Showing posts with label KKMM. Show all posts
Showing posts with label KKMM. Show all posts

Thursday, March 25, 2021

5509) AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA TIMBALAN MENTERI KKMM - PPIM - 25/03/2021

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi hari ini mengadakan perjumpaan bersama Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), YB Datuk Zahidi Zainul Abidin di Kompleks KKMM Putrajaya.

Perjumpaan membincangkan mengenai aduan pengguna yang telah diterima oleh PPIM.

Thursday, December 24, 2020

6184) AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE PEJABAT MENTERI KKMM - PPIM - 24/12/2020

Kunjungan hormat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ke pejabat Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), YB Dato' Saifuddin Abdullah di Putrajaya. Kunjungan diketuai oleh Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi.






Thursday, July 23, 2020

6145) AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE PEJABAT TIMBALAN MENTERI KKMM - PPIM - 23/07/2020

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), YB Datuk Zahidi Zainul Abidin di Kompleks KKMM Putrajaya. Kunjungan diketuai oleh Pengerusi PPIM, Nadzim Johan@toqqi. 

Kunjungan adalah bagi membincangkan kesinambungan Majlis Penyerahan Memorandum Aduan Pengguna Perkhidmatan Telekomunikasi dan Jenayah Siber yang telah berlangsung baru-baru ini di Malakat Mall, Cyberjaya. 




Friday, July 3, 2020

6093) ADUAN MENINGKAT LEBIH 90% KETIKA PKP: SKMM DAN CYBERSECURITY USAHA TANGANI JENAYAH SIBER - BERITA RTM - 02/07/2020


CYBERJAYA, 2 Julai - Aduan jenayah siber meningkat 91.37 peratus dilaporkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan dari 18 Mac sehingga 30 Jun, berbanding tahun lalu.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, antara aduan ialah buli siber, penipuan, mencuri data, penggodaman terutama di bandar yang terdapat kelajuan capaian internet.

Justeru, bagi mengekang perkara itu daripada terus berleluasa dan ramai lagi daripada tertipu, perbincangan dibuat melibatkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, CyberSecurity dan syarikat swasta bagi mereka mengambil peranan dalam mengekang jenayah siber yang semakin berleluasa.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyerahan Memorandum aduan pengguna perkhidmatan telekomunikasi dan jenayah siber di Cyberjaya.
Memorandum itu diserahkan oleh Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM) , Datuk Nadzim Johan.
Artikel oleh: Berita RTM
ADUAN MENINGKAT LEBIH 90% KETIKA PKP: SKMM DAN CYBERSECURITY USAHA TANGANI JENAYAH SIBER

6092) TIMBALAN MENTERI KKMM HADIR KE MAJLIS PENYERAHAN MEMORANDUM ADUAN PENGGUNA PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI DAN JENAYAH SIBER - KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA - 02/07/2020

YB Datuk
Zahidi Zainul Abidin
, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia hari ini telah menghadiri Majlis Penyerahan Memorandum Aduan Pengguna Perkhidmatan Telekomunikasi dan Jenayah Siber kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).
Memorandum yang disampaikan oleh Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato' Nadzim Johan merupakan hasil daripada aduan orang ramai agar perhatian diberikan kepada usaha-usaha untuk mengatasi pelbagai isu berkaitan telekomunikasi dan jenayah siber.
YB Datuk Zahidi menegaskan KKMM menerusi Jabatan dan Agensi akan sentiasa memberikan kerjasama kepada pihak bertanggungjawab agar isu yang melibatkan jenayah siber ini dapat diminimumkan. Di samping itu, menerusi program seperti CyberSafe dan Fasih Digital, KKMM akan terus berusaha untuk mendidik pengguna internet untuk menjadi warga digital yang berhemah.
YB Datuk Zahidi turut meluangkan masa untuk beramah mesra dengan para peniaga di Malakat Mall.


Artikel oleh: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia

TIMBALAN MENTERI KKMM HADIR KE MAJLIS PENYERAHAN MEMORANDUM ADUAN PENGGUNA PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI DAN JENAYAH SIBER

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL