Saturday, September 10, 2016

3052) “BERI LESEN KEPADA PEMAJU, LAGI BEBAN PEMBELI!” – MY NEWS HUB – 9/9/16


22hmNAZO_1466563903-e1473418884136

“PEMBELI boleh mati!” demikian kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan apabila diminta mengulas mengenai cadangan bahawa pemaju boleh menyediakan pinjaman perumahan.

Baca: Pembeli Rumah Bakal Masuk Mulut Buaya, Apa Sudah Jadi?

Juga: KPKT Cadang Pemaju Sebagai Pemberi Pinjaman

Ini susulan cadangan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar yang bakal memberi lesen kepada pemaju perumahan untuk menyediakan pinjaman kepada pembeli untuk projek hartanah mereka.

Nadzim berkata, memberi lesen pinjaman kepada pemaju perumahan boleh meningkatkan kes jenayah seperti kes pinjaman kepada along.

“Cadangan itu sebenarnya baik. Tetapi kita mahu yang terbaik untuk pengguna yang mahu membeli rumah sendiri.

“Kita takut, cadangan yang tergesa-gesa dengan memberi lesen kepada pemaju boleh membawa kepada masalah yang lain seperti kes-kes along atau pinjaman wang berlesen.

“Masalah along di negara ini pun masih lagi tidak selesai, takkan kita nak tambah beban lagi.
“KPKT perlu dapatkan maklumat dan pendapat orang ramai khususnya stakeholder sebelum meluluskan pemberian lesen kepada pemaju,” katanya kepada Mynewshub, sebentar tadi.

Sementara itu, Nadzim turut menyifatkan kadar faedah yang bakal dikenakan pemaju perumahan sehingga 18 peratus kepada pembeli mereka sebenarnya sebagai ‘mencekik darah’.

“Dengan kadar faedah sehingga 18 peratus yang ditetapkan pemaju. Pembeli boleh mati!

“Tambahan pula, siapa authorities yang akan menjaga perihal pinjaman daripada pemaju ini? Apa yang berlaku sekiranya gagal dilunaskan oleh pembeli pula?

“Oleh itu PPIM berharap, kaji sebaik mungkin sebelum laksanakan pemberian lesen ini agar tidak mendatangkan masalah kemudian hari,” katanya lagi.

Terdahulu, Noh dalam satu kenyataannya memberitahu pemaju boleh memohon lesen pinjaman wang untuk menyediakan kemudahan pembiayaaan perumahan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Pindaan) 2011.

Jelasnya, kemudahan itu disediakan bagi membolehkan pemaju menyediakan pinjaman perumahan untuk membantu pembeli yang berdepan kesukaran mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan termasuk bank. – MYNEWSHUB.CC








Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...