRO – 2...
- 3236) NOMBOR PLAT ISTIMEWA PATRIOT DILELONG DI PER...
- 3235) PENYERAHAN MEMORANDUM : “ RESOLUSI ISU KEKEJ...
- 3234) OPS BAH KALI KE- 30 DI GOLDEN BREAK SNOOKER,...
- 3233) CERAMAH KEPENGGUNAAN ‘TRANSFORMASI PENGGUNA ...
- 3232) MESTI ADA “TUKANG PESAN” – HARIAN METRO – 1/...
-
▼
December
(82)
No comments:
Post a Comment