Wednesday, September 16, 2015

2842) #PPIM: PEMBINAAN KR1M & KLINIK 1MALAYSIA PERLU DIPERHEBAT UNTUK TANGANI KOS SARA HIDUP


Inisiatif kerajaan menambah bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan Klinik 1Malaysia merupakan langkah sesuai dalam menangani kos sara hidup yang tinggi.

Langkah menambah bilangan KR1M, yang menjual barangan keperluan pada harga murah, dan Klinik 1Malaysia, yang menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada golongan berpendapatan rendah membolehkan semakin ramai rakyat berpeluang mendapat barangan dan perkhidmatan pada harga yang murah tetapi berkualiti.

Bagi Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan, langkah baik kerajaan itu dapat mengembalikan keyakinan rakyat bahawa masih terhadap barangan keperluan dan perkhidmatan perubatan yang boleh didapati pada harga murah.

Nadzim berkata bagi KR1M, kedai seperti itu perlu dibina di kawasan tumpuan orang ramai atau mudah diakses misalnya di stesen-stesen perhentian pengangkutan awam sekali gus dapat menarik pengguna membeli barangan di KR1M.

"Saya juga cadangkan agar setiap pembelian barangan (selain rokok) di KR1M diberi kupon atau baucar bagi menggalakkan pembeli berbelanja di KR1M, selain mewujudkan satu pusat cadangan di setiap cawangan dalam menambah baik perkhidmatannya dari masa ke masa," katanya ketika dihubungi Bernama, Selasa.

Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Datuk Marimuthu Nadason berkata usaha murni kerajaan itu wajar disokong dalam membantu mengurangkan beban rakyat.

"Kami alu-alukan usaha itu dan berharap agar penambahan KR1M bukan sahaja dibangunkan di kawasan bandar, malah juga kawasan luar bandar supaya kemudahan ini dapat dinikmati segenap golongan masyarakat," katanya.

Bagi pelajar jurusan perundangan universiti tempatan, Nur Masyitah Che Roslan, 23, KR1M perlu lebih banyak diwujudkan di kawasan bandar yang mempunyai ramai golongan berpendapatan rendah.

"Disebabkan ramai warga kota yang dikategorikan sebagai 'miskin bandar' pada masa kini, penambahan KR1M adalah sangat digalakkan," katanya.

Sementara itu, pegawai perubatan hospital kerajaan di ibu negara, Dr Azeanty Ahmad berkata usaha kerajaan menambah bilangan Klinik 1Malaysia amat bertepatan kerana ia membantu meringankan beban rakyat disebabkan ia melibatkan kos pembiayaan yang murah.

Beliau berharap agar klinik ini banyak dibangunkan di kawasan bandar yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi sekali gus memudahkan mereka untuk dapatkan rawatan dengan cepat.

"Dengan penambahan Klinik 1Malaysia ini, kerajaan diharap dapat menyediakan kakitangan yang secukupnya supaya proses rawatan dan perkhidmatan di klinik ini mampu menampung keperluan perubatan rakyat," katanya.

Kakitangan awam Nor Naimah Said pula berkata langkah yang diambil oleh kerajaan ini sangat membantu penduduk setempat terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah.

"Dengan adanya Klinik 1Malaysia, kami tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi seperti yang dikenakan di klinik swasta dan tidak perlu mengambil masa yang lama untuk dapatkan rawatan seperti di klinik kesihatan daerah," katanya.

Pada Isnin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada masa ini, terdapat 169 buah KR1M di seluruh negara dan akan ditambah sebanyak 25 buah pada tahun ini dan 12 lagi tahun hadapan.

Bagi Klinik 1Malaysia pula setakat ini kerajaan telah menyediakan 326 buah Klinik 1Malaysia dan sedang menyiapkan 16 buah Klinik 1Malaysia pada 2015, manakala 33 buah lagi pada 2016. - BERNAMA

Tuesday, September 15, 2015

2841) UTUSAN - 15/9/2015 - OPS BAH 15: 73 WARGA ASING DITAHAN


Untuk baca LAPORAN PENUH OPS BAH SIRI 15 - Klik SINI


9 SEPTEMBER -

2840) [FOTO] : 150 HADIRIN MEMERIAHKAN TAYANGAN AMAL PATRIOT #BRAVO5




14 SEPTEMBER : Lebih 150 orang hadir memeriahkan program amal Tayangan Patriot Bravo Lima anjuran Yayasan Patriot Negara (YPNM) dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang diadakan di Quill City Mall, Kuala Lumpur malam tadi.

Program bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme serta mengukuhkan perpaduan kaum di kalangan masyarakat turut meraikan 40 orang anak-anak yatim dari Rumah Anak Kesayanganku, Bukit Beruntung, balu-balu serta bekas anggota tentera dari Rejimen Gerak Khas.

Selain disertai oleh barisan pelakon Bravo Lima seperti Sofi Jikan, Xavier Fong, Sashi Taran, Chee Kin Wah dan Fairel Desa bersama penerbit Nik Norashikin, tayangan amal semalam turut dimeriahkan dengan kehadiran angkasawan pertama negara, Datuk Dr. Sheikh Muzaffar.

Pengerusi YPNM, Brigadier Jeneral (B) Datuk Husainay, berkata sebagai bekas anggota tentera yang berkhidmat lebih 30 tahun dalam pasukan ATM, filem Bravo Lima adalah sesuatu yang bagus dan wajib ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia.

Brigadier Jeneral (B) Datuk Husainay, Pengerusi YPNM
"Selama ini kita dihidangkan dengan filem Bukit Kepong bagi mengenang dan menghargai jasa pejuang-pejuang negara. Kemunculan filem Bravo Lima sesuatu yang dinantikan oleh penonton.

Saya ingin mengambil kesempatan untuk menyeru semua pihak memberi sokongan kepada filem Bravo Lima kerana mesej yang dipaparkan sangat bagus bagi mengeratkan lagi semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum"

Selain meraikan golongan anak yatim, balu dan bekas anggota tentera, YPNM turut menyampaikan cenderahati berupa plat khas siri PATRIOT kepada barisan pelakon filem tersebut. Mewakili YPNM dan PPIM, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Tayangan Amal Patriot, Bravo Lima malam tadi. - Editor

Antara gambar menarik :








Angkasawan pertama negara, Datuk Dr. Sheikh Muzaffar bermesra dengan anak yatim





Monday, September 14, 2015

2839) PIHAK BERWAJIB PERLU SENSITIF, KENA ASINGKAN MAKANAN HALAL DAN TIDAK HALAL


Menjadi viral di laman Facebook sejak 9 September lalu beberapa keping gambar yang dimuatnaik oleh seorang wanita bernama Sharifah Norzainah Achopa di mana beliau melahirkan rasa terkejut dan kecewa dengan sebuah pusat membeli belah terkenal.

Gambar yang dimuatnaik oleh beliau dikatakan telah diambil di sebuah pusat membeli belah terkenal di Semenyih, selangor di mana ia menunjukkan makanan “Non-Halal” dan makanan halal disusun sekali satu rak.






Berdasarkan gambar bahagian atas rak diletakan makanan tidak halal iaitu daging khinzir dalam tin dan bawahnya pula adalah rendang ayam dalam tin.

Tindakan ini katanya amatlah tidak bertanggungjawab kerana tidak menjaga sensitiviti pelanggan dan umat Islam di negara ini.

Selain itu cara susun barang lain juga dipersoalkan apabila gambar menunjukkan botol air menaturalkan klorin yang digunakan tehadap air untuk membela ikan disusun di sebelah air minuman.


Bagaimana jika ada kanak-kanak yang masih tidak mahu membaca silap memilih air minuman dan meminum air klorin berkenaan.

Jika benar seperti apa yang disebarkan di laman sosial ini pihak bertanggungjawab haruslah menjawab masalah ini serta perlu mengambil perhatian serius mengenai hal mencampurkan susunan makanan “Non-Halal” dengan makannan halal.

Perkara ini melibatkan sensetiviti agama dan kita hidup di Malaysia dalam masyarakat majmuk berbilang bangsa dan agama, jadi perkara sebegini seharusnya tidak berlaku. - Sumber

2838) TAMPIL SEKSI: TASHA SHILLA DITEGUR OLEH USTAZ #PPIM

Baru-baru ini pelakon Tasha Shilla mencetuskan kontroversi dengan penampilan baju ‘tak cukup’ kain ketika menghadiri satu majlis perasmian sebuah majalah fesyen dari Perancis yang diadakan di Kuala Lumpur.

Fesyennya yang mendedahkan bahagian perut, paha dan belakang badannya itu menarik perhatian salah seorang pakar agama untuk menegur perbuatan Tasha Shilla itu.

Penasihat Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar berkata, selain perlu mengikut garis panduan pemakaian mengikut Islam.

Apatah lagi cara pemakaian sebegitu juga secara tidak langsung menyumbang dosa kepada mereka yang melihatnya.

“Dalam etika berpakaian dengan sepupu sepapat pun kita ada dress code yang perlu dipatuhi (dalam Islam), apatah lagi dia merupakan seorang public figure yang orang ramai boleh melihat imejnya.

“Kalau dia berpakaian sedemikian, dia saling berkongsi dosa, orang yang lihat dia pun jadi berdosa melihatnya. Jangan cari populariti yang jatuhkan imej dan maruah diri. Kemuliaan sesuatu jiwa itu bergantung kepada macam mana kita membawa diri.


Malah Tuan Asmawi mahu pihak-pihak agama mengambil perhatian serius terhadap fesyen artis agar tidak meniru fesyen artis-artis barat.

“Cadangan saya, pihak jabatan agama buat kerjasama dengan persatuan-persatuan yang memayungi anak-anak seni ini seperti FDAM dan Seniman, beri peringatan kepada selebriti supaya menjaga imej dan totally menolak artis yang macam itu (imej terlampau seksi). Ini kerana masyarakat kita gemar meniru, jadikan artis sebagai role model mereka.

“Kita jangan ikut Jennifer Lopez ke apa, tu memang dah budaya dia. Seharusnya kita harus lebih mengangkat budaya dan adat orang Timur, lebih-lebih lagi buat selebriti kerana mereka merupakan public figure,” tegurnya. - Sumber

2837) #PPIM: KERAJAAN PERLU SENSITIF TENTANG ISU PROGRAM JALAN LUAR BANDAR (JaLB)


Bagi memastikan usaha kerajaan dalam menaik taraf Program Jalan Luar Bandar (Jalb) berjalan lancar dan tidak timbul masalah pada masa akan datang, persetujuan daripada pemilik tanah amat diperlukan.

Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman berkata, tidak dinafikan bahawa kerajaan mempunyai hak menggunakan tanah tersebut untuk pembangunan walaupun tanpa persetujuan pemiliknya.

“Walau bagaimanapun, tindakan tersebut akan mengambil masa sekali gus melambatkan proses pembinaan yang telah dirancang kerana perlu melalui pelbagai prosedur agar tidak melanggar undang-undang negara ini.

“Oleh sebab itu, memberi pampasan kepada pemilik tanah merupakan cadangan yang baik kerana saya percaya tindakan itu akan melancarkan proses termeterai perjanjian persetujuan daripada kedua-dua belah pihak yang terlibat,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, akhbar melaporkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bercadang melaksanakan kaedah pemberian pampasan bagi Program Jalan Perhubungan Desa (JPD) agar lebih adil kepada rakyat.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu akan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk dipertimbangkan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) pada waktu terdekat.

Hasbullah berpendapat, bayaran yang dilakukan itu haruslah mengikut harga semasa agar tidak berlaku penindasan terhadap pemilik tanah terutama mereka yang kurang memahami akan hal tersebut.

Presiden Majlis Belia Felda Malaysia, Anwar Abdul Manap pula berkata, keperluan jalan luar bandar merupakan tuntutan ke­utamaan untuk orang ramai.

Selain itu katanya, pampasan untuk jalan perhubungan desa yang akan diusulkan dalam RMK-11 itu merupakan salah satu pulangan daripada pulangan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

“Dasar ini mungkin akan dilaksa­nakan pada Bajet 2016 yang akan berlangsung pada Oktober ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pihak kerajaan perlu le­bih sensitif mengenai isu tersebut kerana ia merupakan salah satu dasar untuk keperluan rakyat.

“Bantuan yang disalurkan kepada rakyat seharusnya perlu adil dan lebih munasabah untuk mengelakkan bebanan kepada mereka ekoran daripada peningkatan kos sara hidup pada masa kini, “ katanya.

“Kadang kala proses bantuan rakyat ini mengambil masa yang lama dan ini membebankan rak­yat,” katanya. - Utusan

Sunday, September 13, 2015

2836) JAWI ISYTIHAR 'PERANG' DENGAN KAKI NOMBOR EKOR


Pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengisytiharkan ‘perang’ bagi membasmi kegiatan bertaruh judi dan membeli nombor ramalan dalam kalangan umat Islam di ibu kota.

Sehingga kini lebih 300 ‘kaki nombor ramalan’ diberkas dalam operasi diadakan setiap minggu sejak awal tahun ini sebelum mereka didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah.

Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, pihaknya kini lebih agresif mengekang kegiatan tidak bermoral dilakukan orang Islam itu.

Menurutnya, individu yang ditahan boleh dikenakan tindakan penjara tidak melebihi dua tahun dan boleh didenda tidak melebihi RM3,000. - Harian Metro

Saturday, September 12, 2015

2835) LAPORAN PENUH OPS BAH SIRI KE-15


Seramai 350 pegawai dan anggota daripada 17 agensi penguatkuasaan dikerah untuk memeriksa premis yang disyaki menjalankan kegiatan haram dalam Ops BAH 15 yang dilancarkan awal pagi tadi.

*Baca artikel berkaitan - OPS BAH SIRI 15: PREMIS JUDI ONLINE DIGEMPUR!


Selain PPIM, antara agensi yang terbabit adalah anggota daripada Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Malaysia (SPAN), Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Suruhanjaya Tenaga (ST), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Telekom Malaysia (TM).

Antara lokasi tumpuan operasi kali ini adalah sekitar Jalan Pahang, Danau Kota dan Desa Sri Hartamas yang dikenal pasti sebagai kawasan panas berdasarkan kepada pemantauan pihak berkuasa sebelum ini.

LAPORAN OPS BAH 15


Serbuan yang bermula jam 11 malam itu menumpukan premis seperti pusat judi siber, rumah urut dan pusat hiburan selain mengesan jenayah dadah serta pendatang asing tanpa izin.

Hampir 100 buah komputer berjaya dirampas, dipercayai digunakan untuk kegiatan perjudian sekaligus melumpuhkan sindiket perjudian online di kawasan terbabit.

Manakala sepanjang operasi tersebut dijalankan seramai 73 orang ditangkap atas pelbagai kesalahan antaranya salah guna visa perjalanan dan sebagainya.

Operasi yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Md Ikshan yang dibahagi kepada tiga kumpulan di dua lokasi.

Turut hadir dalam operasi kali ini Ketua Pengarah ICU, Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan & Sosio Ekonomi) Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Nor’Aini Abdul Wahab, dan Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan & Pembangunan) Kementerian Wilayah Persekutuan, Dato’ Hj. Mohd Sani bin Mistam.

GAMBAR 






Untuk gambar lain sila rujuk (SINI)

Berikut pula adalah video dari sumber 



2834) JUDI ONLINE: SKMM SEKAT 306 LAMAN WEB, SEDIA BERI KERJASAMA


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menyekat 306 laman web judi siber sejak awal tahun ini selepas menerima permohonan dari pihak polis.

Pengarah Kanan Bahagian Digital dan Literasi Media MCMC Eneng Faridah Iskandar berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat permohonan itu setelah laman web berkenaan disahkan mempunyai unsur jenayah.

Tahun lepas, sebanyak 235 laman web seumpama itu disekat di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 (Akta 289), katanya dalam satu temu bual ekslusif bersama Bernama di sini Jumaat.

Beliau berkata: "Peranan kita (MCMC) ialah untuk membantu pihak polis memastikan bahawa akses kepada laman-laman web perjudian itu disekat dan caranya ialah mengeluarkan arahan kepada ISP (pemberi perkhidmatan Internet) untuk menyekat akses itu,".

Eneng Faridah berkata meskipun tidak memainkan peranan daripada segi penguatkuasaan undang-undang, MCMC sentiasa bersedia menawarkan bantuan kepada PDRM jika diperlukan, khususnya dalam aspek kepakaran forensik untuk membantu membanteras judi siber.

"Kita mempunyai makmal digital forensik di Cyberjaya untuk membantu siasatan. Barang-barang yang disita misalnya 'hard disk' (cakera keras) dan sebagainya, jika perlu maklumat lanjut, polis memang memohon bantuan MCMC untuk membuat kajian forensik ke atas barang itu," katanya.

Eneng Faridah berkata siasatan terhadap sebarang kegiatan perjudian sama ada secara dalam talian atau di alam nyata adalah di bawah bidang kuasa PDRM iaitu di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Akta Pertaruhan 1953 dan Akta Pertaruhan Pool 1967.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) baru-baru ini yang menggesa MCMC mengambil tindakan proaktif bagi menangani sindiket yang menawarkan perjudian dalam talian yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. (rujuk SINI)

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan dilaporkan berkata pihaknya menerima ratusan aduan berhubung kes berkenaan sejak lima bulan lepas yang didakwa memperdaya orang ramai melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar ke telefon bimbit mereka.

Eneng Faridah berkata pihaknya belum menerima sebarang aduan mengenai hal berkenaan, termasuk daripada PPIM sendiri.

Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai supaya membuat aduan kepada penyedia perkhidmatan telekomunikasi terlebih dahulu jika berdepan situasi berkenaan, selain aduan kepada PDRM dan MCMC.

Menurutnya, penyedia perkhidmatan telekomunikasi perlu memberi kerjasama bagi menangani masalah berkenaan, memandangkan mereka lebih maklum mengenai maklumat penghantar SMS.

"Maklumkan kepada mereka kita terima 'spam' dan sebagainya dan minta mereka membuat sesuatu bagi mengatasi masalah ini," katanya.

Dalam pada itu Eneng Faridah meminta orang ramai tanpa mengira usia supaya terus menggunakan Internet dengan cara yang betul dan terkawal.

Dilaporkan pada tahun lepas, sebanyak 20.1 juta rakyat, menggunakan Internet di negara ini dengan pengguna teramai adalah golongan berusia 15 hingga 34 tahun, katanya.

Menurut kajian MCMC tahun lepas, kebanyakan pengguna Internet iaitu seramai 88.2 peratus melayari Internet untuk mendapatkan maklumat, 87.1 peratus (melayari laman sosial) dan 81.1 peratus menggunakan 'communication by text' misalnya WhatsApp. - BERNAMA

BACA ARTIKEL LAIN BERKAITAN JUDI ONLINE - KLIK SINI


2833) SINAR HARIAN - 9/9/2015 - PPIM DESAK TANGANI JUDI DALAM TALIAN


PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL