Monday, June 15, 2015

2680) SINAR HARIAN - 15/06/15 - Premis Hiburan Kena Serbu

KUALA LUMPUR - Sejumlah 531 botol arak dirampas jabatan kastam hasil serbuan ke atas sebuah premis hiburan di Jalan Sultan Ismail di sini menerusi Operasi Banteras Aktiviti Haram (Ops Bah) siri 13 berakhir awal pagi semalam.

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md Ikshan berkata, hasil pemeriksaan mendapati ia dijual tanpa lesen sah.

Menurutnya, selain itu, enam pengunjung didapati positif dadah jenis ganja dan methamphetamine hasil saringan dijalankan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) terhadap 80 pengunjung di situ.

“Notis perintah hadir telah dikeluarkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kepada 95 orang di bawah kesalahan Penyubahatan Seksyen 43 (Akta 559) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

“Sebanyak lapan unit peralatan muzik (audio visual dan PA sistem) telah dirampas oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dibawah Seksyen 46(1), Akta Hiburan (WPKL), 1992 dan Kertas Siasatan (P) Hiburan,” katanya.

Terdahulu, beliau, mengetuai Ops Bah yang dilaksanakan secara bersepadu termasuk penyertaan beberapa badan NGO, dengan jumlah kekuatan 265 orang.

Operasi bermula jam 11.30 malam dan berakhir jam 3.30 pagi itu turut disertai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sosio Ekonomi) DBKL, Datuk Normah Malik.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Alumni Fakulti Sukan dan Rekreasi UITM, Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputra WPKL, Majlis Belia WP, Pertubuhan Epanco dan Angkatan Harapan Bersatu (AHB), Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia & Unirazak yang bertindak sebagai pemerhati.


No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL