Wednesday, December 28, 2016

3300) PIHAK BERWAJIB PERLU SIASAT SIAPA ORANG KETIGA – UTUSAN MALAYSIA – 28/12/2016

utusan malaysia 28.12.2016
KUALA LUMPUR 27 Dis. – Kerajaan digesa membuka kertas siasatan secara terperinci mengenai orang ketiga yang menjadi halangan pihak berkuasa untuk membanteras premis judi tidak berlesen di Selangor dan juga ibu kota.
Ketua Aktivis Persa­tuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Da­tuk Nadzim Johan berkata, siasatan se­cara menyeluruh perlu dilakukan segera bagi mengenalpasti pihak yang menjadi orang ketiga atau pelindung kepada sindiket premis judi tersebut.
Katanya, kewujudan premis judi secara jelas ini membuktikan mereka mampu beroperasi se­perti biasa tanpa perlu bim­bang terhadap tindakan pe­nguatkuasaan oleh pihak ber­wajib.
“Sebagaimana kita sedia maklum, premis judi ini hanya beroperasi secara tetap di sesebuah kawasan maka adalah tidak logik sekiranya sehingga hari ini pihak berkuasa gagal mengesan dan mengambil tindakan terhadap premis judi yang tidak berdaftar ini.
“Satu lagi faktor yang perlu diambil kira iaitu peranan orang ketiga dan bagaimana mereka berjaya ‘menutup’ ma­ta pihak berkuasa se­hingga seolah-olah ke­wujudan mereka tidak diketahui,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tegas Nadzim, pihaknya mengesyaki bahawa kegagalan membanteras premis judi di lokasi-lokasi tersebut adalah berpunca kerana wujudnya halangan daripada pihak ketiga.
Menurut beliau, kegagalan melakukan tindakan habis-ha­bisan akan hanya memusnahkan masya­rakat dan negara.
“Judi meru­pakan salah satu musuh negara yang perlu dibanteras secepat mungkin bagi mengelakkan lebih ramai masyarakat yang terjebak dengan gejala judi.
“Jika premis ini dibiarkan beroperasi tanpa ada pemantau yang tegas, tidak mustahil bilangan premis judi yang tidak berdaftar akan terus meningkat saban hari.
“Ini secara tidak langsung akan menyumbang kepada peningkat­an masalah sosial dalam kala­ngan rakyat Malaysia,” jelasnya.




Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL