Saturday, September 24, 2016

3078) SIDANG MEDIA MENGENAI TEMASYA SUKAN FUTSAL PIALA PATRIOT 2016 - 23/9/16




Datuk Nadzim Johan berkata, Permainan Futsal adalah merupakan satu kegemaran sukan paling popular di kalangan anak muda masa kini. Melalui sukan futsal, ianya menjadikan saluran nadi persahabatan dan perpaduan yang boleh merapatkan silaturahim di antara kaum di Negara ini, khususnya generasi muda.

Justeru YAYASAN PATRIOT NEGARA MALAYSIA (YPNM)  menganjurkan satu pertandingan futsal peringkat kebangsaan bertempat di Gelanggang Futsal Precinct 18 Putrajaya bermula pada 30 September hingga 2 Oktober 2016.

Kejohanan 3 hari ini telah menarik minat lebih 500 kumpulan futsal seluruh Malaysia termasuk negara Thailand dan Singgapura. Mereka akan berkampung di Putrajaya bagi mengambil bahagian dan menonton di temasya yang berprestij ini. 

Sambutan yang amat menggalakan ini memberikan satu isyarat, betapa minatnya generasi muda di dalam arena sukan futsal.





Datuk Nadzim Johan menyerahkan sijil pelantikan sebagai ahli lembaga penasihat YPNM dan PPIM kepada Dato' Jawahar Ali



Hadiah lumaian lebih RM 50,000.00 wang tunai telah diperuntukkan dalam kejohanan tersebut dan ianya menjadikan tarikan golongan muda dari seluruh pelusuk Negara.
Futsal juga diminati ramai dari golongan remaja wanita.


Untuk menjadikan temasya ini  menarik dan menyeronokkan, YPNM ada menyediakan Fiesta Makanan di namakan - 

"Festival NgapFest"

Hampir 100 vendor makanan dan minuman dari seluruh negara di kumpulkan di temasya sukan Piala Patriot 2016, bagi tujuan peniaga mempromosikan produk makanan yang enak dan unik bagi orang ramai berhibur sambil menonton perlawanan.

Konsep makanan yang dibawa dalam Festival NgapFest kali ini adalah - 

"Local Creative & Hipster Products" 

Seramai 90 vendor dan peniaga termasuk foodtruck mengambil bahagian dalam Festival NgapFest ini. Semua gerai telah habis di tempah dalam masa yang singkat. 

FESYEN WANITA/ DEMO SUKAN/ KUIZ PATRIOT
Khusus untuk pengujung wanita, akan bertemu bual dengan gaya hipster dari pereka fesyen muda Adira Salahudi dan Rafidah Ismail, icon fesyen yang meningkat naik. 

Pertunjukkan Teknik Futsal, Kuiz Patriot dan banyak lagi acara menarik untuk pengunjung serta Hadiah-hadiah Kuiz menanti anda.

PERSATUAN BUSKERS MALAYSIA
Kedatangan pengunjung dari jauh dan dekat akan diraikan oleh kumpulan Buskers dengan lagu-lagu Patriotik bagi memeriahkan semangat cintakan Negara. Kumpulan Buskers  Bendera Jalur Gemilang akan diedarkan kepada anak-anak anda. Pasti menyeronokkan.

PARAMEDIC AMBULAN 
Perkhidmatan Kesihatan percuma kepada pengunjung yang ingin mendapat khidmat nasihat mengenai masalah kesihatan.

PATRIOT CARES
YPNM juga mewujudkan Program Patriot Cares bagi membantu beberapa usahawan kecil di kalangan ahli PPIM dan memberi peluang untuk mereka menjana pendapatan.

Beberapa buah Universiti turut di undang untuk membantu bagi memeriahkan suasana temasya Piala Patriot 2016. 

KHUSUS UNTUK ANDA!
YPNM menjemput semua masyarakat tanpa mengira kaum untuk datang beramai-beramai menyaksikan kejohanan berprestij ini bersama keluarga bagi mengeratkan perpaduan sesama komuniti kita. 




No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...