Saturday, September 24, 2016

3076) CTOS ADALAH SATU HUKUMAN MATI KEPADA PENGGUNA - TV PPIM - 22/9/16



Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyifatkan sistem Credit Tip Off Services Sdn Bhd (CTOS) adalah satu hukuman mati kepada pengguna, walaupun ia hanya membabitkan pinjaman daripada institusi kewangan.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada mangsa yang teraniaya kerana ada individu lain mengambil kesempatan menggunakan maklumat diri mereka, termasuk nombor pendaftaran kereta sehingga tersenarai dalam CTOS walaupun tidak pernah berurusan dengan institusi kewangan tertentu.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan mengkaji semula CTOS yang dilihatnya berat sebelah dan tidak adil kepada pengguna.

“Rata-rata peminjam disenaraikan dalam CTOS telah membayar hutang mereka, tetapi nama mereka masih tersenarai menyebabkan mereka mengalami masalah untuk membuat sebarang pinjaman lain,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Hadir sama Penasihat Undang-Undang PPIM, Edward Lim dan Ahli Panel Penasihat Muamalat PPIM, Sheikh Abdul Kareem Said.

Beliau berkata, kerajaan juga perlu menetapkan tempoh tertentu untuk peminjam membersihkan nama bagi memberi peluang kedua kepada mereka membuat pinjaman dan membabitkan diri dalam perkembangan ekonomi.

“Sekiranya peminjam sentiasa berada dalam senarai CTOS, lama kelamaan ia akan melumpuhkan perkembangan ekonomi negara kerana peminjam tiada peluang kedua untuk memohon apa-apa pinjaman,” katanya.

Mengulas perkara yang sama, Sheikh Abdul Kareem berkata, mana-mana organisasi atau institusi kewangan yang menyatakan seseorang itu berhutang perlu memberi keadilan kepada individu terbabit sebelum mensabitkannya sebagai berhutang.

“Ini kerana terdapat pihak menggunakan CTOS sebagai ugutan korporat yang mana pelanggan yang gagal melunaskan pinjaman akan diganggu oleh pihak bank terbabit seterusnya menyebabkan nama mereka tercemar,”


No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...