Saturday, June 27, 2015

2724) Perkongsian Ilmu: Numerologi Berdasarkan Kepercayaan Kaum Cina

Memang tidak dinafikan bahawa nombor melambangkan personaliti. Semua orang mahu dikenali dengan nombor yang dimiliki. Jika dilihat, kaum cina sangat mempercayai akan numerologi sebegini.

Admin amat tertarik dengan kisah yang admin pernah lalui sebelum ini, iaitu sewaktu admin membeli kereta pada 3 tahun lepas.

Dalam sibuk -sibuk berminat nak booking nombor pendaftaran kenderaan, ada seorang rakan Cina tegur admin.

“Lu mau booking nombor plat ka?”.

Admin angguk je.

“Lu jangan ambil nombor 4 atau nombor 7. Cina manyak tak suka itu nombor”.

“Ya ke!?” balas admin.

“Apa pasal Cina tak suka nombor 4 atau 7? Cuba cerita sikit” tanya admin pula.

Lepas panjang lebar rakan Cina admin cerita, barulah admin faham sikit-sikit pasal angka atau nombor mengikut kepercayaan Cina. Masyarakat Cina percaya dengan memiliki nombor pendaftaran tertentu yang popular, sesuatu tuah boleh diperoleh. Malah disebabkan nak sangat tumpang tuah nombor tu, mereka sanggup membelanja ratusan ribu ringgit.

Setiap nombor ada maksud tertentu dan orang Cina sangat percaya kepada kuasa nombor. Kuasa dan pengaruh nombor ada penceritaan mengenainya. Jom korang ketahui tafsiran nombor-nombor mengikut kehidupan masyarakat Cina.


Makna Nombor Dalam Numerologi Cina

Nombor 1


Nombor 1 memberi maksud kuasa dan kekayaan kepada pemiliknya menjadikan nombor ni antara yang menjadi rebutan dalam setiap kali tender nombor pendaftaran dibuka.

Tafsiran nombor 1 ialah satu, saya, diri sendiri.

Nombor 2


Angka atau nombor 2 pula membawa maksud kebahagian dan kasih sayang. Maklumlah angka 2 lebih kepada berpasang-pasangan. Contoh macam “double happiness”, “double prosperity”, jualan berganda dan sebagainya.

Tafsiran nombor 2 ialah mudah, senang.

Nombor 3


Kalau korang perasan, bukan saja masyarakat Cina mengamalkan kepercayaan kepada nombor sebegini malah bangsa lain juga turut mengetahui pengaruh nombor dalam kehidupan.

Nombor 3 membawa maksud mengangkat sesuatu kedudukan seseorang ke satu tahap yang lebih tinggi.

Tafsiran nombor 3 ialah mendapatkan, hidup.

Nombor 4


Kebanyakan orang Cina menyifatkan nombor 4 sebagai lambang kematian dan kurang digemari. Jadi sekarang mesti korang faham kenapa mereka tidak gemar kepada nombor 4.

Tafsiran nombor 4 ialah mati, miskin, susah.

Nombor 5


Sememangnya nombor 5 membawa maksud keterujaan dan kejayaan segera tetapi ia mungkin tidak bertahan lama. Namun tidak ramai yang ambil kisah semua tu, janji yang penting cepat kaya.

Tafsiran nombor 5 ialah tidak akan, tidak pernah.

Nombor 6


Sebenarnya nombor 6 adalah angka yang kurang baik kerana ianya membawa kesusahan. Meskipun begitu ini semua tidak selamanya kerana dipercayai akan meraih kekayaan selepas sesuatu tempoh.

Tafsiran nombor 6 ialah akan, menuju.

Nombor 7


Nombor 7 pula membawa maksud kestabilan dalam kehidupan. Sungguhpun makna angka 7 nampak positif, ianya juga boleh membawa erti pergi atau keluar. Sudah tentu ini tidak bagus untuk rumah atau kedai sebab macam menghalau keluar atau pergi dari situ.

Tafsiran nombor 7 ialah pasti, tepat.

Nombor 8


Bagi orang Cina, nombor 8 paling popular kerana ia membawa pengaruh yang sangat tinggi di samping kejayaan dalam kehidupan.

Tafsiran nombor 8 ialah kaya, makmur.

Nombor 9


Nombor 9 mempunyai maksud yang sama dengan nombor 1 iaitu kuasa dan kekayaan kepada pemiliknya. Selalunya jika tak dapat nombor 1, pilihan yang lain adalah nombor 9. Cuma pengaruhnya kurang jika dibanding dengan angka 1.

Tafsiran nombor 9 ialah lama, panjang, kuasa.

Nombor 0


Pada kebiasaannya nombor 0 atau kosong akan digabungkan dengan mana-mana nombor lain untuk memperkukuhkan maksud atau tuah sedia ada.

Tafsiran nombor 0 ialah tiada.


Gabungan Nombor Yang Membawa ONG

Contoh-contoh kombinasi nombor dan maksudnya mengikut kepercayaan orang Cina.

(A) 168 – Saya akan kaya

(B) 998 – Lama-lama kaya

(C) 3889 – Dapat kaya, kaya selamanya

Dalam pada tu, aku dapat makna nombor pendaftaran kenderaan dalam bahasa Cina yang sikit berbeza daripada ejen kereta. Berikut senarainya:

nombor 1 – satu / dijangka
nombor 2 – lapar
nombor 3 – hidup
nombor 4 – mati
nombor 5 – tidak
nombor 6 – guling
nombor 7 – terus / lurus
nombor 8 – kaya
nombor 9 – lama
nombor 0 – tiada


Admin: Kalau ikut tafsiran nombor di atas, 6674 membawa maksud guling-guling terus mati. Hehe

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...