Assalamualaikum dan selamat pagi. Bersama saya AZRUL NAIMI dan rakan setugas KAMARUL KAMARUDDIN melaporkan langsung pelancaran Bulan Kemarahan Ummah Fight For Gaza oleh Aman Palestin di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Program Pelancaran
Kempen Bulan Kemarahan Ummah
"Fight For Gaza"
Tarikh: 10 Ogos 2014 (Ahad)
Masa : 10 pagi - 12 tengah hari
Tempat : Astaka Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur
Aturcara:
- Ucapan Tan Sri Zaman Khan
- Ucapan Ust Abdullah Zaik
- Gimik Al Qassam
- Pelancaran kempen
- Rally kereta
Jemput tandatangan petisyen online sempena Kempen Bulan Kemarahan Ummah utk Gaza anjuran Aman Palestin.
Ketua Eksekutif Aman Palestin Berhad, Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, kempen "Bulan Kemarahan Ummah" yang dilancarkan hari ini bertujuan untuk menunjukkan solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin, dan bukannya bersifat keganasan.
"Kita tidak mahu perbuatan salah laku sebegitu mencemar tujuan kempen ini diadakan. Kami akan mengambil tindakan (undang-undang) jikalau ada pihak yang menggunakan logo kami dan bertindak sedemikian," kata Abdullah sewaktu majlis pelancaran kempen tersebut di sini.
Kempen yang mengambil nama "Bulan Kemarahan Ummah" ini akan berlangsung selama sebulan dan dianjurkan oleh beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam antaranya Aman Palestin Berhad, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik), dan beberapa lagi pertubuhan lain.
Kempen ini bertujuan untuk memperlihatkan solidariti rakyat Malaysia terhadap tuntutan rakyat Palestin, khususnya di Gaza yang mahukan hak untuk hidup sebagai rakyat yang merdeka di negara mereka sendiri.
"Kita mahu rakyat dunia tahu bahawa rakyat Malaysia menyokong perjuangan rakyat Palestin dengan sepenuh hati," kata Abdullah.
Antara aktiviti yang telah disusun sepanjang sebulan kempen ini diadakan ialah kempen boikot aman produk yang dikaitkan dengan Israel, Rally Merdeka Palestin, "busking" Palestin, petisyen "Millions Souls Fight for Gaza" dan lain-lain lagi.
Kemuncak kempen ini pada bulan hadapan ialah dengan penganjuran satu lagi perhimpunan besar-besaran yang akan dinamakan "Perhimpunan Kemenangan" sebagai simbolik penutupan kempen ini.
SUMBER -UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment