Monday, September 26, 2016

3079) 10 NGO BANTAH PERSENDA KEMATIAN HARON DIN, PERHIMPUNAN BERSIH 5.0 - UTUSAN MALAYSIA


image

SEBAHAGIAN ahli 10 NGO berhimpun secara aman selepas membuat laporan polis terhadap Jeff Ooi di IPD Kota Bharu, Kelantan


KOTA BHARU 24 Sept. – Sebanyak 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini membuat laporan polis berhubung tindakan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang dikatakan mempersenda kematian Mursyidul Am Pas, Allah­yarham Datuk Dr. Haron Din.

Gabungan NGO tersebut yang diiringi kira-kira 500 penyokong itu juga membuat laporan polis bagi membantah penganjuran perhimpunan haram, Bersih 5.0.

Antara NGO terbabit ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Penerangan Warisan Taqwa Kelantan, Pewaris Alam Buana, Selendang Merah Kelantan, Al-Haq Kelantan, Sirah 367 Kelantan dan Wal Jamaah Kelantan.

Menurut wakil mereka, Datuk Seri Dr. Mohd. Fared Abdul Ghani, laporan tersebut dibuat sebagai peringatan kepada semua pihak agar tidak terus menerus menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini.

“Kita juga berharap pihak berkuasa tidak meluluskan permit bagi perhimpunan Bersih 5.0 di negara ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di sini hari ini.

Selepas berita mengenai Haron meninggal dunia ketika menjalani rawatan di Amerika Syarikat tersebar baru-baru ini, Jeff Ooi berkongsi kenyataan di Twitter­nya yang berbunyi: “Adios Harun Din. Let there be peace”.

Mengulas lanjut, Mohd. Fared berkata, pihaknya mendesak Jeff Ooi supaya membuat permohonan maaf terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini dan berjanji tidak mengulangi perbuatan tersebut pada masa depan.


http://ift.tt/2dv1D8i




Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...