Saturday, September 10, 2016

3051) ‘PANTAU PINJAMAN WANG TAK HANYA SATU KEMENTERIAN’ – MALAYSIA KINI – 9/9/16

KUALA LUMPUR 06 APRIL 2016. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan pada sidang media berhubung '' Kegawatan Industri Teksi sejak Kehadiran GrabCar dan Uber '' di Our Privet Place, Villa Puteri. NSTP/MUHD ASYRAF SAWAL

Selain Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), kementerian dan agensi kerajaan berkaitan perlu turut sama memantau pengeluaran lesen pinjaman wang, kata seorang aktivis pengguna.

“Mungkin badan pemantau tidak sepatutnya hanya KPKT. Mungkin Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan juga perlu mempunyai bidang kuasa itu, untuk melindungi kepentingan pengguna,” kata Ketua A ktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan kepada Malaysiakini.

Nadzim berkata demikian ketika ditanya mengenai sama ada terdapat keperluan pengeluaran pinjaman dipindahkan kepada Kementerian Kewangan untuk mengelakkan sebarang konflik kepentingan.

Menteri KPKT Datuk Seri Noh Omar semalam mengumumkan bahawa kementerian itu sedang memikirkan cadangan agar pemaju perumahan diberi lesen memberi pinjaman wang.
Bagaimanapun, Nadzim merujuk kepada isu ah long (ceti haram) yang sekian lama berlaku di kalangan pemberi pinjaman wang.

Pemberi pinjaman wang berlesen sendiri kadang kala terlibat dengan khidmat ah long, kata Nadzim.
“Mereka menggunakan lesen mereka untuk menunjukkan bahawa aktiviti mereka tidak menyalahi undang-undang,” katanya.

Dan KPKT di sisi lain dilihat sebagai “santai” apabila berdepan isu ah long haram, katanya.
“Rekod menunjukkan bagaimana KPKT gagal untuk membendung masalah ini,” kata Nadzim memetik sejumlah besar ah long di negara ini.

“Jika kementerian kuat, ah long tak akan berani menjalankan aktiviti mereka.

“KPKT mengatakan bahawa ah long perlu dirujuk kepada pihak polis dan tidak kepadanya. Kemudian, sebagai contoh, perlukah kereta yang hanya mempunyai lesen dirujuk kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)? ” soalnya.



http://ift.tt/2bXpbNL



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...