Tuesday, April 10, 2018

4445) ZIARAH ZAKAT SIRI 3 – MEDAN MARA – 10/4/18



Peniaga-peniaga muslim di kawasan medan MARA, Jalan Raja Laut di sini hari ini diberikan pendedahan kepada impak pertumbuhan ekonomi ummah yang tersirat dalam kewajipan Rukun Islam ke 3 iaitu Zakat seperti yang ditetap Islam.






Pendedahan yang dinamakan Program Ziarah Zakat (PZZ) merupakan sebahagian daripada aktiviti yang dijalankan di bawah Kempen Sokong Peniaga Pembayar Zakat (SPPZ) anjuran Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berkolaborasi bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang berlangsung selama 3 bulan bermula 15 Februari 2018 sehingga 15 Mei 2018










Program Ziarah Zakat pada kali ini turut disertai oleh Pengerusi PPZ MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Hj Ahmad Shukri Yusoff, Pengurus Besar Operasi PPZ, Mohamed Hassan, Pengurus Besar Kanan Khidmat Pengurusan PPZ, Tuan Hj Azrin Hj Abdul Manan, Ketua Aktivis PPIM, toqqi, Penasihat Kehormat PPIM, Datuk Husainay Hashim dan selebriti terkenal, Norman Hakim.








No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...