Isu penggunaan pelekat hologram pada naskhah Al-Quran akan
dibawa ke kabinet dalam masa terdekat bagi mengkaji keberkesanan
pelaksanaannya. Menteri Dalam Negeri,
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan mengambil kira pandangan
Persatuan Penerbit Al-Quran Malaysia PQM berhubung masalah penggunaan hologram;
Termasuk terdedah kepada cetak rompak seperti yang dihadapi kementerian dan
agensi lain sebelum ini. Datuk Seri
Ahmad Zahid mengadakan pertemuan dengan PQM di pejabatnya pagi tadi. Dalam pada
itu, tegas Datuk Seri Ahmad Zahid, Jabatan Imigresen akan melaksanakan
penguatkuasaan ke atas premis perniagaan yang dikuasai warga asing sama ada
menggunakan lesen rakyat tempatan atau melalui cara lain.
Showing posts with label HOLOGRAM. Show all posts
Showing posts with label HOLOGRAM. Show all posts
Friday, February 28, 2014
1177) UTUSAN MALAYSIA 27/2/2014 ISU PELEKAT HOLOGRAM KE KABINET
AHMAD Zahid Hamidi bersama Mohamad Khalid Shariff (kanan)
menunjukkan al-Quran yang telah ditampal dengan pelekat hologram kepada pihak
media selepas mengadakan pertemuan dengan Persatuan Penerbit al-Quran Malaysia
di Putrajaya, semalam.
PUTRAJAYA 27 Feb. - Penggunaan pelekat hologram pada naskhah
al-Quran yang sepatutnya dikuatkuasakan pada 1 Mac ini akan dibincangkan dalam
mesyuarat Kabinet terlebih dahulu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
berkata, langkah itu diambil selepas mendapat pandangan dan rayuan daripada
Persatuan Penerbit al-Quran Malaysia (PQM) yang meminta penguatkuasaannya
dikaji semula.
"Kita telah maklumkan kepada pihak persatuan untuk
membawa perkara ini kepada Jemaah Menteri bagi mendapatkan pandangan mereka dan
mendapatkan keputusan muktamad bagi menyelesaikan masalah ini.
"Penguatkuasaan tidak akan ditangguhkan tetapi
dilembutkan pendekatannya dan sebelum Kabinet membuat keputusan, kita juga akan
perlahankan penguatkuasaannya di mana pihak di Bahagian Penguatkuasaan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan persatuan mengambil pendekatan kebijaksanaan
serta ketertiban menyelesaikan masalah ini," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan bersama
PQM di pejabatnya di sini hari ini.
Yang hadir sama, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Mohamad Khalid
Shariff dan Presiden Penaja PQM, Sabariah Abdullah.
Penggunaan pelekat hologram yang diperkenalkan sejak 2011,
mewajibkan penerbit atau pencetak al-Quran melekatkannya (dijual pada harga RM1
sekeping) pada setiap naskhah kitab suci itu.
Namun, PQM meminta kerajaan memansuhkan penguatkuasaan
pelekat tersebut pada naskhah al-Quran kerana dikatakan membeban dan
menyebabkan harga kitab suci itu meningkat sehingga 50 peratus.
Menurut Ahmad Zahid, sehingga kini pihaknya telah
mengeluarkan sejuta keping pelekat itu dengan 347,000 keping telah dijual.
Beliau berkata, perkara tersebut juga akan dibincangkan
dalam Kabinet bagi melihat kos yang telah dikeluarkan kerajaan untuk mencetak
pelekat itu dari segi perundangan, perakaunan dan implikasinya.
Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan memutuskan untuk
melekatkan hologram dalam al-Quran selepas menerima rungutan daripada para
penerbit kitab suci umat Islam itu ekoran terdapat naskhah yang diimport
mempunyai kesalahan pencetakan dan dicetak rompak.
"Pertemuan ini diharap dapat membantu kita mencari
jalan penyelesaian terbaik dan menang-menang berdasarkan pengalaman beberapa
kementerian, jabatan dan unit yang menguatkuasakan sebarang bahan dikeluarkan
dengan meletakkan tanda hologram,'' katanya.
Sementara itu, Sabariah ketika ditemui, berterima kasih
dengan keputusan tersebut dan berharap kerajaan dapat membuat keputusan yang
adil dan menang-menang demi kebaikan semua pihak.
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(245)
-
▼
June
(29)
- NEGARA IBARAT DIKAWAL KUASA VIRAL, MASALAH BOLEH S...
- RAKYAT MESTI DIBERI PERANAN PENTING TADBIR URUS NE...
- PPIM SOKONG USAHA TUKAR STATUS TANAH DATUK KERAMAT...
- KUASA VIRAL LEBIH BERKESAN DARIPADA ADUAN? UJAR TO...
- MUDAH SANGAT DAPAT PINJAMAN PUNCA RAMAI TERJERAT B...
- PPIM SOKONG CADANGAN TUKAR STATUS TANAH DATUK KERA...
- DATUK KERAMAT WAJAR DIBERI STATUS TANAH PEGANGAN K...
- PPIM CADANG JAWATANKUASA KHAS STATUS TANAH DATUK K...
- STATUS TANAH DATUK KERAMAT - KENYATAAN MEDIA PPIM ...
- AKTIVITI | LAWATAN TAPAK JABATAN PERTANIAN KE KEBU...
- AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-54: BERKEBUN DI KEBUN BA...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA PENGURUS KANAN ...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN BERSAMA YAD SENATOR DATO' SE...
- PENGENDALI MEDIA SOSIAL MASIH GAGAL PATUHI GARIS P...
- MAMPU PERKUKUH KESELAMATAN DIGITAL - HARIAN METRO ...
- PENGESAHAN UMUR AKAUN MEDIA SOSIAL LINDUNGI KESELA...
- PPIM GESA PEMATUHAN PENUH KOD PENGESAHAN UMUR AKAU...
- GOVT'S AGE VERIFICATION REQUIREMENT FOR SOCIAL MED...
- PPIM GESA PLATFORM MEDIA SOSIAL PATUH KOD BAHARU -...
- LANGKAH KUAT KUASA PENGESAHAN UMUR BAGI PENGGUNA M...
- PPIM GESA PENYEDIA PLATFORM MEDIA SOSIAL PATUH CPC...
- PPIM BACKS SOCIAL MEDIA AGE VERIFICATION RULE - TH...
- LANGKAH PENGESAHAN UMUR PENGGUNA MEDIA SOSIAL WAJA...
- CONSUMERS GROUP CALLS FOR STRONG DATA SECURITY IN ...
- PENGESAHAN UMUR MEDIA SOSIAL LANGKAH WAJAR LINDUNG...
- PPIM YAKIN SYARAT PENGESAHAN UMUR BUKA AKAUN MEDIA...
- PPIM SOKONG PENGESAHAN UMUR AKAUN MEDIA SOSIAL DEM...
- AKTIVITI | LAWATAN TOQQI KE THE GREEN FACTORY - PP...
- PPIM SAMBUT BAIK PENGESAHAN UMUR AKAUN MEDIA SOSIA...
-
▼
June
(29)

