Showing posts with label RBA. Show all posts
Showing posts with label RBA. Show all posts

Thursday, April 17, 2014

1857) 14/4/2014 UTUSAN MALAYSIA - Tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja Cari Dalang RBA



KUALA LUMPUR 14 April - Kerajaan digesa menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dalang yang menyokong pergerakan tentera siber propembangkang, Red Bean Army (RBA).
Ketua Aktivis, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, penubuhan suruhanjaya siasatan itu perlu bagi menyiasat punca serta sumber kewangan yang menyokong pergerakan itu selama ini.
Beliau berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim juga perlu mengambil pendekatan lebih serius untuk menangani masalah RBA yang semakin berleluasa.
“Sampai bila kita mahu membiarkan perkara ini terus berleluasa. Kita mahu tahu siapa dalang serta di mana mereka memperoleh sumber kewangan supaya dapat maklumat yang jelas tentang perkara ini.
“Oleh itu, saya mahu kerajaan serius. Ini kerana kita tidak mahu menentang perkara ini pada setiap hari tanpa arah tujuan. Selagi perkara ini tidak disiasat dengan serius, masalah tidak akan selesai," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas tentang tindakan RBA yang berterusan memperlekeh dan mempolitikkan usaha kerajaan dalam pelbagai isu termasuk usaha mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 sejak 8 Mac lalu.
Nadzim berkata, tohmahan serta fitnah yang dilemparkan RBA terhadap kerajaan telah memberi imej buruk kepada Malaysia dalam kalangan masyarakat luar.
Katanya, impaknya dapat dilihat apabila ramai rakyat China membatalkan kedatangan mereka ke Malaysia kerana percaya dengan fitnah yang dilemparkan oleh RBA.
“Jadi, kita sarankan kerajaan agar menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja dengan segera untuk menyiasat perkara ini," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140415/dn_14/Tubuh-Suruhanjaya-Siasatan-Diraja-cari-dalang-RBA#ixzz2z6boavNF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday, March 3, 2014

1182) UTUSAN MALAYSIA 26/2/2014 CADANGAN NGO SIASAT RBA DI AWANG-AWANGAN




KUALA LUMPUR 26 Feb. - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mempersoalkan status cadangan mereka kepada kerajaan berhubung penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kewujudan serta tindak tanduk Red Bean Army (RBA).

Menurut Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, cadangan itu telah dikemukakan kepada Jabatan Perdana Menteri pada Julai tahun lalu, namun sehingga hari ini, perkara itu masih di awang-awangan tanpa sebarang tindakan.

Sehubungan itu, beliau mendesak cadangan tersebut diteliti semula memandangkan tentera siber pembangkang itu semakin melampau dan biadab sehingga sanggup mengugut untuk mengancam nyawa pihak tertentu.

"Kepada pihak berkuasa, kenapa begitu sukar untuk diambil tindakan sedangkan agenda jahat mereka secara terang-terangan bergerak aktif dengan penyebaran fitnah dan berita palsu demi melumpuhkan perpaduan kaum di negara ini.

"Perancangan mereka melalui cara ini cukup berbahaya, maka amat wajar RCI ditubuhkan bagi menyiasat siapakah dalang, apakah matlamat dan di manakah mereka mendapat dana yang bertujuan mahu merosakkan negara," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan RBA muncul semula dan kali ini bertindak lebih berani apabila melakukan ugutan bunuh ke atas Presiden Pertubuhan Hak Belia Malaysia yang juga pengasas blog SYA For The Nation, Shen Yee Aun.

RBA cukup terkenal dengan propaganda dan perbuatan kurang ajar mereka menyerang pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) dan kerajaan, semasa, sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Bagi membantah kegiatan RBA itu, gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu Islam pada Julai tahun lalu telah menyerahkan memorandum penubuhan RCI agar kerajaan menyiasat secara mendalam dan terperinci tentang peranan RBA dalam menyerang institusi-institusi negara melalui media sosial.

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao berkata, pihaknya juga telah pun menghantar memorandum sama kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada bulan lalu, namun perkara itu sepi tanpa jawapan.


Kata beliau, kerajaan perlu mengambil tindakan serius berhubung kegiatan seumpama itu dengan mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku di Thailand dan negara Asia Barat yang terpaksa berdepan keadaan kucar-kacir akibat provokasi melampau.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL