Monday, January 11, 2016

2472) UTUSAN MALAYSIA - 11/1/16 - JANGAN TUNGGU RAKYAT MARAH BARU SELESAI ADUAN


KUALA LUMPUR 10 Jan. – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengingatkan semua kementerian dan agensi bertanggungjawab agar peka serta bertindak segera menyelesaikan aduan rakyat sebelum dilaporkan di dalam surat khabar dan menimbulkan kemarahan orang ramai.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, kelemahan untuk bertindak dengan pantas akan menyebabkan rakyat menanggung bebannya sama ada dalam soal kos atau pun kelemahan perkhidmatan yang diberikan kerajaan.

Menurut beliau, kegagalan Kementerian Kesihatan mengesan dan memperbaiki kerosakan sistem pendingin hawa di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang dengan lebih awal adalah contoh yang perlu dijadikan iktibar agar tidak berulang pada masa akan datang.

“Kerajaan bekerja untuk rakyat sebagai satu pasukan, justeru jika ada ahli pasukan yang tidak menjalankan tugas dengan baik, maka satu pasukan akan dihentam terutama sekali ketuanya.

“Itulah yang berlaku di hospital berkenaan apabila rakyat sudah menderita rasa panas, maka walaupun masalah itu berjaya diselesaikan, namun kemarahan tetap ada kerana mereka sentiasa menjangka perkhidmatan yang terbaik daripada kerajaan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nadzim mengulas tindakan Kementerian Kesihatan mengambil langkah sementara menyelesaikan masalah pendingin hawa di hospital berkenaan yang rosak dan perancangan untuk mengupah kontraktor bagi memperbaiki keseluruhan sistem berkenaan.

Masalah tersebut bagaimanapun hanya diselesaikan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengeluarkan arahan kepada pihak bertanggungjawab memandangkan kerosakan itu telah dilaporkan oleh media.





No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL