Saturday, January 30, 2021

5350) 'MONEY LAUNDERING' WUJUD DALAM SEKTOR PERNIAGAAN LAIN?: PPIM - ISMAWEB - 29/01/2021

 


BANGI, 16 Jamadilakhir 1442H, Jumaat – Kerajaan dan pihak berkuasa perlu bersikap tegas terhadap mana-mana pihak yang terbabit dengan kegiatan pengubahan wang haram di Malaysia.

Tanpa penguatkuasaan yang sepatutnya dibimbangi lebih banyak sektor dan industri di dalam negara dijadikan ‘tapak’ untuk pihak tertentu mencuci wang haram mereka.

Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysa (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, dakwaan wujud ‘money laundering’ bukan hanya dalam industri pembinaan unit kediaman, bahkan sektor perniagaan lain.

“Apa sahaja yang boleh jadikan duit itu bersih dia akan lakukan. Bukan setakat pembinaan rumah saja, kedai makan, sukan dan dobi.

“Kita harap pihak berkuasa boleh menambah tugas dengan mengesan puak-puak ini. KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan) juga perlu teliti setiap projek pemaju supaya dapat kesan jika wujud kegiatan ini,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ir Ts Lukman Al Hakim Mohamad berhubung kemungkinan wujud kegiatan ‘money laundering’ dalam industri pembinaan unit kediaman di Malaysia.

Beliau berkata, pemaju berkemungkinan membangunkan projek perumahan bukan untuk memenuhi permintaan pasaran atau membuat keuntungan, tetapi sekadar ‘membersihkan dana’ yang diperolehi dari urusan perniagaan haram dan bertentangan undang-undang.

Justeru, katanya, jika tiada tindakan diambil, pelbagai inisiatif dan program yang dilaksanakan kerajaan akan menjadi sia-sia termasuk Dasar Perumahan Nasional 2.0 (2018-2025) serta insentif lain yang diperkenalkan untuk mempromosi pemilikan rumah dalam kalangan rakyat.


Artikel oleh: Ismaweb 

'MONEY LAUNDERING' WUJUD DALAM SEKTOR PERNIAGAAN LAIN?: PPIM

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...