Monday, April 8, 2019

4879) PPIM KIAN MENGORAK LANGKAH KE ARAH MENGGALAKKAN USAHAWAN MENGELUARKAN PRODUK HALAL - PPIM - 8/4/19

Persatuan Pengguna Islam Malaysia kian mengorak langkah ke arah menggalakkan usahawan mengeluarkan produk halal dan toyyiban.

Baru-baru ini PPIM telah mengadakan perjumpaan dengan delegasi usahawan dan wakil pengguna muslim dari Korea bagi membincangkan bagaimana untuk memperluaskan penjualan produk halal Korea ke Malaysia dan sebaliknya.



PPIM diwakili Ketua Aktivisnya Nadzim Johan bersetuju satu langkah proaktif perlu diambil bagi kerjasama dua hala antara pengguna Korea dan Malaysia. 

" Kita mahu usahawan muslim di negara ini memasarkan produk mereka keluar negara dan tidak lagi menjadi jaguh kampung dan pengguna pula dapat menikmati produk luar negara tanpa meragui status halalnya," katanya. 


Menurut Nadzim, usaha itu akan mengukuhkan lagi ekonomi umat Islam dan menggalakkan usahawan Muslim mengeluarkan zakat demi kelestarian kehidupan ummah. 

Turut hadir adalah wakil GISB Ustaz Johari yang kini telah bertapak di 14 buah negara. 





Susulan perjumpaan itu, PPIM bakal mengumumkan beberapa inisiatif pertubuhan itu bagi membantu usahawan Muslim Malaysia dan Korea. 




No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...