Showing posts with label DATUK ZAHIDI ZAINUL ABIDIN. Show all posts
Showing posts with label DATUK ZAHIDI ZAINUL ABIDIN. Show all posts

Friday, July 3, 2020

6093) ADUAN MENINGKAT LEBIH 90% KETIKA PKP: SKMM DAN CYBERSECURITY USAHA TANGANI JENAYAH SIBER - BERITA RTM - 02/07/2020


CYBERJAYA, 2 Julai - Aduan jenayah siber meningkat 91.37 peratus dilaporkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan dari 18 Mac sehingga 30 Jun, berbanding tahun lalu.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, antara aduan ialah buli siber, penipuan, mencuri data, penggodaman terutama di bandar yang terdapat kelajuan capaian internet.

Justeru, bagi mengekang perkara itu daripada terus berleluasa dan ramai lagi daripada tertipu, perbincangan dibuat melibatkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, CyberSecurity dan syarikat swasta bagi mereka mengambil peranan dalam mengekang jenayah siber yang semakin berleluasa.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyerahan Memorandum aduan pengguna perkhidmatan telekomunikasi dan jenayah siber di Cyberjaya.
Memorandum itu diserahkan oleh Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM) , Datuk Nadzim Johan.
Artikel oleh: Berita RTM
ADUAN MENINGKAT LEBIH 90% KETIKA PKP: SKMM DAN CYBERSECURITY USAHA TANGANI JENAYAH SIBER

6090) 2 JULAI 2020-BERITA PERDANA-SKMM DAN CYBERSECURITY USAHA TANGANI JENAYAH SIBER - BERITA RTM - 02/07/2020

6089) 3906 ADUAN JENAYAH SIBER - BERITA ALHIJRAH- 02/07/2020


Thursday, July 2, 2020

6088) MAJLIS PENYERAHAN MEMORANDUM ADUAN PENGGUNA PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI DAN JENAYAH SIBER OLEH PPIM - ZAHIDI ZAINUL ABIDIN - 02/07/2020

Majlis Penyerahan Memorandum Aduan Pengguna Perkhidmatan Telekomunikasi dan Jenayah Siber oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia di Malakat Mall tengah hari tadi.
Kami di KKMM menerusi agensi seperti Jabatan Penyiaran Malaysia, Jabatan Penerangan Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, CyberSecurity Malaysia dan Bernama akan bekerjasama dengan agensi bertanggungjawab bagi menangani isu jenayah siber ini secara berterusan.
Saya percaya menerusi kerjasama semua pihak, kita dapat meminimumkan masalah jenayah siber yang semakin berleluasa dan mendidik masyarakat untuk menjadi warga digital yang berhemah.

Artikel oleh: Zahidi Zainul Abidin

MAJLIS PENYERAHAN MEMORANDUM ADUAN PENGGUNA PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI DAN JENAYAH SIBER OLEH PPIM

https://www.facebook.com/103521971276002/posts/156863152608550/

6087) ADUAN JENAYAH SIBER MENINGKAT LEBIH 90 PERATUS KETIKA PKP - BERNAMA - 02/07/2020


CYBERJAYA, 2 Julai -- Sebanyak 3,906 aduan dilaporkan kepada Pusat Bantuan Cyber999 dalam tempoh 18 Mac hingga 30 Jun tahun ini ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), meningkat lebih 90 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata kes yang dilaporkan termasuk gangguan siber, penipuan, pencerobohan, percubaan pencerobohan dan spam, yang kebanyakannya berlaku di kawasan bandar yang mempunyai kelajuan internet yang tinggi ketika PKP.

"Pelbagai jenis aduan telah datang kepada kami dengan corak modus operandi yang pelbagai termasuk pakej promosi ejen-ejen yang mengaku mereka dari syarikat telco yang tidak telus," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan memorandum aduan pengguna perkhidmatan telekomunikasi dan jenayah siber oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini, hari ini.

Pusat Bantuan Cyber999 kendalian MyCERT di bawah CyberSecurity Malaysia memberikan tindak balas kecemasan mengenai hal berkaitan keselamatan komputer seperti gangguan siber, perisian hasad, pencerobohan, cubaan penggodaman dan pelanggaran keselamatan maklumat lain.

Menurut Zahidi, ada pakej tawaran menjanjikan pelbagai kemudahan percuma tetapi dalam beberapa bulan, bil melambung sehingga mencecah RM5,000.

"Kebanyakan mangsa adalah para pelajar sehingga ada yang disenaraihitamkan kerana tidak mampu membayar bil," katanya.

Isu penipuan siber juga melibatkan penggunaan data peribadi dalam media siber, penipuan siber, penipuan pinjaman mudah dalam talian.

Menegaskan kerajaan memandang serius isu jenayah siber termasuk kes penipuan dalam talian dan judi dalam talian haram, Zahidi berkata perbincangan melibatkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, CyberSecurity dan syarikat swasta telah diadakan bagi mereka mengambil peranan dalam mengekang jenayah siber yang semakin berleluasa.


Artikel oleh: Bernama

ADUAN JENAYAH SIBER MENINGKAT LEBIH 90 PERATUS KETIKA PKP

https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1856697

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL