Showing posts with label MOU. Show all posts
Showing posts with label MOU. Show all posts

Monday, September 11, 2023

AKTIVITI | MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA SAHOCA ENTREPRENEURS ASSOCIATION DAN TSUBAME E-TIME LTD JAPAN, J WILL CORPORATION DAN KESATUAN MELAYU JEPUN - PPIM - 09/09/2023

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri ke Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara  Sahoca Entrepreneurs Association (SEA) dan Tsubame E time, J Will Corporation Dan Kesatuan Melayu Jepun (KEMEJA) di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Majlis MOU turut dihadiri dan disaksikan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.















Thursday, April 8, 2021

5533) ‘PELUANG PEKERJAAN, TRANSFORMASI UMMAH’ - PPIM - 07/04/2021

Kuala Lumpur, 7 April – Satu Memorandum Perjanjian Persefahaman telah ditandatangani di antara Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan Elegance Global Trading Sdn. Bhd bagi menyepakati sebuah platform dalam membina empayar perniagaan yang bakal melaksanakan impian usahawan melayu khususnya, dari segi kebebasan, kewangan, kemewahan serta peningkatan gaya hidup ummah.

Ketua Aktivis PPIM, Toqqi @ Dato’ Nadzim Johan berkata, peluang peralihan trend yang mendorong pengguna untuk meneroka strategi baharu dalam perniagaan ini mestilah digunakan dengan sebaiknya bagi melahirkan kualiti usahawan-usahawan melayu yang berpotensi dan berkaliber untuk terus menerajui gelombang transformasi keusahawanan ummah pada masa kini.

Elegance Global Trading Sdn. Bhd yang diasaskan oleh Datin Dr. Shamsiah Yaakob berkata, usaha secara berterusan akan terus dilaksanakan bagi mendorong pengguna untuk meneroka strategi baharu bagi memasarkan produk dalam sistem E-dagang untuk merujuk kepada jualan produk fizikal secara dalam talian.

Mengulas perkara itu, satu platform Jutawan ‘Elegance For You’, telah ditubuhkan sebagai bentuk satu platform keusahawanan untuk setiap individu menerokai peluang pendapatan sedia ada ini yang tidak mengenal perbezaan had umur, bangsa dan juga negara.

Katanya, PPIM berharap agar masyarakat mengambil peluang ini untuk lebih bersikap proaktif dalam usaha menjana pendapatan untuk membawa sebuah perubahan taraf peluang pekerjaan demi transformasi ummah.

Wednesday, April 7, 2021

5532) AKTIVITI | MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI UMMAH - PPIM - 07/04/2021

Telah berlangsung, hari ini Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan Elegance Global Trading Sdn Bhd di Pusat Aktiviti PPIM, Kuala Lumpur.

Majlis perjanjian ini merupakan satu usahasama bagi menjayakan Program Transformasi Ekonomi Ummah.

Program bermatlamat memupuk semangat keusahawanan dan memperkasakan ekonomi ummah khususnya di kalangan usahawan Melayu. 

Menerusi kerjasama ini, diharap dapat mengatasi masalah ekonomi dan kewangan dengan melahirkan usahawan yang berintegriti dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran ekonomi pada hari ini.

MoU ditandatangani oleh Pengerusi PPIM, Nadzim Johan@toqqi dan Pengerusi Eksekutif Elegance Global Trading Sdn Bhd, Datin Dr Shamsiah Yaacob.


Wednesday, March 17, 2021

5481) AKTIVITI | MAJLIS MENANDATANGANI MOU ANTARA GAIN INTERNATIONAL PYT LTD DAN KOPERASI TABUNG HAJI BERHAD - PPIM - 17/03/2021

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) antara Gain International PYT LTD (Gain Group of Companies) dengan Koperasi Tabung Haji Berhad (KTHB) untuk projek import daging halal dari Pakistan ke Malaysia.

Majlis telah berlangsung di Kompleks Tabung Haji KLIA, Sepang, semalam.

Monday, November 25, 2019

5521) ORANG MELAYU DIHINA MELAMPAUI BATAS – PPIM - MALAYSIA GAZETTE - 23/11/2019


KUALA LUMPUR – Orang Melayu kini dihina melampaui batas menerusi pelbagai bentuk, kata Ketua Aktivitis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.
Justeru itu orang Melayu, katanya, perlu berubah bagi memastikan taraf lebih tinggi agar tidak lagi dihina sesuka hati.
“Orang-orang bukan Islam hina kita luar biasa tak akan kita nak terus dihina jadi kita kena berubah,” katanya ketika berucap pada majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Pembekalan Produk Ke Pasar Mini Lesong Mart 2020.
Apa yang perlu dilakukan, khususnya dalam kalangan peniaga Melayu, adalah membantu antara satu sama lain agar dapat mengubah taraf hidup kepada yang lebih baik.
Jelasnya, kesepaduan dan saling bantu-membantu kaum Melayu baru-baru ini terbukti dapat dilakukan apabila kempen beli barangan Muslim dahulu atau Buy Muslim First (BMF).
“Walaupun banyak isu sebelum ini, namun alhamdulillah ia (BMF) membawa impak luar biasa kepada produk Melayu,” tambahnya.
Pada majlis itu, Pasar Mini Lesong Mart menandatangani MoU dengan beberapa pengeluar produk Muslim bagi membekalkan produk mereka di pasaraya tersebut pada tahun depan. -MalaysiaGazette
Artikel oleh: Malaysia Gazette 
ORANG MELAYU DIHINA MELAMPAUI BATAS – PPIM

Friday, October 7, 2016

3101) MHO, PPIM KUTUK ISRAEL TAHAN KAPAL ZAYTOUNA - MALAYSIAGAZETTE - 7/10/2016



Pertubuhan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengutuk penahanan kapal yang membawa misi keamanan Zaytouna-Olivia oleh tentera Israel semalam.
Presiden MHO, Noor Azman Mohd Shamsuddin berkata, kapal layar yang membawa tiga anak kapal dan 10 aktivis termasuk wakil Malaysia itu tidak merbahaya kepada tentera itu, sebaliknya hendak memasuki Gaza untuk mengetahui keadaan rakyat Palestin.
"Kami mengutuk keras tindakan tentera Israel ini dan menggesa negara kuasa besar campur tangan agar kumpulan aktivis itu dibebaskan.
"Mengikut prosedur, semua aktivis itu akan dibawa ke Imigresen Isreal dan ditahan selama enam bulan," katanya pada sidang media di Kondominium Villa Puteri di sini, hari ini.
Turut hadir, Presiden PPIM, Datuk Nadzim Johan dan Setiausaha MHO, Hishamuddin Hashim.
Sementara itu, Nadzim mengajak rakyat negara ini memboikot barangan keluaran Israel dan sekutunya.
Katanya, beliau sedih kerana usaha memboikot barangan Israel dua tahun lalu tidak bertahan lama.
"Kita boleh mengajar Israel kalau kita benar-benar lakukan, bukan hangat-hangat tahi ayam.
"Ini (boikot) saja yang boleh kita lakukan untuk mengajarnya," katanya. - MalaysiaGazette

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL